Automotif

MODENAS Perkenal Varian Baharu, ZX-25RR

Share

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat sepenuhnya Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), telah mengumumkan harga bagi varian terbaru mereka, Modenas ZX-25RR, yang menyertai keluarga popular ZX-25R.

Sejak diperkenalkan pertama kali dengan model ZX-25R SE pada bulan September 2023, model ini telah mencipta fenomena baru dalam arena permotoran tempatan dengan prestasi dan gaya yang tidak tertandingi dalam kelasnya.

Kedua-dua varian, ZX-25R SE dan ZX-25RR, menampilkan sistem suspensi hadapan SFF-BP 37 yang sama untuk pengendalian yang mantap dan stabil. 

Namun begitu, ZX-25RR datang dengan ciri tambahan, iaitu Horizontal Back-link serta BFRC Lite Gas untuk sistem suspensi belakang. Ciri ini memberikan mampatan dan redaman yang cekap, serta kebolehleraan spring yang membolehkan penunggang menyesuaikan pengalaman menunggang mereka.

Kredit: Modenas Malaysia

Selain dari reka bentuk yang menarik, kedua-dua model turut dilengkapi dengan:

– Enjin empat sebaris 250cc yang berprestasi tinggi, memberikan kuasa maksimum 34.5 kW dan tork 22 Nm, untuk pengalaman menunggang yang memuaskan di trek mahupun jalan raya.

– Ciri-ciri elektronik termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS), Assist & Slipper Clutch, serta 3 mod tunggangan yang memastikan keselamatan dan prestasi optimum semasa menunggang.

– Kedua-dua model dilengkapi dengan mod tunggangan serta paparan skrin TFT yang menawarkan sambungan Bluetooth melalui aplikasi Rideology mereka, meningkatkan pengalaman dan keselesaan ketika menunggang.

Kredit: Modenas Malaysia

Harga yang disyorkan bagi Model ZX-25RR adalah RM 36,500.00, menjadikannya pilihan alternatif bagi peminat motosikal yang mengutamakan prestasi dan gaya tanpa mengorbankan kualiti. Model ini akan tersedia di semua bilik pameran Kawasaki All-Star Dealer menjelang akhir Mac 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai Modenas ZX-25RR dan produk Kawasaki lain, sila layari http://www.kawasaki.com.my/home. Anda juga boleh menghubungi Talian Bebas Tol di talian 1-800-880-008 atau hubungi talian WhatsApp di +6019-570 8135.

Baca: Modenas Ninja ZX-25R SE 2024 Tampil Dengan Kod Warna Terbaharu & Menawan!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan