Automotif

MODENAS Lancar Program Z15GT Care

Share

Z15GT Care, Program Pemeriksaan Percuma Model Z15GT Di 57 Pengedar Seluruh Negara

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) melancarkan Program Z15GT Care di seluruh Malaysia bagi menawarkan pemeriksaan percuma serta bantuan selepas jualan kepada pemilik MODENAS Z15GT.

Program berkenaan berlangsung selama tiga bulan, bermula 15 Julai hingga 15 Oktober 2026, melibatkan sebanyak 57 pengedar sah MODENAS terpilih di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pemeriksaan Dan Diagnosis Percuma

Menerusi Program Z15GT Care, pemilik Z15GT boleh mendapatkan pemeriksaan serta diagnosis motosikal secara percuma oleh juruteknik terlatih.

Selain itu, pelanggan turut boleh mendapatkan bantuan teknikal, pembaikan dan urusan waranti bagi kes yang layak.

Akses kepada komponen gantian serta alat ganti berkaitan juga akan disediakan, namun tertakluk kepada hasil pengesahan teknikal dan ketersediaan stok.

Perkukuh Sokongan Selepas Jualan

Menurut MODENAS, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam meningkatkan penjagaan pelanggan, kualiti produk dan mutu perkhidmatan selepas jualan.

Sebelum program dilaksanakan, MODENAS telah menjalankan penilaian teknikal, sesi taklimat bersama pengedar, latihan juruteknik serta perancangan bekalan alat ganti.

Langkah tersebut dilakukan bagi memastikan perkhidmatan yang konsisten dapat diberikan di semua lokasi yang mengambil bahagian.

MODENAS juga akan terus bekerjasama dengan pasukan teknikal, kualiti, servis dan pembekal bagi memperkukuh produk serta proses selepas jualannya.

Keselamatan Pelanggan Kekal Menjadi Keutamaan

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, kepuasan serta keselamatan pelanggan kekal menjadi keutamaan syarikat.

“Melalui Program Z15GT Care, kami membawa perkhidmatan pemeriksaan dan bantuan selepas jualan lebih dekat kepada pelanggan menerusi pengedar sah terpilih di seluruh negara.

“Kami menghargai maklum balas yang diterima daripada pemilik Z15GT dan kekal komited untuk mengambil tindakan yang diperlukan bagi terus memperkukuh produk, perkhidmatan serta keseluruhan pengalaman pemilikan,” katanya.

Maklum balas pelanggan dan hasil pemeriksaan yang dikumpulkan sepanjang program berlangsung akan dinilai sebagai sebahagian daripada usaha penambahbaikan produk serta perkhidmatan MODENAS.

Senarai 57 Pengedar Terlibat

Berikut merupakan senarai penuh pengedar sah dan pusat Service Plus yang terlibat dalam Program Z15GT Care.

Wilayah Utara

  1. Chin Hin (Jitra) Sdn. Bhd. – Jitra, Kedah (Service Plus)
  2. Keat Seng Motor Sdn. Bhd. – Alor Setar, Kedah
  3. KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. – Alor Setar/Perlis
  4. KB Soon Huat Motor Sdn. Bhd. – Butterworth, Pulau Pinang (Service Plus)
  5. HK Speed Motor – Bayan Lepas, Pulau Pinang (Service Plus)
  6. Eng Lum Motor Sdn. Bhd. – Perai, Pulau Pinang
  7. Chung Seng Motor (S. Perai) Sdn. Bhd. – Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  8. Addin Auto Parts (AAP Bikers) – Ipoh, Perak (Service Plus)
  9. Kedai Motor Eng Wan Sdn. Bhd. – Taiping, Perak
  10. Kedai Motor Fasroi – Sungai Siput, Perak
  11. Syarikat Chong Motorcycles Sdn. Bhd. – Tanjung Malim, Perak

Pantai Timur

  1. Smoke House Enterprise – Kemasik, Terengganu (Service Plus)
  2. K-Seng & Sons Motor Sdn. Bhd.
    – Jerteh, Terengganu
  3. TS Chua Motor – Kuala Terengganu, Terengganu
  4. Sing Hwa – Kemaman, Terengganu
  5. S.H.M. Seng Huat Motor Sdn. Bhd. – Tanah Merah, Kelantan
  6. Ah Thong Motors – Kota Bharu, Kelantan
  7. TK Cheng Motor Sdn. Bhd. – Pasir Mas, Kelantan
  8. SJ Tan Motor Cycle Centre – Temerloh, Pahang
  9. Seen Motor – Raub, Pahang
  10. Sun Tiong Hin – Kuantan, Pahang

Wilayah Tengah

  1. TR Motor Sports – Klang (Service Plus)
  2. Azhar Scooter Motor – Cheras (Service Plus)
  3. Aizad Mobile Service – Selayang (Service Plus)
  4. Yu Huat Motor Sdn. Bhd. – Seri Kembangan (Service Plus)
  5. Arrow Motorwerks Sdn. Bhd. – Shah Alam, Selangor (Service Plus)
  6. Eang Chun Motor Sdn. Bhd. – Setapak
  7. Teck Sime Holding Sdn. Bhd. – Batu Caves
  8. P&U Cycle Motor – Sungai Buloh
  9. Motoktm (M) Sdn. Bhd. – Jalan Klang Lama
  10. Arai Soon Heng Motor Sdn. Bhd. – Sekinchan, Selangor
  11. GT-Max Motors (M) Sdn. Bhd. – Shah Alam, Selangor
  12. W.H.S Motor Sdn. Bhd. – Dengkil, Selangor
  13. E-One Chong Motor Sdn. Bhd. – Kapar, Selangor
  14. Soon Heng Bikerz – Cheras, Selangor
  15. Speed Extreme Motor Sdn. Bhd. – Nilai, Negeri Sembilan (Service Plus)
  16. Perniagaan A-Motor Bermutu Sdn. Bhd. – Seremban, Negeri Sembilan (Service Plus)
  17. Maxima Motor (Seremban) Sdn. Bhd. – Senawang, Negeri Sembilan (Service Plus)
  18. Soon Chong Motor – Mantin, Negeri Sembilan
  19. P.D. Ban Hin Motor Sdn. Bhd. – Port Dickson, Negeri Sembilan
  20. Yong Foo Motor Sdn. Bhd. – Sepang
  21. Ching Hooi Bikerz – Jempol, Negeri Sembilan
  22. Joong Trading – Seremban, Negeri Sembilan

Wilayah Selatan

  1. YK Yau Motor (M) Sdn. Bhd. – Masjid Tanah, Melaka (Service Plus)
  2. Ban Zen Motors Sdn. Bhd. – Melaka
  3. Ah Hai Motor – Alor Gajah, Melaka
  4. MH Motor Sdn. Bhd. – Pontian, Johor
  5. Fook Yong Motor Trading Sdn. Bhd. – Skudai, Johor
  6. Cheong Leong Motor – Segamat, Johor
  7. New Khong Motor – Kluang, Johor

Sabah Dan Sarawak

  1. Wee Trading (Sabah) Sdn. Bhd. – Sandakan, Sabah
  2. Inti Deras Motors Sdn. Bhd. – Tawau, Sabah
  3. Shiang Chin Motor – Lahad Datu, Sabah
  4. Expo Motor Sdn. Bhd. – Kota Kinabalu, Sabah
  5. Yien Hing Motor Sdn. Bhd. – Sibu, Sarawak
  6. Siong Fatt Trading Co. – Bintulu, Sarawak
  7. Ghee Hwa Motopol – Kuching, Sarawak

Hubungi Pengedar Terlebih Dahulu

Pemilik Z15GT yang mahu menyertai program ini digalakkan menghubungi pengedar terlibat terlebih dahulu bagi menetapkan janji temu pemeriksaan.

Pelanggan turut disarankan membawa dokumen pendaftaran motosikal serta dokumen waranti atau rekod penyelenggaraan berkaitan bagi memudahkan proses pemeriksaan dan penilaian.

Baca Juga : MODENAS & GIATMARA Latih Lebih Ramai Juruteknik Motosikal Elektrik

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi