
Satu lagi pilihan skuter mampu milik telah memasuki pasaran tempatan apabila Mdua Motor Sdn Bhd hari ini memperkenalkan skuter Moda Aero-E, sebuah model kompak yang memfokuskan kepada kegunaan harian, ekonomi dan kemudahan untuk semua lapisan penunggang.
Moda Aero-E mengekalkan konsep “senang bawa, senang jaga” dan hadir dengan enjin 118.8 cc, 1-silinder, sejukan udara yang menghasilkan 9.1 hp pada 7,500 rpm
dan 9.5 Nm pada 6,000 rpm.Kuasa ini disalurkan melalui transmisi CVT automatik, menjadikannya sesuai untuk kegunaan bandar, perjalanan ulang-alik dan tunggangan santai tanpa perlu banyak kawalan.
Untuk keselesaan, Aero-E menggunakan fork teleskopik di bahagian depan serta penyerap hentak tunggal di belakang.
Sistem brek pula terdiri daripada cakera depan dipadankan dengan brek gelendong di belakang, satu kombinasi asas namun mencukupi untuk sebuah skuter ringan dalam segmennya.
Walaupun berada dalam kategori mampu milik, Moda Aero-E tetap hadir dengan ciri yang memudahkan kehidupan harian, antaranya:
Lampu projektor LED berkembar
Lampu belakang LED
Paparan meter LCD
Port pengecasan USB Type-A & Type-C
Rim 14 inci untuk kestabilan lebih baik
Ruang bawah pelana 6.5 liter
Tangki bahan api 5.5 liter
Tinggi tempat duduk 780 mm – sesuai untuk kebanyakan penunggang
Reka bentuknya juga tampil kemas dan moden, sesuai sebagai skuter pertama atau kenderaan harian bagi mereka yang inginkan bajet rendah tetapi tetap nak gaya.
Moda Aero-E ditawarkan dalam dua warna pilihan:
Cobalt Blue
Carmine Red
Harga jualan bermula RM5,189 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans), menjadikan ia antara skuter baharu paling mampu milik di Malaysia ketika ini.
Baca Juga : MODA Sporter-S – Skuter 250cc Bergaya dan Berprestasi Tinggi
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.