Automotif

Mini JCW E Hot Hatch Elektrik Dipamerkan di Goodwood

Share

Mini akan memperkenalkan masa depan elektrik untuk program John Cooper Works (JCW) mereka di Goodwood Festival of Speed minggu hadapan dengan pelancaran Mini Cooper JCW E yang baru.

Kemunculan dengan Powertrain Elektrik Canggih

Versi hot hatch elektrik ini akan beraksi di pendakian bukit terkenal Goodwood dengan penampilan yang masih samar-samar.

JCW E ini dikatakan mempunyai “powertrain elektrik canggih”kerana ia memiliki kuasa lebih daripada Mini Cooper SE yang mempunyai 215bhp.

Butiran Teknikal Dijangka Didedahkan

Butiran teknikal lanjut dijangka akan didedahkan pada acara tersebut, yang hadir selepas prototaip enjin petrol Cooper JCW memenangi kelasnya dalam perlumbaan Nürburgring 24 jam baru-baru ini.

Kredit Foto : Website AUTOCAR

Prestasi Setara dengan Model Enjin Pembakaran Dalaman

Pengurus barisan produk Mini, Stefan Floeck, memaklumkan bahawa JCW E akan direka untuk menawarkan prestasi yang sama dengan model sejenisnya yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sebagai rujukan, Cooper SE mampu memecut  0-100 km/j dalam masa 6.7 saat manakala JCW petrol generasi sebelumnya melakukannya dalam masa 6.1 saat.

Pacuan Roda Hadapan dengan Satu Motor

Floeck membayangkan bahawa JCW E akan kekal dengan pacuan roda hadapan dengan satu motor, sambil berkata:

“Perkara yang paling penting apabila ia adalah kereta pacuan hadapan adalah anda mempunyai kelebihan besar, kerana pusat graviti lebih rendah, kerana anda mempunyai bateri di bahagian bawah.”

Kredit Foto : Website AUTOCAR

Platform EV yang Fleksibel

Walaupun beliau berkata bahawa platform Cooper EV boleh menerima powertrain dual-motor, ia belum disahkan lagi powertrain mana yang akan digunakan oleh hot hatch ini.

Floeck menambah bahawa Mini telah berusaha untuk membangunkan “perasaan go-kart” yang menjadi ciri jenama British ini.

Keseimbangan Berat dan Dinamik Pemanduan

“Anda juga mempunyai keseimbangan yang baik dengan keseimbangan berat di bahagian hadapan dan belakang kereta,” katanya. “Jadi  pusat graviti rendah dan keseimbangan berat 50/50 adalah lebih baik untuk pemanduan yang dinamik.

Bagi menangani berat yang lebih tinggi, ia adalah soal tayar untuk dinamik pemanduan. Jadi kami akan menggunakan tayar yang berbeza pada kereta untuk mengendalikan ini, yang berdiameter lebih besar.”

Kredit Artikel : AUTOCAR

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi