Ads

Mforce Perkenal Identiti Korporat Baharu

Selepas 18 Tahun, Mforce Perkenal Logo dan Identiti Korporat Baharu

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce) membuka lembaran baharu dalam perjalanan perniagaannya apabila memperkenalkan logo dan identiti korporat baharu selepas 18 tahun bertapak dalam industri motosikal Malaysia.

Pelancaran logo berkenaan berlangsung pada 21 November 2026, bersempena majlis makan malam gala TOP 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign yang diadakan di Hotel Le Méridien, Nan’an, Chongqing, China.

Majlis tersebut menghimpunkan barisan pengedar terbaik Mforce dari seluruh Malaysia, sekali gus menjadi platform untuk syarikat itu memperkenalkan hala tuju korporatnya bagi mengharungi perkembangan industri motosikal yang semakin kompetitif.

mforce

Mforce ‘Moving Forward’

Identiti korporat baharu Mforce tampil dengan pendekatan reka bentuk lebih moden menerusi penggunaan garisan bersudut yang condong ke hadapan dan tipografi yang lebih tebal.

Gabungan elemen tersebut menggambarkan pergerakan pantas, ketangkasan dan prestasi yang sinonim dengan dunia permotoran.

Ads

Pembaharuan ini juga membawa maksud lebih besar daripada sekadar perubahan visual kerana ia melambangkan perkembangan Mforce sepanjang hampir dua dekad beroperasi.

Pada masa sama, identiti baharu berkenaan mencerminkan aspirasi syarikat untuk terus berkembang seiring kemajuan teknologi, perubahan permintaan pasaran dan keperluan pengguna motosikal masa kini.

Pendekatan itu selaras dengan slogan korporat Mforce, ‘Moving Forward’, yang terus menjadi teras kepada perkembangan syarikat.

Mforce

Ads

Daripada Pengedar Motosikal Kepada Antara Pemain Utama Industri

Ditubuhkan pada 2008 oleh Dato’ Sri Tan Lean Heah, Mforce kini berkembang menjadi antara syarikat pengedar motosikal terbesar di Malaysia.

Sepanjang 18 tahun beroperasi, syarikat itu berjaya memperluas rangkaian perniagaan dengan membawa masuk pelbagai jenama motosikal antarabangsa untuk pasaran tempatan.

Antara jenama yang berada di bawah pengedaran Mforce termasuk Benelli, Keeway, Morbidelli, Benda, QJMOTOR, SYM, Brixton, Moto Morini, Cyclone, Voge, ARIIC, X-Wedge, ZXMOTO dan Yadea.

Selain mengedarkan jenama antarabangsa, Mforce turut membangunkan dua jenama motosikal tempatan iaitu SM Sport dan WMOTO.

Ads

Perkembangan syarikat itu tidak hanya tertumpu kepada pasaran Malaysia, malah turut merangkumi aktiviti eksport motosikal ke beberapa negara Asia termasuk Thailand, Vietnam, Indonesia dan Taiwan.

Operasi berkenaan disokong oleh Sunlight Power Sdn. Bhd., sebuah kemudahan pemasangan motosikal yang ditubuhkan pada 2017 dan merupakan antara yang terbesar di Pulau Pinang.

Kemudahan tersebut memainkan peranan penting dalam menyokong operasi pemasangan motosikal, di samping memperkukuh ekosistem industri dua roda tempatan.

Baca Juga : Mforce Moto Xperience Adventure Day 2026 Bakal Gegarkan Sepang Disember Ini

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Asia Automotive Award Edisi Keenam Kini Ke Indonesia

Asia Automotive Award Edisi Keenam Kini Ke Indonesia, Pencalonan Rasmi Dibuka Asia Automotive Award (AAA) terus memperluaskan pengaruhnya dalam industri automotif serantau apabila mengumumkan penganjuran...