Mercedes-Benz Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran kenderaan mewah menerusi segmen elektrik (EV) dengan memperkenalkan model terbaharu, Mercedes-Benz EQE 500 4MATIC SUV 2024.
Kemunculan model baharu ini melengkapkan lagi portfolio rangkaian model EV Mercedes-Benz yang sedia ada di Malaysia.
Berbeza dengan model EV yang dilancarkan sebelum ini, EQE SUV memaparkan dimensi yang lebih kompak dengan panjang 4,863 mm, lebar 1,940 mm, tinggi 1,686 mm, dan jarak roda yang lebih pendek. Untuk pasaran Malaysia, hanya satu varian ditawarkan iaitu EQE 500 yang mempunyai motor elektrik berkembar dengan kuasa 408 hp dan tork 858 Nm.
Prestasi juga menjadi keutamaan dengan pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 4.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 210 km/j. Dengan pek bateri berkapasiti 90.6 kWh, ia membolehkan pemanduan sehingga 552 km jarak perjalanan untuk setiap pengecasan penuh berdasarkan dari data WLTP.
Ads
Kredit Foto: Mercedes-Benz Malaysia
Penggunaan tenaga juga menjadi aspek penting, di mana EQE SUV ini menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW, membolehkan pengecasan dari 0-100 peratus dalam masa 4 jam 45 minit, atau pengecasan DC 170 kW dengan pengecasan dari 0-80 peratus dalam masa 32 minit.
EQE 500 4MATIC SUV ini hadir dengan rekaan luaran AMG Line, rim aloi AMG bersaiz 21 inci, DIGITAL LIGHT dengan Adaptive Highbeam Assist Plus, dan tempat pemijak sisi aluminium. Sistem gantungan AIRMATIC adaptif dan sistem stereng gandar belakang memberikan pengendalian yang mantap dalam pelbagai keadaan kelajuan.
Pada bahagian dalam, ruang kabin menampilkan susunan hampir sama dengan model EQE Sedan. Dikelilingi dengan skrin kluster digital, sistem infohibur MBUX, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem bunyi Dolby Atmos & Burmester 3D, serta skrin paparan head-up. Sentuhan sporty AMG Line turut menghiasi ruang dalaman dengan tempat duduk Sports, roda stereng sports balutan kulit nappa, dan paddle shifter bergalvani.
Ads
Pelbagai ciri premium turut disertakan termasuk sistem pencahayaan ambien aktif, kawalan iklim automatik, pakej Acoustic Comfort, slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, sokongan pengimbas cap jari, pakej ENERGIZING, dan AIR BALANCE.
Kredit Foto: Mercedes-Benz Malaysia
Dalam hal keselamatan, EQE SUV dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Driving Assistance Package Plus, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Lane Keeping Assist, sistem PRE-SAFE, kamera 360 darjah, Active Parking Assist with PARKTRONIC, dan bonet telus pandang.
Ads
Mercedes-Benz Malaysia menawarkan EQE 500 4MATIC SUV 2024 dengan harga bermula dari RM485,888 atau ansuran bulanan serendah RM3,988 melalui pembiayaan Step Up Agility+ Plan. Mereka juga menawarkan kredit RM900 JomCharge untuk setiap pendaftaran Agility+. Ini menunjukkan komitmen Mercedes-Benz Malaysia dalam mewujudkan mobiliti yang lebih lestari dengan pelbagai penawaran menarik untuk pasaran EV di negara ini.
1 of 36
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Walaupun Kawasaki tidak lagi bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, namun Ninja ZX-10R terus popular dan menjadi salah satu pilihan utama peminat superbike.
Nama ‘Ninja’ akan sentiasa menjadi tanda pengiktirafan dan keberkesanan dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).
Bagi meraikan kejayaan Ninja ZX-10R, Kawasaki kini memperkenalkan edisi terhad Ninja ZX-10RR Winter Test.
Kredit Foto : Website motorcyclesports
Berbeza dari sebelum ini, kali ini hanya 25 unit sahaja untuk yang dikeluarkan untuk model ini.
Menurut Kawasaki, setiap bahagian Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini dibangunkan secara khusus oleh Pasukan Perlumbaan Kawasaki (KRT) yang turut bersaing dalam WorldSBK. Motosikal ini mempunyai kuasa 214hp dan tork 112Nm yang memukau.
Seperti biasa, Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini datang dengan rekaan yang sama seperti jentera Winter Test pasukan KRT WorldSBK. Juga dilengkapi dengan plat bernombor pada pelindung tangki dan ekzos Akrapovic sebagai standard.
Kredit Foto : Website motorcyclesports
Sebagai bonus menarik, pembeli akan menerima dua pas VIP untuk menghadiri mana-mana pusingan WorldSBK 2024 pilihan mereka. Ini memberikan akses khas ke hospitaliti KRT dan peluang untuk bertemu dengan pelumba utama, Alex Lowes dan Axel Bassani.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Pada minggu lalu, tirai Malaysian Motocross International Festival 2023 telah melabuhkan tirainya dengan kemuncaknya penganjuran di Medini Motocross Circuit, Johor Bharu.
Pusingan akhir kejuaraan ini turut menyaksikan persaingan sengit dalam tujuh kategori utama, di mana 170 peserta bergabung untuk bersaing dalam acara ini.
Pelumba Malaysia, Mohamad Khairul Afif telah dinobatkan sebagai JUARA dalam kategori MX2 Open secara tidak langsung membuktikan prestasi luar biasa Mohamad Khairul Afif dalam arena motocross dalam bersaing dengan pelumba hebat dari luar negara apabila beliau berlumba bersama peserta tempatan dan luar negara dari Singapura dan Indonesia.
Walaupun cuaca pada sebelah petang agak mencabar, namun mereka tetap memberikan aksi terbaik dan menyajikan satu corak perlumbaan yang penuh ketegangan dan kejutan kepada peminat motocross yang hadir.
Sokongan daripada peminat dan penyokong setia amat diperlukan untuk memastikan kesinambungan kejayaan daripada Malaysian Motocross International Festival disamping merapatkan hubungan silaturrahim diantara negara luar seperti Indonesia & Singapura.
Diharapkan penganjuran seperti ini akan diteruskan untuk mencari pelapis baharu dalam sukan permotoran lasak yang bertaraf antarabangsa ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Timing Chain vs Timing Belt: Perbezaan, Kelebihan dan Kekurangan
Sistem “timing” enjin memainkan peranan penting dalam memastikan enjin berfungsi dengan lancar.
Dua komponen utama yang sering dibandingkan dalam aspek ini adalah timing chain dan timing belt.
Kedua-duanya berfungsi untuk menyelaraskan pergerakan aci sesondol (camshaft) dan aci engkol (crankshaft).
Tetapi,terdapat beberapa perbezaan utama antara keduanya yang mempengaruhi prestasi, ketahanan, dan kos penyelenggaraan kenderaan.
Apa Itu Timing Chain dan Timing Belt?
Kredit Foto : Website ymfcarparts
Timing Chain
Timing chain ialah rantai logam yang digunakan untuk menyelaraskan “timing” enjin.
Ia menyerupai rantai motosikal dan biasanya ditemui pada enjin yang lebih besar atau kenderaan moden yang mengutamakan ketahanan.
Kelebihan:
Lebih tahan lama – Biasanya boleh bertahan sepanjang hayat enjin jika dijaga dengan baik.
Kurang penyelenggaraan – Tidak perlu diganti sekerap timing belt.
Kurang risiko putus – Dibuat daripada logam yang lebih kukuh berbanding getah timing belt.
Kekurangan:
Lebih bising – Menghasilkan bunyi yang lebih kuat berbanding timing belt.
Kos pembaikan tinggi – Jika rosak, pembaikannya lebih mahal kerana perlu membuka banyak komponen enjin.
Penggunaan minyak lebih tinggi – Rantai perlu dilincirkan dengan minyak enjin, yang boleh meningkatkan geseran.
Timing Belt
Timing belt pula ialah tali getah yang diperkuat dengan gentian sintetik untuk menyelaraskan pergerakan enjin.
Kredit Foto : Website autotechwest
Ia biasanya digunakan dalam enjin yang lebih ringan dan banyak terdapat dalam kenderaan ekonomi.
Kelebihan:
Operasi lebih senyap – Tidak menghasilkan bunyi bising seperti timing chain.
Lebih ringan – Tidak membebankan enjin dan boleh meningkatkan kecekapan bahan api.
Kos awal lebih murah – Penggantian awal lebih murah berbanding timing chain.
Kekurangan:
Jangka hayat lebih pendek – Perlu ditukar setiap 80,000 – 100,000 km bergantung kepada spesifikasi pengeluar.
Risiko putus lebih tinggi – Jika putus secara tiba-tiba, boleh menyebabkan kerosakan serius pada enjin.
Penyelenggaraan berkala diperlukan – Perlu diperiksa dan diganti mengikut tempoh yang disyorkan.
Mana Satu Pilihan yang Lebih Baik?
Pilihan antara timing chain dan timing belt bergantung kepada keutamaan pemilik kenderaan:
Jika anda mencari ketahanan jangka panjang dan tidak kisah dengan bunyi yang sedikit kuat, timing chain adalah pilihan yang lebih baik.
Jika anda lebih mengutamakan kos penyelenggaraan awal yang lebih rendah dan operasi yang lebih senyap, timing belt adalah pilihan yang sesuai.
Walaupun timing chain lebih tahan lama, ia masih memerlukan penyelenggaraan seperti penukaran minyak enjin yang kerap untuk memastikan rantai tidak haus.
Manakala timing belt, walaupun lebih murah, perlu ditukar mengikut jadual untuk mengelakkan risiko enjin rosak akibat pemasaan yang tidak tepat.
Konklusi
Dalam industri automotif moden, banyak pengeluar kenderaan telah beralih kepada penggunaan timing chain kerana ketahanannya yang lebih tinggi.
Namun, timing belt masih digunakan secara meluas kerana kos pengeluaran dan penyelenggaraan yang lebih rendah.
Sebagai pemilik kenderaan, memahami perbezaan ini dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak dalam memilih atau menyelenggara kenderaan anda.
Apa pun pilihan anda, pastikan anda mengikuti jadual penyelenggaraan yang disyorkan untuk memastikan enjin kenderaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Lando Norris memulakan musim 2025 dengan penuh keyakinan selepas menukar kedudukan petak pertama kepada kemenangan dalam Grand Prix Australia yang penuh drama. Perlumbaan ini menyaksikan...