Ads

Pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS Bersedia Hadapi Sepang!

Mercedes-AMG Petronas F1 Team

 

F1 Kembali ke Sepang, Mercedes-AMG PETRONAS Bersedia Hadapi Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026

Selepas hampir sedekad, deruman jentera Formula 1 bakal kembali kedengaran di Sepang International Circuit menerusi 2026 Bahrain Grand Prix in Malaysia, perlumbaan yang membawa makna istimewa buat Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team.

Menurut Ketua Pasukan dan CEO Mercedes-AMG PETRONAS F1, Toto Wolff, perlumbaan kali ini cukup signifikan berikutan hubungan jangka panjang pasukan itu bersama PETRONAS. Penganjuran perlumbaan tersebut turut melibatkan kerjasama antara Malaysia dan Bahrain bagi membawa kembali Formula 1 ke Sepang.

Sepang Kekal Litar Yang Mencabar

Sepang bukan sekadar terkenal dengan dua laluan lurus panjang, malah merupakan antara litar yang menuntut keseimbangan lengkap daripada sebuah jentera Formula 1.

Menurut Wolff, prestasi di selekoh berkelajuan tinggi, tahap traction, pengurusan tayar serta konsistensi dalam keadaan panas menjadi antara elemen utama yang perlu diberi perhatian sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Litar sepanjang 5.543 km itu mempunyai 15 selekoh, terdiri daripada lima selekoh kiri dan 10 selekoh kanan. Perlumbaan pula akan berlangsung sebanyak 56 pusingan dengan jarak keseluruhan sekitar 310 km. Kelajuan maksimum dijangka boleh mencecah sekitar 327 km/j.

Rekod terpantas perlumbaan di Sepang masih dipegang Sebastian Vettel dengan catatan 1 minit 34.080 saat pada 2017, manakala Lewis Hamilton mencatat rekod pusingan mutlak 1 minit 30.076 saat ketika sesi Q3 pada tahun sama.

Ads

Mercedes Bawa Pakej Kemas Kini

Mercedes-AMG PETRONAS turut bakal memperkenalkan pakej kemas kini baharu untuk perlumbaan kali ini.

Wolff mengakui prestasi pasukan di beberapa litar konvensional kebelakangan ini masih belum mencapai tahap yang diinginkan, khususnya dalam perebutan pole position. Pakej baharu tersebut diharap mampu menjadi satu lagi langkah ke hadapan, namun pasukan perlu memahami prestasinya secepat mungkin apabila jentera turun ke trek.

Dalam masa sama, jentera W17 akan menggunakan livery khas berinspirasikan PETRONAS sempena perlumbaan di Sepang, menampilkan warna yang mencerminkan identiti rakan penaja utama pasukan tersebut.

Frederik Vesti: Sepang Perlukan Keyakinan Tinggi

Pemandu ketiga Mercedes, Frederik Vesti, pula menyifatkan Sepang sebagai litar yang benar-benar menguji kemampuan pemandu dan jentera.

Ads

Walaupun belum pernah memandu secara fizikal di Sepang, Vesti sudah mempunyai pengalaman luas di litar itu menerusi simulator. Menurutnya, kombinasi selekoh berkelajuan sederhana dan tinggi memerlukan tahap downforce serta keyakinan tinggi terhadap jentera, sementara laluan lurus panjang pula menambah satu lagi cabaran kepada tetapan kereta.

Keadaan panas dan kelembapan tinggi di Malaysia turut menjadikan Sepang antara cabaran fizikal paling berat buat pemandu Formula 1.

Baca Juga: Mercedes-AMG GT Baharu Tiba di Malaysia!

f1
Mercedes-Benz Media

Sepang Kembali Selepas Kali Terakhir F1 Pada 2017

Sepang pernah menganjurkan 19 perlumbaan Formula 1 antara 1999 hingga 2017. Direka oleh Hermann Tilke, ia merupakan litar Formula 1 pertama di Asia yang dibina khusus untuk perlumbaan bertaraf dunia ketika dibuka pada penghujung 1990-an.

Ads

Salah satu ciri menarik Sepang ialah kelebaran litarnya yang berada antara 16 hingga 22 meter, membolehkan pemandu memilih beberapa racing line serta membuka lebih banyak peluang memotong. Mercedes sendiri pernah meraih kemenangan di Sepang menerusi Lewis Hamilton pada 2014.

Jadual Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026

Aksi F1 bermula dengan sesi Practice One pada Jumaat dari 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang, diikuti Practice Two pada 4.00 hingga 5.00 petang.

Pada Sabtu, Practice Three berlangsung dari 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang, sebelum sesi kelayakan bermula pada 4.00 petang.

Perlumbaan utama pula dijadualkan bermula pada Ahad, jam 3.00 petang waktu Malaysia.

Kembalinya F1 ke Sepang selepas kali terakhir pada 2017 pastinya menjadi antara acara sukan permotoran terbesar di Malaysia tahun ini. Bagi Mercedes-AMG PETRONAS pula, perlumbaan ini bukan sahaja berlangsung di gelanggang penting buat PETRONAS, malah menjadi peluang untuk menguji sejauh mana keberkesanan pakej kemas kini mereka dalam memburu kedudukan di barisan hadapan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Grab Kini Ada Kid-Friendly Rides, Kerusi untuk Kanak-Kanak 4-12 Tahun

Grab Malaysia Perkenal Kid-Friendly Rides, Sediakan Kerusi Booster Untuk Kanak-Kanak Grab Malaysia memperkenalkan Kid-Friendly Rides (Beta), satu ciri tempahan e-hailing khusus untuk keluarga yang membawa...