Ads

Mercedes-AMG GT Baharu Tiba di Malaysia!

Mercedes-AMG GT Baharu Tiba di Malaysia, V8 612 hp dan EV 1,169 hp Jadi Tarikan Utama

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan barisan terbaharu Mercedes-AMG GT di Malaysia menerusi dua model berprestasi tinggi, iaitu Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé serba elektrik. Turut ditawarkan ialah Motorsport Collectors Edition yang lebih eksklusif dan terhad. Press Information.

Mercedes-AMG GT

Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé

Bagi mereka yang masih mahukan karakter enjin pembakaran dalaman AMG, GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé menggunakan enjin 4.0 liter V8 biturbo yang menghasilkan 612 hp dan tork 850 Nm.

Kuasa disalurkan menerusi transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 9G bersama sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+. Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 3.2 saat, manakala kelajuan maksimum mencecah 317 km/j.

Versi PRO ini bukan sekadar menerima tambahan kuasa. Mercedes-AMG turut menaik taraf sistem penyejukan, aerodinamik serta pengurusan aliran udara bagi memberikan prestasi lebih konsisten ketika dipandu dalam keadaan ekstrem, khususnya di litar.

Daya angkat pada gandar hadapan turut dikurangkan lebih 30 kg, manakala konfigurasi sayap belakang menambah sekitar 15 kg downforce pada gandar belakang.

Antara kelengkapan lain termasuk AMG ACTIVE RIDE CONTROL, rear-axle steering sehingga 2.5 darjah, brek komposit seramik AMG, rim forged AMG 21 inci serta pakej aerodinamik karbon.

Di dalam kabin, ia menerima kerusi AMG Performance, kemasan karbon, paparan pemandu 12.3 inci dan skrin tengah 11.9 inci bersama sistem MBUX serta AMG TRACK PACE.

Ads

Harga anggaran Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé bermula daripada RM2,088,888 di Semenanjung Malaysia. Motorsport Collectors Edition Lebih Eksklusif

Mercedes-AMG turut membawa Motorsport Collectors Edition yang dibina berasaskan GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé.

Model ini terhad kepada hanya 200 unit di seluruh dunia dan tampil dengan warna Obsidian Black bersama corak Mercedes-Benz Star serta beberapa perincian berwarna PETRONAS pada bahagian badan, rim, kaliper brek dan kabin. Untuk pasaran Malaysia, harganya ditetapkan pada RM2,588,888.

Baca Juga: Mercedes-Benz GLC Elektrik Dinobat German Premium Car of the Year 2027!

Mercedes-AMG GT

Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé Masuki Era Elektrik

Sementara itu, Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé membawa pendekatan sama sekali berbeza apabila dibangunkan menggunakan seni bina prestasi elektrik AMG.EA.

Ads

Ia menggunakan tiga motor elektrik jenis axial-flux yang menghasilkan sehingga 1,169 hp dan 2,000 Nm, menjadikannya antara model AMG paling berkuasa pernah dihasilkan. Pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 2.4 saat, manakala kelajuan maksimum ialah 260 km/j.

Bateri berkapasiti guna 106 kWh pula menawarkan jarak perjalanan sehingga 697 km WLTP. Sistem elektrik 800 volt membolehkan pengecasan DC sehingga 350 kW, dengan pengecasan 10 hingga 80 peratus mengambil masa sekitar 16 minit dalam keadaan sesuai.

Walaupun elektrik, Mercedes-AMG masih cuba mengekalkan identiti prestasi jenamanya menerusi fungsi AMGFORCE S+ yang menghasilkan pengalaman bunyi dan karakter pemanduan diinspirasikan daripada enjin V8 AMG.

Dari sudut casis, model ini menggunakan AMG ACTIVE RIDE CONTROL, rear-axle steering sehingga enam darjah dan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+ dengan agihan tork berubah mengikut keadaan pemanduan.

Ads

Bahagian kabin pula membawa susun atur digital baharu dengan paparan pemandu 10.2 inci, monitor multimedia 14 inci serta skrin penumpang hadapan 14 inci. Ia turut dilengkapi bumbung panoramik SKY CONTROL dan sistem bunyi Burmester 3D.

Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé dianggarkan berharga bermula RM1,290,000 untuk pasaran Semenanjung Malaysia.

Mercedes-AMG GT

 

Dengan dua pendekatan berbeza ini, Mercedes-AMG kini menawarkan pilihan sama ada karakter tradisional V8 menerusi GT 63 PRO atau prestasi elektrik generasi baharu menerusi GT 63 4-Door Coupé. Kedua-duanya masih membawa fokus sama terhadap kuasa, teknologi dan pengalaman pemanduan berprestasi tinggi.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Caltex Perluas Penggunaan Caltex StarCard Menerusi Kerjasama Dengan KDEBWM

Caltex StarCard Perluas Pengurusan Bahan Api Kenderaan Operasi Menerusi Kerjasama Dengan KDEBWM Caltex Malaysia terus memperkukuh penyelesaian pengurusan bahan api untuk kenderaan komersial menerusi penggunaan...