Motosikal menggunakan jejari sering kali kita lihat pada keluaran moto motosikal yang lama seperti Yamaha 125z, Honda Ex5 dan pelbagai lagi model motosikal pada tahun 90-an.
Namun pada tahun 2024, hampir semua model motosikal di pasaran telah menggunakan sportrim sebagai standard untuk setiap keluaran baharu motosikal. Timbul persoalan mengapa masih terdapat motosikal berkuasa tinggi seperti BMW GS, Kawasaki Versys X 250 dan KTM 1290 Super Adventure R masih lagi menggunakan jejari sebagai standard untuk motosikal mereka?
Hari ini Roda Panas akan merungkai persoalan ini.
Mengapa Penggunaan Sportrim Menjadi Satu Kemestian Untuk Setiap Model Baharu Motosikal?
“Cast” atau “forged wheels” (yang akan saya sebut sebagai sportrim supaya mudah untuk difahami) menawarkan beberapa kelebihan menarik. Namun masih terdapat sebab fungsi sportrim ini dibina dan digunakan pada motosikal.
Ads
Pertama, sportrim adalah ringan dan kuat. Berat boleh menjadi perbandingan yang sukar. Secara logik rim jejari lebih ringan daripada sportrim, namun terdapat juga sportrim yang diperbuat daripada magnesium atau gentian karbon yang sangat ringan dan sering digunakan dalam perlumbaan.
Kredit Foto : Website RCB
Pada kelajuan yang sangat tinggi, reka bentuk aerodinamik pada sportrim amat penting dan diambil kira apabila mereka direka bentuk, ianya akan menghasilkan lebih banyak kesan aerodinamik untuk menstabilkan motosikal berbanding daripada rim jejari.
Kerana tiada lubang di dalamnya, sportrim juga membenarkan penggunaan tayar tanpa tiub. Tayar tanpa tiub membenarkan penggunaan tayar di atas motosikal untuk bergerak. Sportrim juga susah untuk rosak, kerana hanya ada satu lubang sahaja (valve tiub) berbanding 41 lubang di setiap jejari yang terdapat padai rim.
Daripada sudut pengeluaran, Pemasangan rim jejari memerlukan kos tenaga kerja yang tinggi. Memerlukan ramai tenaga kerja untuk memasang, membuat “balancing” dan memasang tiub tayar. Justeru penggunaan sportrim untuk keluaran motosikal secara “mass produce” akan menjimatkan masa dan kos pengeluar.
Ads
Jadi Mengapa Rim Jejari Masih Dibuat?
Sebelum menjawab persoalan ini, adakah anda sedar bahawa kebanyakan motosikal yang menggunakan Rim Jejari pada masa kini adalah kategori motosikal “Adventure/Touring atau Dual Purpose termasuk juga model-model motosikal untuk kegunaan “off road”?
Ads
Ya! Rim Jejari sangat berkesan dalam memindahkan impak tenaga daripada seluruh roda berbanding dengan sportrim. Rim jejari mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia untuk “bending”, “twisting”, dan “flexing” apabila terdedah kepada tekanan radial yang kuat.
Kredit Foto : Website dirtbiketest
Sesuai dengan cara tunggangan, motosikal Adventure banyak digunakan di kawasan “off road” yang mempunyai struktur muka bumi yang tidak rata dan penggunaan rim jejari dapat mengurangkan kerosakan pada rim motosikal jika dikenakan tekanan yang agak kuat.
Berbanding sportrim, ianya akan menyerap lebih banyak tekanan dan boleh menyebabkan sportrim itu menjadi bengkok malahan ada juga yang patah dan pecah. Jika roda tidak lagi kukuh secara struktur atau tidak dapat mengekalkan udara pasti ianya akan pecah atau patah.
Namun dengan teknologi yang ada pada masa kini, telah banyak motosikal yang menggunakan Rim Jejari boleh menggunakan tayar tanpa tiub dengan kaedah tertentu namun bagi penulis penggunaan rim jejari nampak lebih klasik dan kemas jika digunakan berbanding dengan penggunaan sportrim.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Aprilia terus mengukuhkan reputasinya dalam dunia motosikal lasak dengan memperkenalkan Tuareg Rally. Versi yang lebih mantap daripada model asal Tuareg 660. Sejak debutnya pada 2021, Tuareg 660 telah berjaya mencuri perhatian dalam perlumbaan seperti Africa Eco Race dan Italian Motorally Championship. Kini pengalaman tersebut diterjemahkan untuk kegunaan harian penunggang.
Rekaan dan Kelengkapan Baharu
Tuareg Rally ini dirancang untuk menghadapi cabaran yang lebih ekstrem. Ia dilengkapi dengan beberapa peningkatan seperti:
Skid plate aluminium yang lebih tebal dan tahan lasak.
Pelindung tangan baharu dengan rangka besi untuk perlindungan maksimum.
Pelindung rantai yang direka lebih kukuh.
Untuk keselesaan dan kedudukan menunggang yang lebih menyerupai motosikal rally-raid, tempat duduk kini dinaikkan 20 mm lebih tinggi. Manakala pemegangnya direka lebih tinggi dan berbentuk baru.
Prestasi Off-Road yang Dipertingkatkan
Bahagian roda juga menerima naik taraf penting, dengan rim spoked Ergal yang lebih tahan lasak dan menggunakan tiub dalaman. Saiz roda masih kekal pada 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, sesuai untuk laluan mencabar.
Suspensi Kayaba yang digunakan pada model asal masih dikekalkan, tetapi springnya diganti dengan jenis linear. Menggantikan jenis progresif. Hasilnya, kualiti tunggangan menjadi sedikit lebih keras, namun ia memberikan kawalan yang lebih baik ketika menempuh jalan off-road.
Untuk sentuhan akhir, Tuareg Rally dipasang dengan sistem ekzos SC Project yang diperbuat daripada titanium. Memberikan bunyi yang lebih agresif. Ia turut menampilkan skema warna replika perlumbaan yang dilengkapi dengan fork, rim, dan pemegang berwarna emas. Tongkat motosikal ini juga dinaik taraf dengan tapak yang lebih lebar untuk kestabilan tambahan.
Peningkatan pada Model 2025
Selain pengenalan Tuareg Rally, Aprilia turut mengumumkan peningkatan pada model Tuareg 2025. Enjin DOHC dua silinder selari 659 cc kini dilengkapi dengan throttle body 52 mm (sebelum ini 48 mm).
Walaupun tiada perubahan pada kuasa, model ini masih menawarkan prestasi cemerlang dengan 80 hp pada 9,250 rpm dan 70 Nm tork pada 6,500 rpm.
Dari segi penampilan, perubahan kecil dilakukan pada bahagian panel lampu hadapan. Memberikan rupa yang lebih kemas. Warna baharu seperti Tornado Green dan Hailstorm White turut diperkenalkan untuk model 2025.
Kelengkapan Standard yang Luar Biasa
Tuareg 660 kekal dengan ciri-ciri premium seperti:
Skrin TFT-LCD 5.0 inci untuk paparan jelas.
Sistem elektronik lengkap termasuk ABS, kawalan cengkaman, dan cruise control.
Empat mod tunggangan untuk pelbagai situasi jalan.
Sistem brek cakera berkembar dengan angkup Brembo di hadapan.
Tangki bahan api besar dengan kapasiti 18 liter.
Siap untuk Cabaran Baru
Dengan semua peningkatan ini, Aprilia Tuareg Rally menawarkan pengalaman menunggang yang lebih tangguh dan menyeronokkan, menjadikannya pilihan ideal untuk peminat off-road dan rally. Sama ada untuk laluan sukar atau ekspedisi jarak jauh, Tuareg Rally bersedia memberikan prestasi terbaik.
Lotus Cars Malaysia kini bangga memperkenalkan Hyper-GT elektrik pertama mereka di Malaysia, iaitu Lotus Emeya. Tempahan kini dibuka, membolehkan peminat kereta mewah menantikan pengalaman pemanduan luar biasa dengan harga bermula dari RM575,000.
Varian dan Harga
Lotus Emeya ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu Emeya, Emeya S, dan Emeya R. Walaupun pelancarannya belum rasmi, bakal pelanggan berpeluang untuk menyaksikan pratonton eksklusif Emeya di Pavilion Kuala Lumpur dari 30 Julai hingga 4 Ogos. Sesi tontonan peribadi diadakan setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Untuk menyertai, daftar di: [events.lotuscarsmalaysia.com/form](https://events.lotuscarsmalaysia.com/form).
Warisan dan Inovasi
Emeya merangkumi warisan 75 tahun Lotus dalam sukan permotoran, inovasi, dan keupayaan pemanduan yang asli. Kereta ini direka untuk mentakrifkan semula personaliti Lotus yang bersemangat, menetapkan piawaian baharu dalam segmen GT untuk kecemerlangan tunggangan dan pengendalian. Emeya menampilkan transmisi dua kelajuan termaju dan konfigurasi dwi-motor berkuasa tinggi, disertai dengan sistem brek gred perlumbaan yang memberikan prestasi mendebarkan yang benar-benar ‘For The Drivers’.
Kuasa dan Prestasi
Dengan kuasa output maksimum sehingga 905 hp dan 985 Nm tork, Emeya menawarkan nisbah kuasa-ke-berat yang mengagumkan. Varian teratas Emeya mampu mencapai kelajuan tertinggi lebih daripada 250 km/j dan boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa kurang daripada 2.78 saat, menjadikannya salah satu GT elektrik terpantas di dunia.
Rekaan dan Aerodinamik
Emeya direka dengan pelbagai ciri aerodinamik aktif yang inovatif, termasuk gril hadapan aktif, diffuser belakang berinspirasikan sukan permotoran, dan spoiler belakang aktif dwi-lapisan.
Ciri-ciri ini membantu mengurangkan daya seretan, meningkatkan kecekapan, serta memberikan kestabilan dan pengendalian yang luar biasa. Gabungan reka bentuk yang anggun dan pusat graviti yang rendah memberikan Emeya apa yang ditakrifkan sebagai ‘hyperstance’ untuk kestabilan keseluruhan yang cemerlang.
Pengecasan dan Julat Pemanduan
Emeya dilengkapi dengan keupayaan pengecasan pantas DC 350kW, yang membolehkan peningkatan julat dari 10% kepada 80% dalam hanya 18 minit. Julat pemanduan WLTP maksimum adalah antara 490 km dan 600 km, bergantung kepada varian.
Teknologi Pintar
Emeya juga dilengkapi dengan teknologi pintar dan canggih untuk pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan terjamin. Ini termasuk sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) seperti amaran halangan, amaran perlanggaran ke hadapan, dan pemantauan titik buta. Paparan kepala (HUD) augmented reality (AR) 55-inci memberikan pemandu akses cepat kepada maklumat penting.
Tempahan dan Maklumat Lanjut
Yuran tempahan untuk Emeya ialah RM5,000. Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan, sila hubungi Lotus Cars Malaysia di talian 016-611 2388. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi: [www.lotuscars.com](http://www.lotuscars.com).
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama memiliki Hyper-GT elektrik yang menakjubkan ini!
MINI Malaysia telah memberikan previu eksklusif MINI Cooper S 5-Door baharu.
Model ini menggabungkan elemen ikonik MINI dengan kepraktisan yang lebih tinggi.
Model ini direka berdasarkan MINI Cooper 3-Door yang popular, namun kini hadir dengan dua pintu tambahan untuk kemudahan pemandu dan penumpang.
Reka Bentuk Luaran yang Sporty
Model baharu ini menawarkan penampilan luaran yang tetap mengekalkan ciri klasik MINI, dengan gril oktagon hitam dan lampu hadapan bulat yang ikonik.
Peningkatan jarak antara tayar sebanyak 72mm memberikan lebih banyak ruang di dalam kabin, tanpa menjejaskan reka bentuk kompaknya.
Rim aloi dua tona Slide Spoke bersaiz 18 inci menambahkan sentuhan sporty kepada model ini, manakala warna kontras pada bumbung dan cermin sisi menonjolkan personaliti unik MINI.
Di dalamnya, model ini menampilkan papan pemuka yang diperbuat daripada fabrik poliester kitar semula, memberikan sentuhan mesra alam dan sofistikated.
Reka bentuk kerusi menggunakan bahan vegan berkualiti tinggi, menawarkan keselesaan dan gaya.
Paparan OLED 240mm dengan Sistem Operasi 9 MINI menyediakan pengalaman digital yang lancar, manakala sistem bunyi Harman Kardon memastikan kualiti audio yang optimum.
Prestasi dan Dinamik Pemanduan
Dari segi prestasi, MINI Cooper S 5-Door dikuasakan oleh enjin 2.0 liter dengan kuasa 204 hp.
Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 6.8 saat, memberikan pengalaman pemanduan yang bertenaga dan menyeronokkan.
Pengendalian juga dipertingkatkan dengan sistem Servotronic yang menjadikan pemanduan lebih responsif, terutamanya dalam mod GO-KART yang disertakan.
Ciri Keselamatan dan Teknologi Pintar
MINI Cooper S 5-Door baharu dijangka dijual dengan harga RM293,000.00.
Kenderaan ini bakal menjadi pilihan bagi mereka yang menginginkan kenderaan kompak dengan tambahan praktikaliti tanpa menjejaskan gaya ikonik MINI.
YZR-M1 V4 Muncul Buat Kali Pertama di San Marino GP
Yamaha Motor Co., Ltd. melakar sejarah baharu apabila memperkenalkan jentera prototaip YZR-M1 dengan enjin V4...