McLaren Kuala Lumpur mengumumkan pelancaran model terbaharu mereka, McLaren Artura Spider. Model ini merupakan model convertible pertama McLaren yang dilengkapi dengan trenkuasa hibrid berprestasi tinggi.
Artura Spider ini bukan sahaja sekadar versi convertible, tetapi juga dilengkapi dengan peningkatan signifikan dari segi kuasa, prestasi, dan keterlibatan pemandu. Ia menawarkan pengalaman pemanduan yang unik dengan bumbung yang boleh dibuka. Membolehkan pemandu menikmati sensasi memandu yang lebih mendalam dengan udara terbuka.
Selain itu, peningkatan yang diperkenalkan pada Spider turut diaplikasikan pada model Artura Coupe. Kedua-dua model ini menawarkan prestasi dinamik yang luar biasa, termasuk kebolehan untuk memacu di litar. Serta memenuhi keperluan pemanduan harian dengan mod pemanduan elektrik yang hampir senyap, sesuai untuk kawasan bandar.
Artura Spider baharu ini sudah boleh ditempah sekarang dengan harga bermula dari RM 3,400,000 (termasuk cukai) sebelum pilihan tambahan.
Pengalaman Pemanduan Terbuka yang Memukau
Artura Spider direka dengan keutamaan kepada keterlibatan pemandu, prestasi, dan kualiti. Dilengkapi dengan bumbung keras yang boleh dilipat secara elektrik dalam masa 11 saat, ia memberikan pengalaman pemanduan convertible yang penuh dengan adrenalin.
Ads
Dengan bumbung terbuka, pemandu dapat merasakan hubungan yang lebih rapat dengan persekitaran mereka, menikmati bauan dan pemandangan dengan lebih jelas.
McLaren terus menekankan kejuruteraan super ringan mereka, dengan Artura Spider hanya seberat 1,457kg (berat kering) dan 1,560kg (berat dengan muatan). Ini menjadikan Spider sebagai model convertible paling ringan dalam kelasnya, dengan kelebihan berat sehingga 83kg berbanding pesaing terdekat.
Dikuasakan oleh trenkuasa hibrid yang menghasilkan 700PS, Artura Spider mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.0 saat. Kelajuan maksimum 330km/j. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti Launch Control dan sistem suspensi Proactive Damping Control yang memberikan kestabilan dan kawalan optimum semasa pemanduan.
Ads
Rekaan yang Mempesona dan Teknologi Canggih
Dari segi reka bentuk, Artura Spider mengekalkan siluet yang kemas dan dinamik, dengan rekaan badan ‘shrink-wrapped’ dan pintu dihedral yang memudahkan akses dalam ruang sempit.
Ciri Retractable Hard Top (RHT) menambah keunikan kepada Spider, dengan sistem bumbung yang boleh dikonfigurasi dengan panel kaca Electrochromic untuk mengawal pencahayaan dalam kabin.
Bahagian dalaman Artura Spider direka untuk memberi fokus penuh kepada pemandu. Paparan digital yang mudah dilihat dan stereng tanpa butang untuk meminimumkan gangguan. Tempat duduk McLaren Clubsport yang inovatif dan pelbagai pilihan penyesuaian membolehkan pemandu menikmati pemanduan yang selesa dan penuh prestasi.
Ads
Kesimpulannya, McLaren Artura Spider baharu ini adalah gabungan sempurna antara prestasi supercar elektrik yang hebat dengan keindahan rekaan convertible, memberikan pengalaman pemanduan yang tidak dapat dilupakan di jalan raya mahupun di litar.
Dalam tempoh sebulan sejak pelancarannya pada pertengahan Julai lalu, Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah berjaya menyerahkan 100 unit pertama GWM TANK 300 kepada para pelanggan.
Pencapaian ini memberi respons positif bagi sebuah SUV ‘off-road’ pintar dan mewah, terutamanya selepas mendapat perhatian meluas daripada media tempatan dan komuniti pemanduan ‘off-road’ di Malaysia.
GWM & Pelanggan Berkata
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui An Qi, meluahkan rasa gembira dengan sambutan yang memberangsangkan; “Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap jenama GWM, malah membuktikan sokongan dan keyakinan utuh terhadap produk kami yang berkualiti tinggi.”
Semasa acara penyerahan GWM TANK 300, pemilik ke-100, Profesor Dr. Steven Leow, berkongsi pengalamannya. Beliau berkata, “Sebagai seorang peminat kereta, GWM TANK 300 yang lasak ini benar-benar menarik perhatian saya dengan spesifikasi dan teknologinya yang luar biasa. Saya tidak pernah menyangka kenderaan ‘off-road’ mampu menawarkan keselesaan yang setanding dengan kereta sedan.
GWM TANK 300 ternyata menjangkaui jangkaan. Lebih-lebih lagi dengan ciri-ciri teknologi pintarnya seperti L2 ADAS, pengecasan tanpa wayar. Serta casis lutsinar yang memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup moden.”
Acara penyerahan, pemilik ke-100, Profesor Dr. Steven Leow
Ganjaran Eksklusif GWM Tank 300
Sebagai tanda penghargaan, GWM Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif kepada 300 pemilik pertama model ini.
Ganjaran tersebut termasuk jaminan seumur hidup untuk Enjin dan Transmisi kenderaan (terhad kepada pemilik pertama). Penyelenggaraan PERCUMA selama 5 tahun, termasuk kos buruh dan alat ganti. Berdasarkan setiap 10,000 km atau 6 bulan, mengikut mana yang terdahulu.
Selain itu, pemilik juga akan menerima beg sandang Paramount Thule bernilai RM999 dan Baucar Kit Pengembaraan Thule bernilai RM8,000.
Acara Lain Tank 300
GWM Malaysia juga mengumumkan destinasi keduanya untuk siri Go Adventure with GWM TANK. Di mana pemilik bertuah yang melengkapkan pendaftaran kenderaan selewat-lewatnya pada 12 September 2024 akan berpeluang memenangi sebuah percutian pengembaraan ke Gurun Alxa. Salah satu padang pasir yang paling mencabar dan menakjubkan di dunia.
Bagi yang berminat dengan model ini, maklumat lanjut boleh didapati di: [https://www.gwm.com.my/TANK300.html](https://www.gwm.com.my/TANK300.html).
Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang Program RX-Z Members 6.0 yang bakal berlangsung di Gong Badak, Kuala Nerus pada 13 dan 14 September ini.
Pihak polis akan memperketatkan sekatan jalan raya (SJR). Langkah ini diambil untuk memastikan semua peserta mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya sepanjang program tersebut.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin, menjelaskan bahawa selain polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga akan terlibat dalam penguatkuasaan melalui Op Khas Motosikal.
Ini adalah langkah proaktif untuk memastikan program berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 151 pegawai dan anggota polis serta JPJ akan bertugas untuk mengawal aliran trafik. Dengan lebih 80,000 peminat motosikal dijangka membanjiri program ini, langkah pengawalan yang rapi amat penting bagi menjamin keselamatan semua pihak.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin – Utusan
Sekatan Jalan Raya di Kawasan Hotspot
SJR akan dipertingkatkan di kawasan hotspot yang telah dikenal pasti, di mana tindakan saman serta penyitaan kenderaan akan diambil jika terdapat peserta yang melanggar peraturan.
Pihak berkuasa juga mempunyai kuasa untuk membatalkan permit penganjuran sekiranya terlalu banyak aduan diterima atau jika syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak dipatuhi oleh penganjur.
Datuk Mohd. Khairi turut mengingatkan tentang pelbagai kesalahan yang dikesan pada penganjuran program terdahulu. Seperti ketiadaan lesen memandu, pengubahsuaian nombor pendaftaran dan ekzos, serta ketiadaan cukai jalan.
Statistik menunjukkan sebanyak 292 saman polis dan 311 saman JPJ telah dikeluarkan pada program tahun lalu. Selain mencatatkan empat kes kemalangan maut yang membabitkan peserta, tiga di Kemaman dan satu di Hulu Terengganu.
RXZ Members 5.0 – Internet
Pesanan Kepada Rider
“Saya mengalu-alukan kedatangan peminat sukan permotoran ke Terengganu. Tetapi ingin saya tegaskan agar mereka mematuhi undang-undang jalan raya dan berhati-hati dalam perjalanan,” kata beliau.
Peserta diingatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan program RX-Z Members 6.0 ini berlangsung dengan selamat dan meriah.
Ketika berhenti di traffic light, banyak pemandu sering tertanya-tanya tentang memilih gear yang paling sesuai untuk digunakan.
Adakah lebih baik menggunakan gear D (Drive), N (Neutral), atau P (Park)?
Mari kita lihat kelebihan dan kekurangan setiap pilihan dan memberi panduan untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak.
Gear D (Drive)
Kelebihan
Kemudahan dan Keselesaan: Dengan gear D, anda hanya perlu menekan pedal minyak untuk bergerak semula apabila lampu hijau menyala. Ini menjadikannya pilihan yang mudah dan cepat.
Penggunaan Semula: Gear D membolehkan anda bersedia untuk bergerak tanpa perlu menukar gear, menjadikannya praktikal dalam situasi trafik yang sibuk.
Kekurangan
Kepanasan Transmisi: Berada dalam gear D ketika berhenti boleh menyebabkan transmisi menjadi panas jika berhenti terlalu lama.
Penggunaan Bahan Api: Kereta dalam gear D menggunakan lebih banyak bahan api berbanding gear N atau P.
Kredit Foto : Website blauto
Gear N (Neutral)
Kelebihan
Penjimatan Bahan Api: Gear N memutuskan sambungan enjin dengan transmisi, yang boleh mengurangkan penggunaan bahan api.
Pengurangan Beban Transmisi: Gear N mengurangkan tekanan pada transmisi, mengurangkan risiko kepanasan dan kehausan komponen.
Kurang Keselesaan: Anda perlu menukar semula ke gear D sebelum bergerak, yang boleh mengambil masa dan mengganggu aliran trafik.
Keselamatan: Gear N mengurangkan kawalan pemandu terhadap kereta, terutama dalam situasi kecemasan.
Gear P (Park)
Kelebihan
Keselamatan Maksimum: Gear P mengunci transmisi dan mencegah kereta daripada bergerak. Ini memastikan keselamatan maksimum apabila berhenti.
Rehat pada Kaki: Anda tidak perlu menekan pedal brek, membolehkan anda berehat sementara menunggu lampu hijau.
Kekurangan
Kerosakan Transmisi: Menukar gear dari P ke D berulang kali dalam jangka masa pendek boleh menyebabkan kehausan pada transmisi.
Tidak Praktikal: Gear P tidak sesuai untuk berhenti singkat kerana ia memerlukan anda menukar gear dua kali untuk bergerak semula.
Kredit Foto : Website axleaddict
Situasi Terbaik untuk Memilih Gear D, N, atau P
Traffic Light Singkat: Jika anda hanya berhenti sebentar, kurang dari satu minit, gear D adalah pilihan yang paling praktikal dan menjimatkan masa.
Traffic Light Panjang: Jika berhenti lebih lama, gear N boleh membantu mengurangkan kepanasan transmisi dan penggunaan bahan api.
Rehat yang Lama: Jika anda menjangkakan berhenti untuk tempoh yang sangat lama atau berada dalam situasi di mana keselamatan adalah keutamaan, gear P adalah pilihan terbaik.
Memilih gear yang betul ketika berhenti di traffic light bergantung kepada situasi anda.
Anda sudah tahu bagaimana untuk memilih gear yang sesuai? semoaga bermanfaat dan selamat memandu!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kempen Akhir Tahun "GO ELECTRIC NOW" Dengan Tawaran Eksklusif Untuk Model BMW i Terpilih
BMW Malaysia menutup tirai tahun ini melalui pelancaran kempen “GO ELECTRIC...