Pengedar rasmi Mazda di Malaysia, Bermaz Motor, baru-baru ini memperkenalkan model terbaru mereka, Mazda 2 2023 facelift. Model terkini ini tersedia dalam dua bentuk badan, sedan dan hatchback, menarik minat penggemar dengan pembaharuan yang menarik.

Dari segi prestasi, Mazda 2 masih menggunakan enjin 1.5 liter bersesaran dengan transmisi automatik 6 kelajuan, memberikan daya sebanyak 114 HP dan tork sebanyak 149 Nm.

Selain itu, untuk menambahkan lagi kesan sporty, Mazda 2 facelift dilengkapi dengan rim aloi berukuran 16 inci yang memikat hati penggemar dengan padanan warna hitam dan krom.

Mazda 2 2023 Facelift Dengan Kemasan Baharu, Prestasi Dipertingkatkan, Dari RM108,670
Kredit Foto: Carscoops.com

Pada bahagian dalaman, sebahagian besar ciri kekal tidak banyak berubah. Namun, penambahan tempat duduk berbalut kulit hitam dengan jahitan merah dan trim papan pemuka berwarna hitam memberikan sentuhan elegan yang memikat hati. Skrin infotainment 7 inci masih kekal dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, memastikan pengalaman pengguna yang terkini dan dinamik.

Ads

Perubahan yang paling ketara pada Mazda 2 2023 adalah pada rekaan bahagian hadapan yang kini hadir dengan jeriji besar bergaya jenis honeycomb, menambah kesan kesukanan dan keanggunan pada kenderaan. Peminat Mazda akan teruja dengan sentuhan sporty yang ditampilkan.

Mazda 2 2023 Facelift Dengan Kemasan Baharu, Prestasi Dipertingkatkan, Dari RM108,670
Kredit Foto: Carscoops.com

Mazda 2 2023 diimport sebagai unit CBU dari Thailand dengan harga bermula dari RM 108,670. Ia disertakan dengan Waranti Pengeluar 5 tahun dan Penyelenggaraan Percuma 5 tahun atau perbatuan sehingga 100,000 km, memberikan keyakinan kepada pembeli mengenai prestasi dan kebolehpercayaan model ini.

Ads

Untuk pasaran Malaysia, Mazda 2 2023 facelift ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna yang memikat hati seperti Snowflake White Pearl, Soul Red Crystal, Platinum Quartz, Polymetal Grey, AirStream Blue (khusus untuk varian Hatchback), dan warna terbaru, Aero Grey (khusus untuk varian Sedan).

Ads

Dengan rekaan yang dikemaskinikan dan prestasi yang tidak boleh dipersoalkan, Mazda 2 2023  menjadi pilihan menarik bagi mereka yang mengutamakan gaya, keselesaan, dan dinamik dalam pemanduan mereka.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI