Maritim Malaysia

Maritim Malaysia kini dalam usaha memperkukuh pertahanan perairan negara melalui peningkatan aset laut dan udara serta penggunaan teknologi terkini. Langkah ini diambil sebagai tindak balas terhadap isu pencerobohan yang semakin membimbangkan. 

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, menyatakan bahawa strategi ini adalah sebahagian daripada pelan mitigasi yang dirangka untuk memastikan sempadan maritim Malaysia terus terpelihara.

Sejak tahun 2020 hingga Julai lalu, Maritim Malaysia telah berjaya merampas 434 vesel nelayan asing (VNA), dengan majoriti 308 vesel tersebut berasal dari Vietnam. Selain itu, 81 kes melibatkan nelayan dari Indonesia, 35 dari Thailand, dan 10 dari China. Secara keseluruhan, 3,694 nelayan asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh tersebut.

Maritim Malaysia Mantapkan Pertahanan Laut – Aset dan Teknologi Terkini Ditambah

Cabaran Sebenar

Walaupun pencapaian ini membanggakan, Mohd Zawawi mengakui bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh Maritim Malaysia adalah kekurangan aset. Sebahagian kapal dan bot sedia ada memerlukan penyelenggaraan berjadual, manakala aset lain sudah uzur dan perlu diganti. 

Namun, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengambil langkah proaktif dengan memastikan penambahan aset yang lebih canggih.

Aset Terkini

Salah satu perkembangan penting ialah pembinaan Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) yang dinamakan KM Tun Fatimah. Ia kini sudah beroperasi di perairan Laut China Selatan. 

Selain itu, KDN juga sedang memperoleh empat helikopter bersaiz sederhana model Agusta Westland (AW) 189. Ini untuk memperkukuh pemantauan udara di zon maritim Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Maritim Malaysia Mantapkan Pertahanan Laut – Aset dan Teknologi Terkini Ditambah

Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkuatkan keselamatan maritim. Namun untuk menyokong hasrat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berhasrat mahu Malaysia kekal dalam kalangan 10 negara paling aman di dunia mengikut Indeks Keamanan Global (GPI). 

Terus Komited

Dalam hal ini, agensi tersebut komited untuk memastikan keselamatan perairan negara berada pada tahap tertinggi, sekali gus menjamin keselamatan laluan kapal dagang dan kelancaran aktiviti ekonomi di perairan negara.

Dengan peningkatan keselamatan ini, Malaysia dijangka terus menarik minat pelabur asing, mengukuhkan lagi kedudukan negara sebagai salah satu destinasi pelaburan yang selamat dan stabil. Mohd Zawawi optimis bahawa langkah-langkah yang diambil ini akan memberi impak positif kepada keseluruhan ekonomi dan keselamatan negara.

Dari Berita Harian

Baca Juga Kapal Perang TLDM Terkandas di Perairan Johor

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI