Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan peningkatan signifikan dalam kekerapan penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly sebagai usaha untuk memenuhi permintaan tiinggi dari pengguna. Langkah ini akan melibatkan kira-kira 248 penerbangan tambahan ke rangkaian domestik dan antarabangsa sehingga Mac 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAG mengumumkan bahawa peningkatan kekerapan ini akan memberikan peningkatan aksesibiliti terutama untuk perjalanan domestik dan beberapa destinasi antarabangsa yang popular.

Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL), Lapangan Terbang Subang (SZB), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) akan menjadi lokasi perlepasan untuk penerbangan baru ini.

Kredit Foto : malaysiaaviationgroup.com.my

Perjalanan Domestik

Malaysia Airlines turut akan meningkatkan frekuensi penerbangannya dari hub utamanya di KUL ke destinasi-domestik utama. Peningkatan ini termasuk penambahan penerbangan dari KUL ke Sibu (SBW) dari 10 menjadi 12, Tawau (TWU) dari 10 menjadi 16, dan Kuching (KCH) dari 54 menjadi 57 secara mingguan.

Firefly juga akan menyumbang kepada peningkatan ini dengan meningkatkan frekuensi penerbangannya dari PEN ke Kota Kinabalu (BKI) dari 14 menjadi 15, Langkawi (LGK) dari 10 menjadi 11, dan dari SZB ke LGK dari 12 menjadi 13 secara mingguan.

IKLAN

 

Perjalanan Antarabangsa

Penerbangan antarabangsa juga akan menyaksikan peningkatan yang signifikan. Dari KUL, Malaysia Airlines akan meningkatkan penerbangannya ke Sydney (SYD) dari 14 menjadi 18, Melbourne (MEL) dari 14 menjadi 17, Amritsar (ATQ) dari dua menjadi empat, Cochin (COK) dari enam menjadi tujuh, dan Narita (NRT) dari 12 menjadi 14 secara mingguan.

Kredit Foto : malaysiaairlines.com

Destinasi Tambahan

IKLAN

Sebagai tambahan, Malaysia Airlines akan menambah tiga penerbangan tambahan dari KUL ke destinasi domestik utama, termasuk Kota Bharu (KBR) dan Alor Setar (AOR), delapan ke Sandakan (SDK), sembilan ke Sibu (SBW), satu ke Tawau (TWU), dan dua ke Kuching (KCH).

 

Musim Perayaan Tahun Baharu Cina

IKLAN

Menyambut Tahun Baharu Cina, MAG mengumumkan bahawa untuk laluan KUL ke Singapura (SIN), Malaysia Airlines akan menambah kekerapan sebanyak dua penerbangan secara mingguan. Ini akan meningkatkan frekuensi dari 56 menjadi 58 terutamanya pada 7 Februari dan 8 Februari 2024.

Dengan peningkatan ini, MAG berharap dapat memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik dan memenuhi keperluan penumpang yang semakin meningkat di sepanjang rangkaian penerbangannya.

Sumber : Berita Harian

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI