Lotus Cars terus meneguhkan kehadirannya di Malaysia dengan langkah terbaru mereka, pembukaan rasmi Lotus Store pertama di Pavilion Damansara Heights. Langkah ini datang setelah kejayaan pelancaran SUV elektrik Lotus Eletre sepuluh bulan lalu, yang telah mendapat sambutan hangat di Malaysia.
Sejak itu, 50 unit telah diserahkan kepada pembeli, dengan 200 unit lagi dalam proses penghantaran. Lotus Store ini membawa konsep seni bina terkini Lotus, mencerminkan imej korporat global mereka. Ia tidak hanya memamerkan model Eletre dan Emira, tetapi juga menawarkan barangan dan pakaian eksklusif dari Lotus, serta ruang santai dan rehat untuk pengunjung.
Tetapi yang paling menarik, Lotus Store ini menyediakan ruang khusus untuk Konfigurator Lotus, di mana pelanggan boleh menyesuaikan kenderaan mereka mengikut citarasa peribadi. Dari bahagian luaran hingga ke ciri-ciri keselamatan tambahan, Konfigurator Lotus membolehkan pelanggan menala setiap aspek kenderaan mereka.
Kredit Foto: Lotus Cars Malaysia
Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam, Lotus Store ini terletak di tingkat 1, Lot 1.47.02 Pavilion Damansara Heights. Pembukaan Lotus Store ini juga merupakan mukadimah kepada pelancaran ruang pameran utama Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Shah Alam, yang dijangka akan siap pada suku kedua 2024.
Ads
Lotus Cars Malaysia juga merancang untuk memperluaskan kehadiran mereka di wilayah Utara dan Selatan, sambil menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan mudah alih untuk pelanggan mereka. Pengurus Besar Lotus Cars Malaysia, Jack Zaal, menjelaskan bahawa langkah ini bukan sahaja untuk memastikan pemilik kenderaan Lotus sedia ada terus berpuas hati, tetapi juga untuk memperkenalkan identiti baru Lotus kepada pelanggan yang berpotensi.
“Kami memahami kepentingan membangunkan kenderaan premium tanpa mengabaikan keseronokan pemanduan yang menjadi intipati Lotus. Proses pengenalan semula ini penting bagi kami,” katanya.
Ads
Kredit Foto: Lotus Cars Malaysia
Lotus Karz Sdn Bhd, yang merupakan pengimport, pengedar, dan pengendali perkhidmatan selepas jualan Lotus di Malaysia, adalah wakil sah jenama Lotus. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh KARRUS Automotive, sebuah syarikat yang terkenal dalam import kenderaan mewah baharu, terpakai, dan klasik.
Dengan pembukaan Lotus Store di Pavilion Damansara Heights dan pelancaran ruang pameran utama di Glenmarie, Lotus Cars Malaysia menjanjikan pengalaman yang lebih baik kepada para peminat kereta mewah di negara ini. Dengan inovasi terkini dan komitmen kepada kepuasan pelanggan, Lotus Cars terus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran automotif Malaysia.
Porsche kembali menggemparkan pasaran automotif dengan pengenalan versi elektrik terbaru mereka, Porsche Macan EV.
Berdasarkan platform mutakhir, Premium Platform Electric (PPE), model ini memperlihatkan kombinasi yang mengagumkan antara teknologi canggih dan prestasi yang luar biasa.
Porsche Macan EV membawa seni bina berdasarkan PPE, sebuah landasan teknologi yang memungkinkan penggunaan voltan 800 yang mempamerkan kecekapannya yang responsif dalam pengecasan serta pengurusan tenaga.
Sokongan pengecasan pantas setinggi 270 kW membolehkan kereta ini mengecas semula dengan pantas, memberikan keselesaan dan ketenangan kepada pemandu.
Kredit Foto: Porsche
Kuasa Tanpa Batas
Versi paling berkuasa Porsche Macan EV tidak mensia-siakan prestasinya. Dengan kemampuan untuk menghamburkan kuasa setinggi 603 hp dan daya kilas melebihi 1,000 Nm, ia membuktikan bahawa ia bukan sekadar kenderaan elektrik biasa, kecekapan dan pecutan yang tidak dapat dinafikan menjadikan pengalaman memandu lebih seronok dan diingati.
Porsche juga menambah nilai pada Macan EV dengan menyertakan sistem brek regeneratif 240 kW yang mengoptimalkan pengekalan tenaga semasa membrek.
Sistem suspensi udara memberikan keselesaan pada pemanduan sejauh mana pun perjalanan anda, sementara pilihan sistem stereng gandar belakang memberikan kestabilan pada kelajuan tinggi dan mengurangkan radius putaran, memudahkan kawalan dalam keadaan sempit.
Kesimpulannya, Porsche Macan EV bukan sahaja membuktikan komitmen kepada inovasi, tetapi juga mengukuhkan kehadiran mereka dalam pasarannya. Dengan gabungan teknologi canggih, prestasi memukau, dan keselesaan terbaik, ia menawarkan satu lagi pilihan yang menarik bagi pencinta kenderaan elektrik yang berprestij.
1 of 14
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Berita baik buat mereka yang sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada kenderaan elektrik. Sepanjang bulan Oktober 2024, Great Wall Motor (GWM) Malaysia menawarkan kempen promosi eksklusif untuk pembelian model GWM Ora Good Cat.
Promosi ini dirancang bagi memberi pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV) yang lebih menyeronokkan dan praktikal.
Antara tawaran menarik dalam pakej promosi ini termasuk:
Pengecas dinding percuma – Anda boleh mengecas kenderaan dengan mudah di rumah.
Servis pemasangan percuma – Memastikan kemudahan pengecas dinding dipasang tanpa kerumitan.
Servis percuma selama lima tahun – Merangkumi alat ganti dan kos buruh, memberi ketenangan minda tanpa memikirkan penyelenggaraan.
Insurans kenderaan percuma tahun pertama – Melindungi pelaburan anda dan mengurangkan kos keseluruhan pemilikan.
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, menyatakan, “Kami memperkenalkan kempen ini untuk memberi galakan kepada mereka yang berminat beralih ke kenderaan elektrik. Tawaran istimewa ini bukan hanya menjadikan peralihan kepada EV lebih menarik, malah juga praktikal. Kami komited terhadap kelestarian, dan bukan sekadar menghasilkan kenderaan elektrik, tetapi juga mempertingkatkan pengalaman keseluruhan pemilikannya.”
Pilihan Varian Menarik
GWM Ora Good Cat ditawarkan dalam dua varian di Malaysia:
400 Pro dengan harga RM 113,800.
500 Ultra berharga RM 143,800.
Kedua-dua varian ini menggunakan motor segerak magnet kekal dengan kuasa 143 kuasa kuda dan tork 210 N.m. .Bateri 47.788 kWh pada varian 400 Pro membolehkan jarak pemanduan sehingga 400 km mengikut kitaran NEDC. Manakala bateri 63.139 kWh pada varian 500 Ultra mampu mencapai jarak lebih jauh. Iaitu 500 km dengan satu cas penuh.
Reka Bentuk dan Ciri Hebat
Ora Good Cat bukan sekadar kenderaan elektrik, ia juga tampil bergaya dengan reka bentuk retrofuturisme. Peminat automotif pasti akan teruja dengan enam pilihan warna luaran yang elegan.
Kerusi pemandu yang boleh dilaras bersama fungsi urutan memberikan keselesaan sepanjang pemanduan.
Tambahan pula, dengan struktur badan berangka keluli berkekuatan ultra tinggi serta sistem ADAS L2, pemanduan anda dijamin selamat dan selesa.
Jika anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman memandu GWM Ora Good Cat, anda boleh menempah sesi pandu uji melalui laman web GWM Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini kerana promosi adalah terhad. Tepati masa, rasai pemanduan yang penuh gaya dan mesra alam!
Impak selepas kerajaan mengumumkan penggunaan mandatori sistem Brek Anti-Kunci pada motosikal berkapasiti 150cc ke atas. Harga jualan motosikal keluaran baharu dijangka mengalami kenaikan antara RM100 hingga RM200.
Penganalisis industri automotif, Hezeri Samsuri berkata, bagaimanapun tidak banyak model popular yang akan terjejas dengan kenaikan itu.
“Kenaikan harga mungkin akan berlaku kepada model-model keluaran baharu tetapi tidak akan mengalami peningkatan yang banyak.
“Saya kira kalau naik pun, dalam RM100 ke RM200 tetapi banyak model motosikal di atas 150cc sebenarnya sudah dilengkapi ABS. Ini bermakna tidak banyak model popular yang akan terjejas dengan kenaikan harga,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Mengulas lanjut Hezeri berkata, usaha untuk mewajibkan penggunaan ABS pada motosikal sudah lama dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan kini menjadi mandatori untuk motosikal baharu dengan enjin di atas 150cc.
Menurutnya, ABS sangat penting untuk motosikal moden yang mempunyai prestasi enjin berkuasa tinggi dalam berdepan cuaca negara yang sering dilanda hujan.
“Apabila menempuh cuaca hujan, kejadian roda depan tergelincir sering berlaku. Pemasangan ABS membolehkan penunggang membrek dengan selamat walaupun sedang mengambil selekoh. Ia juga memang terbukti mampu menurunkan kadar kemalangan.
“Sistem ini lambat diperkenalkan kerana faktor harga. Dahulu, modul motosikal yang ada ABS memang mahal sedikit, tetapi dengan pertumbuhan kilang komponen merata dunia dan ia sudah menjadi kelengkapan wajib untuk banyak pasaran dunia, harganya telah turun dengan banyak,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bagi menangani kes kemalangan jalan raya khususnya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Dalam pada itu, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati ABS berupaya mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus.
BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan senjata kembara terbaharu mereka, BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu. Kalau anda peminat tegar motosikal kembara, ini adalah...