
Lexus meneruskan sambutan legasi model sedan sport ikoniknya dengan memperkenalkan Lexus IS Special Appearance Package 2027, sebuah versi edisi terhad yang dibangunkan berasaskan IS 350 F SPORT.
Model istimewa itu diperkenalkan sempena kemuncak Lexus IS 25th Legacy Tour di Miami, Florida, sekali gus menandakan 25 tahun perjalanan Lexus IS yang sinonim dengan karakter pemanduan sporty, reka bentuk tersendiri dan prestasi.
Sejak 2022, Lexus konsisten memperkenalkan model Special Edition atau Special Appearance Package untuk keluarga IS bagi memberikan pilihan lebih eksklusif kepada peminat model berkenaan.
Bagi model tahun 2027, Lexus memilih pendekatan yang cukup menonjol menerusi pengenalan warna luaran baharu dikenali sebagai Envious, digandingkan dengan rim aloi BBS berwarna hitam bersaiz 19 inci.
Tema eksklusif tersebut diteruskan ke bahagian kabin menerusi penggunaan tempat duduk F SPORT dengan kemasan NuLuxe berlubang serta sisipan Ultrasuede.
Kemasan berwarna hitam itu diberikan sentuhan kontras menerusi jahitan hijau yang selari dengan warna luaran Envious.
Beberapa bahagian dalaman turut menerima kemasan satin krom bagi memberikan suasana lebih premium tanpa menghilangkan karakter sporty yang menjadi identiti Lexus IS.
Berbeza dengan kebanyakan sedan prestasi moden yang semakin beralih kepada enjin pengecas turbo atau sistem elektrifikasi, Lexus IS 2027 masih mempertahankan enjin V6 aspirasi natural 3.5 liter.
Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 311 hp dan tork puncak kira-kira 380 Nm (280 lb-ft).
Pembeli boleh memilih konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan atau sistem pacuan semua roda (AWD) bersama transmisi automatik enam kelajuan.
Konfigurasi berkenaan digunakan pada barisan Lexus IS 2027 termasuk model yang dilengkapi Special Appearance Package ini.
Tidak sekadar menawarkan perubahan kosmetik, Lexus turut melengkapkan Special Appearance Package dengan Handling Package sebagai standard.
Pakej tersebut merangkumi sistem Adaptive Variable Suspension (AVS) yang ditala untuk karakter pemanduan lebih sporty.
Pemandu turut diberikan beberapa pilihan melalui Drive Mode Select iaitu:
Bagi versi pacuan roda belakang, Lexus turut memasang Torsen limited-slip rear differential, yang membantu mengoptimumkan penghantaran kuasa antara roda belakang ketika memecut atau melalui selekoh.
Lexus IS Special Appearance Package 2027 turut hadir dengan Technology Package yang menambah beberapa sistem bantuan pemanduan.
Antaranya ialah Traffic Jam Assist, Lane Change Assist serta Front Cross-Traffic Alert.
Model ini juga dilengkapi lampu utama Triple Beam LED, sistem Intuitive Parking Assist dan Panoramic View Monitor bagi memudahkan pemandu ketika melakukan manuver di ruang sempit.
Antara kelengkapan lain yang diberikan sebagai standard termasuk:
Gabungan tersebut menjadikan Special Appearance Package bukan sekadar sebuah pakej warna khas, malah menawarkan beberapa kelengkapan prestasi, keselesaan dan teknologi secara terus daripada kilang.
Eksklusiviti menjadi antara daya tarikan utama Lexus IS Special Appearance Package 2027 apabila Lexus mengesahkan hanya 350 unit akan dipasang untuk pasaran Amerika Utara.
Model berkenaan dijadualkan tiba di pusat jualan Lexus di rantau itu menjelang penghujung 2026.
Bagaimanapun, Lexus masih belum mengumumkan harga jualan rasmi serta spesifikasi penuh model edisi terhad berkenaan.
Setakat ini juga, pengenalan Lexus IS Special Appearance Package 2027 adalah khusus untuk pasaran Amerika Utara dan tiada pengumuman mengenai penawarannya di Malaysia.
Selepas 25 tahun berada dalam keluarga Lexus, IS kekal sebagai antara model yang membawa pendekatan lebih berorientasikan pemandu dalam barisan jenama mewah Jepun itu.
Kehadiran Special Appearance Package 2027 pula meneruskan legasi tersebut dalam pakej yang lebih eksklusif, dengan kombinasi enjin V6 aspirasi natural, pacuan roda belakang yang tersedia dan pengeluaran hanya 350 unit.
Sumber Artikel : LEXUS UNVEILS 2027 LEXUS IS SPECIAL APPEARANCE PACKAGE
Baca Juga : Mitos atau Fakta, Tip Jimatkan Penggunaan Minyak Kereta Mana Yang Betul?
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.