Stellantis Malaysia baru sahaja melancarkan Leapmotor C10 2024. SUV elektrik dari China yang buat pertama kali diperkenalkan di pasaran Malaysia.
Model ini dipratonton dalam versi pemanduan sebelah kanan sebulan sebelum pelancaran. D-segmen lima tempat duduk ini kini tersedia dalam varian tunggal iaitu versi Design berprestasi tinggi. Dengan harga promosi RM149,000 sehingga 30 November 2024. Selepas tarikh ini, harga akan meningkat kepada RM159,000.
Dimensi C10 EV
Berukuran 4,739 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,680 mm tinggi, dan jarak roda sepanjang 2,825 mm. C10 adalah SUV D-segmen yang lebih besar berbanding pesaing-pesaing di pasaran seperti Proton X90 dan Chery Tiggo 8 Pro. Dalam kategori EV, ia bersaing dengan model seperti BYD Atto 3 dan Proton eMas 7, walaupun saiznya lebih besar.
Kredit – PaulTan
Prestasi
Di Malaysia, Leapmotor C10 hadir dengan konfigurasi pacuan roda belakang dan motor elektrik yang menghasilkan kuasa sebanyak 218 PS (160 kW) dan tork 320 Nm. Ini membolehkan SUV seberat 1,980 kg ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat. Kelajuan maksimum 170 km/j.
Bateri lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 69.9 kWh membolehkan C10 mencapai jarak pemanduan sehingga 424 km mengikut piawaian WLTP (atau 477 km mengikut NEDC) dengan satu pengecasan penuh.
Untuk pengecasan pantas DC, ia menyokong sehingga 84 kW yang boleh mengecas dari 30% hingga 80% dalam masa sekitar 30 minit. Pengecasan AC pula dihadkan kepada 6.6 kW, yang memerlukan kira-kira 6.1 jam untuk mencapai tahap yang sama.
Ads
Dari segi reka bentuk luaran, C10 menampilkan rupa tradisional dengan roda aloi 20-inci ‘Trident’ yang dilengkapi tayar 245/45 profil Dunlop e.Sport Maxx. Ciri luaran lain termasuk lampu LED automatik dengan lampu siang, pemegang pintu yang tersembunyi, spoiler bumbung, dan kaca privasi belakang.
Kredit – PaulTan
Ruang Dalaman
Di bahagian dalaman, SUV ini dilengkapi stereng dua jejari, panel instrumen digital 10.25-inci dan paparan tengah berdefinisi tinggi 14.6-inci.
Sistem infotainment menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8155 untuk prestasi lancar. Tetapi malangnya tiada sokongan untuk Apple CarPlay atau Android Auto. Walau bagaimanapun, terdapat sistem audio 12-pembesar suara 840 watt, navigasi satelit, Wi-Fi, dan Bluetooth.
Ciri-ciri lain termasuk pelapik tempat duduk ‘kulit silikon’ yang tahan cecair. Sistem kawalan suhu automatik dwi-zon dengan penapisan PM2.5. Bumbung kaca panorama 42-inci. Pengecas tanpa wayar dan but berkuasa.
Ads
C10 juga dilengkapi dengan kunci NFC yang membolehkan pengguna membuka dan menghidupkan kenderaan menggunakan kad atau aplikasi mudah alih Leapmotor.
Salah satu kelebihan utama C10 adalah ruang dalamannya yang luas. Terutama di bahagian belakang. Dengan ruang kaki 951 mm dan ruang kepala 1,050 mm. Jika perlu, kedua-dua tempat duduk depan dan belakang boleh dilipat rata untuk menyediakan ruang tidur seluas 1.8 meter panjang dan 1.2 meter lebar.
Ruang but pula menawarkan kapasiti 435 liter, yang boleh ditingkatkan kepada 1,410 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Kredit – PaulTan
Aspek Keselamatan
Dari segi keselamatan, C10 dilengkapi tujuh beg udara, sensor parkir belakang, dan kamera 360 darjah. Ia juga hadir dengan pakej ADAS Tahap 2 yang menyediakan 17 fungsi bantuan pemandu seperti kawalan jelajah adaptif, amaran perlanggaran hadapan, AEB, dan bantuan kekal lorong.
Ads
Leapmotor C10 tersedia dalam empat warna luaran – Canopy Grey, Pearly White, Tundra Grey, dan Glazed Green. SUV ini turut dilengkapi dengan jaminan enam tahun/150,000 km dan jaminan bateri lapan tahun/160,000 km. Stellantis Malaysia juga merancang untuk membuka 18 lokasi jualan dan servis pada tahun ini, dengan tambahan sembilan lokasi lagi menjelang 2025.
Menghasilkan 819 kuasa kuda, model eksotik 812 Competizione daripada Ferrari ini sememangnya istimewa kerana ia merupakan satu-satunya model yang mempunyai reka bentuk lakaran pada sekitarnya.
Kredit Foto: topgear.com
Menurut Ferrari, model 812 Competizione hanya dikeluarkan sebanyak 999 unit sahajadan hanya satu darinya mempunyai rekaan sebegini. Walaupun sekali imbas nampak seperti kereta belum siap, namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat.
Kredit Foto: topgear.com
Model 812 Competizione menggunakan enjin 6.5 liter V12 bukan hibrid dengan harga melebihi RM2.7juta ($600,000+) untuk yang biasa. Bagi varian terhad one-off berwarna kuning ini, harganya tidak didedahkan namun ramai menjangkakan ia lebih mahal dari model 812 yang biasa.
Kredit Foto: topgear.com
Mendapat inspirasi dari rekaan kertas lakaran kosong, hasil kerja Flavio Manzoni, ketua pegawai reka bentuk Ferrari, dengan kerjasama para pelukis dan jurutera yang terlibat, model inimengambil masa lebih setahun untuk siap.
Kredit Foto: topgear.com
Kali pertama ditayangkan kepada khalayak ramai adalah di Monterey Car Week, dimana Bugatti juga ada memperkenalkan model terhad Bugatti Chiron Super Sport Golden Era.
Kredit Foto: topgear.com
Namun berbeza dengan Bugatti Golden Era, Ferrari 812 Competizione tidak mempunyai pemilik, sebaliknya, ia akan dilelong untuk kebajikan di majlis Gala Ferrari di New York pada 17 Oktober 2023.
Kredit Foto: topgear.com
Foto di atas menunjukkan kereta yang dihasilkan dengan cat matte Giallo Tristrato (kuning), yang mempunyai telitian yang dilihat dalam Lakaran Nero DS matte. Komponen seperti bilah aero yang membelah hud, louvres sisi dan penjana vorteks pada panel belakang turut dilihat.
Kredit Foto: topgear.com
Ruang dalaman kabin 812 masih mengekalkan gaya Sharpie, dengan papan pemuka dan tempat duduk jenis Alcantara turut dihiasi dengan lakaran reka bentuk yang disulam.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Sistem pengangkutan jalan di Malaysia telah melalui pelbagai transformasi sejak tahun 1944 hingga 2024. Mencerminkan perkembangan ekonomi dan sosial negara selama 80 tahun.
Dari jalan tanah merah hingga ke lebuh raya moden, setiap era menyaksikan pembaharuan dan peningkatan yang ketara dalam usaha menyediakan infrastruktur yang lebih baik untuk rakyat.
Model keretapi tahun 1950-1970
1944-1957: Era Pra-Kemerdekaan
Pada tahun 1944, sistem pengangkutan jalan di Tanah Melayu ketika itu masih dalam peringkat asas dengan kebanyakan jalan terdiri daripada jalan tanah dan kerikil. Infrastruktur yang ada lebih bertujuan untuk menghubungkan bandar-bandar utama dan kawasan perlombongan serta pertanian. Kerajaan kolonial British pada masa itu lebih fokus kepada pembangunan laluan strategik untuk ekonomi, khususnya eksport getah dan bijih timah.
1957-1980: Era Pasca-Kemerdekaan dan Pembinaan Lebuhraya
Selepas merdeka pada tahun 1957, Malaysia mula memberi perhatian lebih kepada pembangunan infrastruktur jalan. Tahun 1960-an menyaksikan pembinaan jalan-jalan baru yang menghubungkan lebih banyak kawasan luar bandar dengan bandar.
Pada tahun 1970-an, Lebuhraya Persekutuan dibina, menghubungkan Kuala Lumpur dengan Klang, dan menjadi lebuh raya pertama yang menggunakan tol di Malaysia.
Kuala Lumpur – 1990’an
1980-2000: Era Pemodenan dan Pengembangan Lebuhraya
Era 1980-an dan 1990-an menyaksikan Malaysia memperkenalkan pelbagai lebuh raya bertol di bawah program Penswastaan Lebuhraya. Antara yang paling menonjol ialah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam di Kedah dengan Johor Bahru. Lebuhraya ini memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi dengan memudahkan pergerakan barangan dan penumpang.
Kuala Lumpur – 2010
2000-2024: Era Teknologi dan Kelestarian
Memasuki abad ke-21, fokus utama sistem pengangkutan jalan di Malaysia beralih kepada pemodenan teknologi dan kelestarian.
Penggunaan teknologi Intelligent Transport System (ITS) menjadi lebih meluas, membantu menguruskan lalu lintas dengan lebih efisien.
Sistem kutipan tol elektronik seperti Touch ‘n Go dan RFID mempercepatkan proses kutipan tol dan mengurangkan kesesakan.
Pada masa yang sama, kerajaan juga menekankan aspek kelestarian dalam pembinaan dan penyelenggaraan jalan.
Inisiatif hijau seperti penggunaan bahan kitar semula dalam pembinaan jalan dan penanaman pokok di sepanjang lebuh raya dilaksanakan untuk mengurangkan jejak karbon.
Bas troli – Penang
Masa Depan: Wawasan 2024 dan Seterusnya
Menjelang tahun 2024, Malaysia terus berusaha meningkatkan sistem pengangkutan jalan dengan projek-projek seperti Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak, serta pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar. Projek-projek ini dijangka akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan kesalinghubungan antara kawasan bandar dan luar bandar.
Selain itu, integrasi antara sistem pengangkutan jalan dengan mod pengangkutan lain seperti kereta api dan pengangkutan awam juga diberi perhatian untuk memastikan sistem yang lebih holistik dan efisien.
Akhir kata, dari era pra-kemerdekaan sehingga era moden, sistem pengangkutan jalan Malaysia telah mengalami perubahan besar yang mencerminkan kemajuan negara.
Dengan perancangan yang berterusan dan pelaksanaan teknologi terkini, Malaysia berusaha untuk menyediakan sistem pengangkutan jalan yang lebih baik, efisien, dan lestari untuk generasi akan datang.
Dunia sukan automotif tidak terhad kepada Formula 1, MotoGP atau perlumbaan rali semata-mata.
Di pelbagai pelosok dunia, terdapat sukan-sukan automotif yang bukan sahaja unik, malah cukup pelik dan kadangkala menggelikan hati.
Berikut merupakan 5 sukan automotif paling aneh yang wujud dan menarik perhatian ramai!
1. Car Curling (Finland)
Sukan ini diinspirasikan daripada sukan curling Olimpik, tetapi bezanya – batu curling digantikan dengan kereta terpakai.
Kredit Foto : Website dandad
Kereta akan ditolak atas permukaan ais dengan matlamat untuk mendarat paling hampir ke pusat sasaran. Sukan ini popular di Finland dan sering dianjurkan semasa festival musim sejuk.
2. Perlumbaan Mesin Penuai (Combine Harvester Racing) – UK & Rusia
Kredit Foto : Website luxtimes
Mesin penuai besar yang biasanya digunakan di sawah dimodifikasi untuk berlumba di atas tanah berlumpur.
Sukan ini cukup pelik kerana saiz jentera yang besar dan berat menjadikannya kelihatan seperti “raksasa” sedang berlumba.
3. Bola Sepak Kereta (Auto Football) – Jerman & Belanda
Kredit Foto : Website topgear.fandom
Bayangkan kereta bermain bola sepak.
Itulah yang berlaku dalam sukan ini! Kereta-kereta digunakan untuk menendang bola gergasi ke arah gol lawan.
Ia kelihatan seperti permainan video Rocket League – tetapi dalam dunia sebenar!
4. Perlumbaan Undur (Reverse Racing) – Belanda
Kredit Foto : Website redbull
Dalam perlumbaan ini, peserta dikehendaki memandu secara mengundur (reverse gear) sepantas mungkin mengelilingi trek. Sangat mencabar, mengelirukan dan pastinya mengundang gelak tawa!
5. Perlumbaan Jeep Barbie (Barbie Jeep Racing) – Amerika Syarikat
Kredit Foto : Website cowboystatedaily
Sukan ini melibatkan orang dewasa yang meluncur menuruni bukit menggunakan Jeep plastik mainan kanak-kanak tanpa enjin.
Aksi-aksi tergolek dan kemalangan kecil menjadi hiburan utama!
Konklusi
Sukan automotif bukan sahaja mengenai kelajuan dan teknologi tinggi.
Kadangkala, kreativiti manusia menjadikan sukan ini lebih santai, lucu dan menghiburkan.
Jadi, jika anda peminat dunia automotif yang ingin mencari kelainan – mungkin sukan-sukan pelik ini patut ada dalam senarai tontonan anda!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Cycle & Carriage terus memperluas rangkaian selepas jualan mereka dengan pembukaan pusat servis khas untuk kenderaan Peugeot di Batu Caves.
Langkah ini dimeterai melalui kerjasama...