Automotif

Kuek Motor Nilai Rasmi Jadi Honda Impian X Terbesar di Malaysia

Share

Honda Impian X Kuek Motor Nilai Tawarkan Fasiliti Lengkap

Boon Siew Honda (BSH) terus mengukuhkan rangkaian pengedarnya di Malaysia menerusi pembukaan rasmi Honda Impian X Kuek Motor di Nilai, Negeri Sembilan. Menariknya, fasiliti baharu ini kini diiktiraf sebagai pusat Honda Impian X terbesar di Malaysia dengan keluasan mencecah 5,560 kaki persegi.

Pembukaan pusat jualan baharu ini merupakan pelaburan kedua oleh Kuek Motor (M) Sdn Bhd selepas kejayaan cawangan pertama mereka di Sungai Pelek, Sepang. Lokasinya yang strategik di kawasan sempadan Negeri Sembilan dan Selangor dilihat mampu memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap pengalaman pemilikan motosikal Honda yang lebih premium dan selesa.

Tawarkan Pengalaman Pemilikan Lebih Lengkap

Honda Impian X Kuek Motor Nilai dibangunkan sebagai pusat sehenti lengkap untuk pelanggan Honda, merangkumi jualan motosikal, servis selepas jualan serta ruang menunggu yang lebih moden dan selesa.

Pusat ini turut menampilkan barisan lengkap motosikal Honda termasuk model kapcai, skuter dan adventure (ADV) sehingga 250cc. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan lapan ruang servis khas bagi mempercepatkan proses penyelenggaraan dan pembaikan motosikal pelanggan.

Bagi memastikan kualiti servis sentiasa berada pada tahap terbaik, pusat ini dikendalikan oleh 10 kakitangan tetap yang telah menjalani latihan teknikal dan bukan teknikal di bawah Boon Siew Honda.

Turut disediakan ialah ruang menunggu berhawa dingin yang lebih luas bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan sementara motosikal mereka diselenggara.

Pengembangan Rangkaian Boon Siew Honda

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Mr. Kunitomo Asano, pembukaan Honda Impian X Kuek Motor ini menjadi salah satu langkah penting dalam pengembangan rangkaian premium Honda di Malaysia.

Beliau turut menyatakan bahawa perkembangan Kuek Motor daripada sebuah premis di Sungai Pelek sehingga memiliki fasiliti berskala besar di Nilai menunjukkan aspirasi besar yang selari dengan visi Boon Siew Honda dalam menawarkan pengalaman pemilikan motosikal yang lebih lengkap dan berkualiti.

Promosi Pembukaan Menarik Untuk Pelanggan

Sempena pembukaan rasmi ini, beberapa promosi eksklusif turut ditawarkan untuk tempoh terhad, antaranya:

  • Honda RS-X Winner – rebat segera RM1,500 berserta helmet ARC percuma.
  • Honda Vario 160 – rebat segera RM800.
  • Honda ADV160 – baucar eksklusif bernilai RM300 untuk setiap pembelian.
  • Kempen pandu uji model terbaharu termasuk Vario 125 Street.
  • Penyerahan rasmi motosikal edisi khas Vario 125 Street x KATUN kepada pemenang bertuah.

Lokasi Dan Waktu Operasi

Honda Impian X Kuek Motor Nilai terletak di Lot 27280A, Jalan BBN 5/3A, Taman Desa Jasmin, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Pusat ini beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Baca Juga : Honda Gold Wing Tour Kini Hadir Dengan Warna Baharu

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi