Automotif

5 Motosikal Sesuai untuk Pelajar, Jimat dan Praktikal untuk Kegunaan Harian

Share

5 Motosikal Mesra Pelajar, Praktikal Untuk Ke Kampus dan Kegunaan Harian

Bagi seorang pelajar, motosikal bukan sekadar pengangkutan untuk ke kelas.

Ia juga menjadi kenderaan utama untuk bergerak ke tempat kerja sambilan, keluar makan, membeli barang dan pulang ke rumah ketika hujung minggu.

Sebab itu, kenderaan yang sesuai untuk pelajar biasanya perlu praktikal, mudah dikendalikan dan tidak terlalu membebankan dari sudut penggunaan harian.

Berikut merupakan lima model motosikal yang dilihat sesuai untuk dipertimbangkan oleh golongan pelajar berdasarkan penilaian dan pandangan Roda Panas.

1. Honda Wave Alpha

Honda Wave Alpha boleh dianggap antara pilihan paling straightforward untuk mereka yang hanya mahukan motosikal bagi kegunaan harian.

Reka bentuknya ringkas, saiznya kompak dan mudah dikendalikan terutama ketika melalui kawasan kampus atau trafik bandar. Kapasiti enjinnya yang kecil juga menjadikannya sesuai untuk perjalanan rutin yang tidak memerlukan prestasi tinggi.

Bagi student yang lebih mementingkan fungsi berbanding gaya, Wave Alpha memenuhi kebanyakan keperluan asas sebuah motosikal harian.

2. Modenas Kriss 110

Satu lagi pilihan dalam kategori kapcai ialah Modenas Kriss 110. Model ini menawarkan konsep yang hampir sama iaitu sebuah motosikal ringkas untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Ia sesuai untuk perjalanan ke kelas, kedai makan atau kegunaan sekitar bandar. Rekaan kapcai turut memberikan posisi tunggangan yang santai dan tidak terlalu rumit untuk dikendalikan.

Kriss 110 boleh dipertimbangkan khususnya oleh student yang mencari sebuah motosikal asas tanpa terlalu mengejar aspek prestasi.

Baca Juga: 5 Kapcai Yamaha yang Kini Jarang Kelihatan, No. 5 Paling Rare

3. Yamaha LC135

Untuk mereka yang mahukan sesuatu lebih sporty, Yamaha LC135 tentunya antara nama yang cukup familiar.

Berbanding dua model sebelumnya, LC135 menawarkan kapasiti enjin lebih besar dan karakter tunggangan yang lebih bertenaga. Pada masa sama, bentuk sebuah kapcai menjadikannya masih praktikal untuk digunakan setiap hari.

Cuma, student perlu mengambil kira bahawa kos untuk memiliki motosikal bukan terhad kepada harga pembelian sahaja. Petrol, servis berkala, tayar, insurans dan komponen haus turut perlu dimasukkan dalam bajet.

4. Honda Vario

Tidak semua student mahu menukar gear ketika berulang-alik setiap hari. Di sinilah skuter seperti Honda Vario mempunyai kelebihannya.

Penggunaan transmisi automatik menjadikannya mudah dikendalikan, terutama ketika berdepan trafik sesak. Ruang penyimpanan yang tersedia pada sebuah skuter juga memberikan sedikit kelebihan dari aspek praktikaliti.

Ia sesuai untuk student yang mahukan motosikal mudah digunakan tetapi masih mempunyai penampilan moden dan sporty.

5. Yamaha Y15ZR

Yamaha Y15ZR pula mungkin lebih menarik untuk student yang turut melihat motosikal sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

Rekaannya lebih agresif dengan karakter sebuah moped sporty, menjadikannya antara model yang cukup dikenali dalam kalangan penunggang muda.

Namun, memilih Y15ZR sebagai motosikal student memerlukan pertimbangan bajet yang lebih teliti. Selain harga motosikal, kos penyelenggaraan, insurans dan penggunaan harian tetap perlu diambil kira.

Pilih Ikut Kemampuan, Kami Hanya Bagi Cadangan

Pemilihan kenderaan seharusnya dibuat berdasarkan keperluan dan kemampuan kewangan masing-masing kerana tiada satu model yang sesuai untuk semua pelajar.

Perkara yang lebih penting, keputusan pembelian tidak seharusnya dibuat berdasarkan rupa atau trend semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira komitmen ansuran, kos bahan api, penyelenggaraan, tayar, insurans serta perbelanjaan tidak dijangka.

Bagi seorang pelajar, motosikal yang benar-benar berbaloi ialah model yang mampu memenuhi keperluan harian tanpa memberikan tekanan berlebihan terhadap perbelanjaan bulanan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Related Post
Published by
Izzat Danial A Shabri