KTNS Kembali ke Pasaran Malaysia Dengan Scrambler TT-Classic 150
Jenama motosikal KTNS kembali mewarnai pasaran dua roda tempatan dengan memperkenalkan model terbaharunya, KTNS TT-Classic 150, dalam satu majlis berbuka puasa bersama media yang berlangsung di Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur di Segambut.
Model baharu ini ditawarkan pada harga RM6,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Ia hadir dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Dark Gold, Matt Black dan Matt Grey.
Hadir dengan gaya scrambler klasik, TT-Classic 150 merupakan gabungan elemen retro dan moden, menjadikannya sebuah motosikal yang sesuai untuk kegunaan harian di kawasan bandar atau dalam kawasan kampung.

Enjin 150cc Dengan Transmisi 5 Kelajuan
KTNS TT-Classic 150 dikuasakan oleh enjin satu silinder empat lejang berkapasiti 150 cc yang menghasilkan kuasa maksimum 7.8 kW pada 7,500 rpm serta tork 11.5 Nm pada 5,500 rpm.
Enjin ini menggunakan nisbah mampatan 9.1:1 dengan ukuran piston dan lejang 57.3 mm × 57.9 mm. Motosikal ini juga menggunakan sistem klac menggunakan jenis multi-plat basah bagi memastikan pertukaran gear lebih lancar.

Bagi mengekalkan suhu operasi optimum, enjin ini menggunakan sistem penyejukan cecair, selain dilengkapi sistem pencucuhan ECU serta penghidup elektrik.
Motosikal ini turut dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 11 liter, memberikan jarak tunggangan yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.
Suspensi dan Sistem Brek
Dari segi pengendalian, TT-Classic 150 menggunakan fork teleskopik di bahagian hadapan serta penyerap hentak teleskopik tunggal boleh laras di bahagian belakang bagi memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan ketika menunggang.

Sistem brek pula terdiri daripada:
Cakera tunggal hadapan dengan angkup dua piston
Cakera tunggal belakang dengan angkup satu piston
Gabungan ini membantu memberikan prestasi membrek yang cekap serta kawalan yang lebih baik dalam pelbagai keadaan jalan.
Tayar Dual-Purpose dan Rekaan Lasak
Motosikal ini juga dipadankan dengan tayar dual-purpose bersaiz:
110/90-18 di hadapan
120/90-17 di belakang
Tayar tersebut dipasang pada rim aluminium aloi, sekali gus membantu meningkatkan cengkaman serta kestabilan ketika menunggang di laluan berturap atau laluan tidak rata.

Dimensi dan Berat
Dari segi ukuran fizikal, KTNS TT-Classic 150 mempunyai dimensi berikut:
Panjang: 2,180 mm
Lebar: 918 mm
Tinggi: 1,160 mm
Jarak roda: 1,400 mm
Ketinggian tempat duduk: 840 mm
Kelegaan tanah: 300 mm
Dengan berat kering sekitar 130 kg, motosikal ini kekal ringan serta mudah dikendalikan sesuai untuk penunggang baharu.
Ciri Teknologi dan Kemudahan
Dari segi kelengkapan, TT-Classic 150 dilengkapi beberapa ciri moden termasuk:
Paparan meter LCD berwarna

Sistem pencahayaan LED penuh
Lampu nyalaan siang (DRL)
Lampu kecemasan
Kunci mekanikal
Tempat duduk anti-gelincir

Selain itu, motosikal ini turut menampilkan beberapa elemen praktikal seperti:
Ekzos gaya scrambler
Bar pelindung
Pelindung tangki
Ruang simpanan hadapan
Kesemua sistem elektronik disokong oleh bateri 12V 3Ah.
Waranti dan Sokongan Selepas Jualan
Bagi memberikan ketenangan kepada pemilik, setiap pembelian KTNS TT-Classic 150 disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana dahulu).
Selain itu, pelanggan turut boleh mendapatkan alat ganti tulen secara atas talian melalui rangkaian yang dikendalikan oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Baca Juga : Mforce Lancar Mforce Experience Club, Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!





