Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius terhadap laporan mengenai kenaikan harga perkhidmatan oleh pihak industri susulan pelaksanaan semula subsidi diesel yang disasarkan bermula 10 Jun lalu.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, menyatakan bahawa kementerian akan menjalankan siasatan segera berdasarkan kenyataan-kenyataan yang tular di media sosial, mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Datuk Armizan Mohd Ali. Kredit Foto : Facebook Armizan Mohd Ali

Fokus Siasatan

Siasatan awal akan menumpukan kepada sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), seperti perkhidmatan tunda kenderaan dan penghantaran barangan binaan.

“KPDN akan mengeluarkan notis kepada pihak-pihak terbabit di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 untuk memastikan tidak berlaku pelarasan harga,” kata Armizan dalam kenyataannya pada Selasa.

Baca Juga : Harga Diesel Naik Bermula Jun ’24

IKLAN

Industri Pembinaan Turut Disiasat

Selain itu, industri pembinaan yang sejak dahulu tidak layak menggunakan diesel subsidi juga akan disiasat.

KPDN akan meneliti alasan-alasan yang diberikan oleh industri tersebut untuk menaikkan harga perkhidmatan serta menyiasat kemungkinan mereka memperoleh diesel bersubsidi secara tidak sah sebelum ini.

IKLAN

OPS KESAN 2.0

Dalam masa yang sama, KPDN sedang melaksanakan OPS KESAN 2.0 yang bermula pada 8 Jun lalu. Langkah ini diambil sebagai tindak balas terhadap pelbagai isu berkenaan penggunaan diesel bersubsidi secara tidak sah.

Harga Semasa

Bermula 10 Jun, harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 setiap liter. Harga ini adalah berdasarkan harga pasaran tanpa subsidi mengikut purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

IKLAN

Dengan langkah-langkah ini, KPDN berharap dapat memastikan kestabilan harga dan mengelakkan sebarang kenaikan harga perkhidmatan yang tidak munasabah yang akan membebankan pengguna.

Bagi anda yang menggunakan kenderaan Diesel persendirian di luar sana, bagaimana mana pula pendapat anda?

Sumber Artikel : Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan – Armizan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI