Dari Langit ke Laci: Transformasi Unik Pesawat Gergasi

Korean Air sekali lagi mencuri tumpuan dunia penerbangan dengan pelancaran koleksi terbaharu barangan eksklusif yang diperbuat daripada badan pesawat Airbus A380 yang telah ditamatkan perkhidmatannya.

Koleksi edisi terhad ini merupakan sebahagian daripada inisiatif upcycled Korean Air  memberi nafas baharu kepada komponen pesawat lama.

Kali ini melibatkan pesawat ikonik HL7612 yang beroperasi sejak Julai 2011 dan telah merekodkan lebih 41,000 jam penerbangan.

Korean Air Kitar Semula Badan Airbus A380 Jadi Cenderamata Eksklusif!
Kredit Foto : Website aeronewsglobal

Tag Nama & Penanda Bola Golf Gaya Baharu, Sejarah Terpahat

Antara item yang ditawarkan termasuk dua jenis name tag yang dihasilkan daripada fuselage A380 sebenar.

Rekaan pertama menonjolkan struktur dua tingkat unik pesawat tersebut, manakala versi kedua tampil dengan gaya minimalis berasaskan tingkap kabin.

Ads

Kedua-dua tag ini diukir dengan gelaran popular A380 Hotel in the Sky, menggambarkan keselesaan mewah yang sinonim dengan pesawat ini.

Turut diperkenalkan adalah set penanda bola golf yang menampilkan dua penanda magnetik.

Satu dengan motif bendera Korea (Taeguk mark) dan satu lagi dengan rekaan landasan.

Ini merupakan produk pertama hasil kitar semula yang memaparkan logo Taegeuk baharu Korean Air yang diperkenalkan pada Mac lalu.

Ads

Edisi Terhad: Eksklusif untuk Peminat Sejati

Disebabkan keluasan permukaan badan pesawat yang terhad, jumlah pengeluaran juga dihadkan hanya 2,500 tag nama dan 500 set penanda bola golf dihasilkan.

Ini menjadikan setiap unit bukan sahaja sebagai item koleksi, malah satu cebisan sejarah penerbangan yang unik dan bermakna.

Korean Air Kitar Semula Badan Airbus A380 Jadi Cenderamata Eksklusif!
Kredit Foto : Website aeronewsglobal

Siri Keenam Korean Air: Dari Boeing 777 ke Airbus A380

Inisiatif upcycled ini bukanlah perkara baharu bagi Korean Air.

Sebelum ini, syarikat penerbangan tersebut pernah menghasilkan rantai kunci dari pesawat Boeing 777-200ER (HL7574) yang dilancarkan pada April lalu dan mendapat sambutan hangat daripada peminat penerbangan.

Ads

Kini, dengan pelancaran koleksi A380 ini, Korean Air bukan sahaja memperkukuh komitmennya terhadap kelestarian, malah berjaya menggabungkan elemen sejarah, seni reka, dan inovasi ke dalam satu bentuk cenderahati yang bernilai tinggi.

Tersedia Kini di e-Skyshop

Barangan edisi khas ini boleh didapati secara eksklusif menerusi laman web rasmi e-Skyshop milik Korean Air.

Untuk penggemar dunia penerbangan, ini adalah peluang terbaik untuk memiliki secebis daripada pesawat terbesar di dunia dalam bentuk yang lebih dekat dan peribadi.

Baca Juga : Teknologi Canggih di Sebalik Kapal Pengangkut Pesawat

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI