Jenama boutique dari Itali ini membayangkan bagaimana rupa Lancia 037 jika terus dibangunkan selepas era WRC, kali ini dengan sistem mild-hybrid, pacuan semua roda dan kuasa hampir 600hp.

Kimera Automobili – Menghidupkan Lagenda Rali

Kimera Automobili ialah sebuah pengeluar niche dari Itali yang diasaskan oleh bekas pelumba rali, Luca Betti memperkenalkan Kimera EVO38.

Fokus mereka jelas untuk membangunkan semula kereta-kereta lagenda rali dengan teknologi moden sambil mengekalkan DNA asalnya.

Kimera Evo38 : Lancia 037 Hidup Semula Dengan Pacuan Semua Roda & 592hp
Kredit Foto : Website automoli


Model sulung mereka, Evo37, yang dilancarkan pada 2021 merupakan interpretasi moden Lancia 037, kereta ikonik yang memenangi Kejuaraan Pengeluar WRC 1983.

Ia mendapat perhatian dunia kerana menggabungkan reka bentuk klasik dengan teknologi pengecas ganda (turbo + supercharger) dan prestasi yang memukau.

Kini, jenama ini memperkenalkan Kimera Evo38, sebuah evolusi yang lebih ekstrem dengan falsafah “apa akan jadi jika Lancia 037 terus dibangunkan selepas 1992”.

Dari RWD ke 4WD – Cengkaman Optimum

Perubahan paling ketara pada Evo38 ialah peralihan daripada pacuan roda belakang kepada pacuan semua roda (4WD).

Ads

Gandar depan menggunakan diferensial gelincir terhad Torsen, dengan pembahagian tork antara gandar boleh dilaras menggunakan kawalan di dalam kokpit.

Kimera Evo38 : Lancia 037 Hidup Semula Dengan Pacuan Semua Roda & 592hp
Kredit Foto : Website Autocar

Sistem ini memberi lebih cengkaman di permukaan licin atau ketika beban tinggi, tetapi pemandu juga boleh memilih mod pacuan roda belakang sepenuhnya.

Uniknya, aci pemacu gandar depan melalui bahagian tengah kokpit dan dilindungi kaca lutsinar, menonjolkan sisi mekanikal yang jarang dilihat pada kereta moden.

Kimera Evo38 : Lancia 037 Hidup Semula Dengan Pacuan Semua Roda & 592hp
Kredit Foto : Website Autocar

Enjin Ganda Cas + Mild-Hybrid

Kimera Evo38 mengekalkan konfigurasi enjin 2.2 liter empat silinder, pengecas turbo dan supercharger, tetapi kini dipadankan dengan sistem mild-hybrid 48V untuk output maksimum 592hp naik daripada 500hp pada Evo37.

Ads
Kimera Evo38 : Lancia 037 Hidup Semula Dengan Pacuan Semua Roda & 592hp
Kredit Foto : Website Autocar

Sistem ekzos berinjap membolehkan pemandu menukar antara mod senyap mesra jalan raya dan mod ‘straight-through’ yang lebih garang.

Malah, ketika injap dibuka, turbo boleh dilihat menyala dari bahagian belakang kereta, satu ciri visual yang pasti menarik perhatian.

Kimera Evo38 : Lancia 037 Hidup Semula Dengan Pacuan Semua Roda & 592hp
Kredit Foto : Website Autocar

Kotak Gear Manual, Berat Lebih Ringan

Kuasa disalurkan ke roda melalui kotak gear manual 6 kelajuan dengan pautan billet aluminium terdedah, memberikan rasa pemanduan yang mekanikal dan autentik.

Kimera Evo38 : Lancia 037 Hidup Semula Dengan Pacuan Semua Roda & 592hp
Kredit Foto : Website Autocar

Walaupun menggunakan pacuan semua roda, Evo38 lebih ringan berbanding Evo37 dengan berat sekitar 1,100kg.

Ads

Casis turut menerima suspensi push-rod dan strut-tower brace yang mengintegrasikan penyejuk turbo.

Kimera Evo38 : Lancia 037 Hidup Semula Dengan Pacuan Semua Roda & 592hp
Kredit Foto : Website Autocar

Eksklusif & Bernilai Tinggi

Produksi Kimera Evo38 dihadkan kepada 38 unit sahaja, dengan hampir semua sudah ditempah.

Harga rasmi belum diumumkan tetapi dijangka sekitar £500,000 (lebih RM3 juta).

Kimera Evo38 : Lancia 037 Hidup Semula Dengan Pacuan Semua Roda & 592hp
Kredit Foto : Website Autocar

Evo38 bukan sekadar penghormatan kepada Lancia 037, tetapi sebuah interpretasi semula yang menggabungkan warisan rali era Group B dengan teknologi dan prestasi moden untuk pemandu masa kini.

Baca Juga : Ayah & Anak Berentap di Vios Challenge 2025 Untuk Cipta Memori

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI