Ford Raptor Rev, acara off-road perdana di Malaysia. Acara telah berlangsung dengan penuh aksi di Bay 13, Litar Sepang pada 22 dan 23 Februari lalu.
Diterajui oleh Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion). Acara ini menghimpunkan pemilik Ford Ranger Raptor serta peminat sukan off-road untuk merasai sendiri kehebatan trak ikonik ini dalam persekitaran ekstrem.
Dengan lebih 80 pemilik Ranger Raptor hadir bersama ratusan pengunjung yang teruja untuk menyaksikan sendiri kehebatan Raptor. Acara ini bukan sekadar satu pertunjukan biasa, malah ia menjadi satu platform bagi komuniti peminat off-road berkongsi minat dan pengalaman mereka.
Aksi Mendebarkan untuk Pemilik Raptor
Bagi pemilik Ranger Raptor yang menyertai acara ini, mereka telah diberi peluang eksklusif untuk mengikuti pelbagai sesi latihan dan bengkel khas. Termasuk teknik lompatan dan off-road drifting, laluan 4×4 berhalangan, serta pusingan Baja yang mencabar.
Ford turut membawa Chris Dean, pakar off-road dari Australia, yang berkongsi ilmu mengenai sistem suspensi FOX pada Ranger Raptor.
Sesi ini memberi pemilik pemahaman mendalam tentang bagaimana suspensi Baja-inspirasi ini direka untuk memberikan kestabilan dan kawalan maksimum di permukaan mencabar.
Ads
Keseronokan untuk Semua Pengunjung
Ford Raptor Rev bukan hanya tertumpu kepada pemilik Raptor, malah ia turut dibuka kepada orang ramai untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti:
Hot Laps: Pengunjung berpeluang merasai sendiri kehebatan Ranger Raptor yang dipandu oleh pemandu profesional di laluan Baja yang penuh cabaran.
Pandu Uji: Peluang bagi pengunjung untuk mengendalikan sendiri Ranger Raptor dan merasai kuasanya di laluan off-road serta jalan raya.
Aktiviti Interaktif: Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran trak makanan, persembahan live, serta pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.
Turut mencuri tumpuan adalah kemunculan selebriti terkenal seperti pelakon dan peminat motosikal Ezzrin Loy. Bintang bola sepak Intan Serah. Bekas pemain boling kebangsaan Syaidatul Afifah dan pelumba drift profesional Hee Wei Seng.
Mereka bukan sahaja menyertai Hot Laps bersama peminat bertuah. Malah turut berinteraksi dengan pengunjung untuk sesi swafoto dan pertemuan mesra.
Ads
BFGoodrich Tampilkan Kepakaran Tayar Off-Road
Sebagai rakan rasmi acara, jenama tayar terkenal BFGoodrich turut mempamerkan kepakaran mereka dengan menyediakan bengkel interaktif serta pameran tayar KO3 terbaru mereka.
Tayar ini direka khas untuk memberikan ketahanan serta prestasi luar biasa dalam persekitaran off-road yang mencabar.
“Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada Ford Raptor Rev dan berkongsi kepakaran kami dengan komuniti off-road.
Kerjasama ini bertujuan memberikan keyakinan kepada pemandu dalam mengharungi pelbagai permukaan jalan,” kata Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei.
Ads
Ford Raptor Rev – Pecutan Ke Arah Masa Depan Off-Road
Dengan sambutan luar biasa daripada pemilik dan peminat, Ford Raptor Rev membuktikan bahawa off-road bukan sekadar aktiviti, tetapi satu gaya hidup.
Bagi mereka yang terlepas acara ini. Ikuti perkembangan terkini Auto ConneXion dan Ford Malaysia menerusi Facebook. Instagram. X serta YouTube atau layari www.sdacford.com.my untuk lebih banyak maklumat mengenai model Ranger Raptor dan acara akan datang.
Suzuki Motor Corporation telah mengumumkan penyertaan mereka dalam Suzuka 8 Hours Endurance Race ke-45, yang berlangsung dari 19 hingga 21 Julai 2024. Mereka akan bersaing dengan menggunakan 40% bahan api daripada sumber bio dan sesuai dengan teknologi mesra alam.
Pilihan Suzuki untuk berlumba menggunakan bahan api berunsurkan kelestarian, yang disahkan oleh FIM (International Motorcycling Federation), meletakkan mereka dalam kelas eksperimen perlumbaan, sebuah kategori yang sesuai untuk inovasi yang mungkin menentukan masa depan sukan permotoran.
Kredit Foto : Facebook Suzuki
“Team SUZUKI CN CHALLENGE,” merupakan bukti kebolehan dalaman Suzuki yang terdiri daripada pekerja Suzuki, dan melambangkan langkah bersama ke arah inovasi. Kolaborasi dengan Yoshimura Jepun lebih memperkuatkan usaha ini dengan menggabungkan kepakaran daripada seluruh dunia.
Kredit Foto : Facebook Suzuki
Namun, komitmen terhadap kelestarian tidak berhenti kepada bahan api. Suzuki dan rakan penaja mereka mengimbangkan teknologi lestari secara menyeluruh. Daripada muffler ke tayar, minyak, fairing, dan brek, setiap komponen motosikal sedang diteliti dan dibangunkan semula dalam cara yang lebih hijau dan lestari. Pendekatan komprehensif ini tidak hanya menonjolkan dedikasi Suzuki kepada tanggungjawab alam sekitar tetapi juga membuka jalan untuk kemajuan masa depan dalam teknologi motosikal.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Great Wall Motor (GWM) Malaysia kini meraikan ulang tahunnya yang kedua dengan tema “Live with Passion, Go with More”. Menandakan pencapaian luar biasa dalam industri automotif tempatan. Sejak pelancarannya pada 2022, GWM terus komited memberikan pengalaman pemanduan yang inovatif dan berkualiti tinggi kepada pengguna di Malaysia.
Melalui sambutan ini, GWM tidak hanya meraikan kejayaannya, tetapi juga mengajak pengguna menikmati detik berharga dalam hidup mereka dengan kenderaan yang serba canggih dan pengalaman eksklusif.
Barisan Kenderaan Premium untuk Pelbagai Keperluan
Dalam tempoh dua tahun ini, GWM telah memperkenalkan rangkaian kenderaan berkualiti tinggi. Termasuk kenderaan elektrik seperti GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07, serta SUV mewah GWM TANK 300. Tidak ketinggalan, SUV keluarga hibrid, GWM HAVAL H6 HEV, yang menjadi model CKD pertama jenama ini di Malaysia.
Reka bentuk yang moden dan pelbagai pilihan kuasa memastikan setiap segmen pengguna mendapat produk yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup mereka. GWM juga bertekad untuk terus memperluaskan penawarannya dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh negara.
Promosi Istimewa dan Cabutan Bertuah
Bagi meraikan ulang tahun kedua, GWM Malaysia menawarkan pelbagai promosi dan hadiah menarik:
Penjimatan Sehingga RM25,000 untuk model GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.
Penyelenggaraan Percuma Selama 5 Tahun untuk semua model GWM, termasuk alat ganti dan kos buruh.
Promosi ini sah selagi stok masih ada, dengan pendaftaran kenderaan perlu diselesaikan selewat-lewatnya 31 Disember 2024.
Pandu Uji & Menang
Bagi mereka yang ingin mencuba pengalaman memandu kenderaan GWM, hanya tiga langkah mudah diperlukan:
Kunjungi mana-mana bilik pameran GWM yang sah.
Pandu uji kenderaan pilihan anda.
Nikmati Baucar GWM x ZUS Coffee selepas pandu uji.
Tempah & Menang Hadiah Bernilai RM200,000
Tempah kenderaan impian anda di bilik pameran terpilih dan berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti Dyson Cordless Vacuum Cleaner, LG Soundbar, dan Fujifilm INSTAX Mini 40. Selain itu, 40 pemilik pertama GWM ORA GOOD CAT akan menerima Kit Aksesori Sporty secara percuma.
Tayangan Wayang Eksklusif
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, GWM Malaysia juga menganjurkan sesi tayangan wayang percuma bersama barangan eksklusif. Peluang turut dibuka kepada orang ramai melalui giveaway di media sosial rasmi GWM Malaysia.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, kunjungi media sosial rasmi GWM Malaysia dan sertai keseronokan sambutan ulang tahun kedua ini. Nikmati perjalanan hidup dengan penuh semangat bersama GWM!
Bermula dari 5 hingga 20 Julai ini, lorong-lorong di Lebuhraya Persekutuan akan ditutup secara berperingkat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).
Penutupan ini akan berlaku di hadapan stesen minyak Petronas dan Shell, di arah Kuala Lumpur dan Klang.
Kontraktor projek, Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd (SULRT3), mengumumkan bahawa penutupan dan lencongan trafik ini akan bermula dari jam 11 malam hingga 5 pagi, dalam tiga peringkat.
Peringkat Pertama: Pada 5 hingga 6 Julai, lorong paling kiri dan tengah di Lebuhraya Persekutuan arah Klang akan ditutup. Satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menghala ke Klang.
Peringkat Kedua: Pada 12 hingga 13 Julai, laluan pantas di Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur dan Klang akan ditutup. Dua lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke arah Kuala Lumpur dan Klang.
Peringkat Ketiga: Pada 19 hingga 20 Julai, lorong paling kiri dan tengah di Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur akan ditutup. Satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan SULRT3, lencongan ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin dialami oleh orang ramai,” kata syarikat tersebut dalam kenyataan mereka hari ini.
Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LRT3 di 1 800 18 2585 dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, kecuali cuti umum.
Projek LRT3 yang menelan kos sebanyak RM4.7 bilion ini bermula di Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, Selangor, dan dijangka akan memberikan manfaat kepada dua juta penduduk.
Mercedes-AMG telah mendedahkan CONCEPT AMG GT XX. Sebuah coupe empat pintu elektrik yang menandakan model produksi pertama berasaskan platform prestasi tinggi elektrik baharu mereka,...