DENZA, jenama premium di bawah BYD. Kini membawa pengalaman pemilikan kenderaan ke tahap baharu dengan pelancaran perkhidmatan waranti rentas sempadan bagi pemiliknya di Malaysia, Singapura, dan Thailand.
Inisiatif ini diumumkan dalam majlis pelancaran jenama DENZA di Malaysia oleh Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Asia-Pasifik.
Sebagai langkah strategik untuk memastikan pelanggan menikmati perjalanan yang lancar dan tanpa kebimbangan di ketiga-tiga negara.
Perkhidmatan Selepas Jualan Bertaraf Premium
DENZA mengekalkan standard selepas jualan yang seragam merentasi semua pasaran. Memastikan pemilik kenderaan mendapat perkhidmatan profesional dan berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi mereka.
Jika berlaku sebarang isu teknikal atau masalah pada kenderaan, pasukan perkhidmatan di setiap negara akan bertindak pantas bagi memberikan penyelesaian terbaik kepada pelanggan.
Ini bukan sahaja menjamin pengalaman pemanduan yang selesa, tetapi juga memastikan keselamatan serta prestasi kenderaan sentiasa berada pada tahap optimum selepas dibaiki.
Selain itu, sistem sokongan perkhidmatan yang digunakan oleh DENZA turut menampilkan teknologi keterhubungan data canggih.
Ini membolehkan pemantauan dan diagnostik masalah dilakukan dengan lebih tepat serta menyediakan pengalaman perkhidmatan yang lebih proaktif dan peribadi.
Kos Telus, Tanpa Caj Tersembunyi
Salah satu kelebihan utama waranti rentas sempadan ini ialah struktur kosnya yang telus dan berpatutan. DENZA memastikan kadar perkhidmatan selaras dengan standard tempatan setiap negara, tanpa sebarang caj tersembunyi yang membebankan pengguna.
Bukan itu sahaja, pemilik kenderaan DENZA turut menerima manfaat tambahan seperti bantuan tepi jalan serta perkhidmatan pelanggan berkualiti tinggi di ketiga-tiga negara.
Ini bermakna, sama ada anda memandu di Malaysia, melintasi sempadan ke Singapura, atau menjelajah ke Thailand, anda boleh menikmati ketenangan fikiran dengan jaminan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.
Liputan Perkhidmatan yang Meluas
Untuk menyokong pelaksanaan waranti rentas sempadan ini, DENZA telah memperluaskan rangkaian pusat perkhidmatannya di Malaysia, Singapura, dan Thailand.
Dengan lokasi servis yang strategik, pemilik kenderaan tidak perlu risau tentang mendapatkan bantuan, tidak kira sama ada mereka melakukan perjalanan dalam negara atau ke luar negara.
Dengan adanya perkhidmatan ini, DENZA bukan sahaja memperkukuhkan kepuasan pelanggan. Tetapi juga mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama automotif premium yang komited terhadap keperluan pengguna di rantau ini.
Masa Depan yang Lebih Cerah dengan DENZA
Pelancaran waranti rentas sempadan ini hanyalah permulaan. DENZA berhasrat untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatannya dengan menambah baik pengalaman pemilikan kenderaan. Memberikan sokongan menyeluruh, serta memastikan setiap perjalanan bersama DENZA adalah selesa, selamat, dan bebas kebimbangan.
Untuk maklumat lanjut mengenai DENZA dan kemas kini terkini, ikuti laman web rasmi dan media sosial mereka:
Laman Web: www.denza.com/my
Instagram: denza_malaysia
Dari Denza Malaysia
Baca Juga DENZA D9 Rasmi Dilancarkan di Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.