PLUS Berhad

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mendedahkan bahawa sebanyak 34 peratus daripada kemalangan maut yang berlaku di lebuh raya mereka melibatkan kenderaan berat dan komersial pada tahun lalu.

Meskipun hanya 10 peratus daripada komposisi kenderaan di lebuh raya ini terdiri daripada kenderaan berat, namun ia menyumbang kepada 21 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan.

 

Pengarah Urusan PLUS

Datuk Nik Airina Nik Jaffar, menyatakan bahawa situasi ini mendorong PLUS untuk menganjurkan Persidangan Keselamatan Kenderaan Berat (HEVTEC) 2024.

Ini bertujuan untuk membincangkan inisiatif keselamatan berkaitan kenderaan berat di Malaysia.

Persidangan yang dihadiri oleh 200 peserta dari sektor pengangkutan berat ini. Dianjurkan bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Tujuan utama persidangan ini adalah untuk mencari pendekatan yang terbaik dalam mengurangkan risiko kemalangan yang melibatkan kenderaan berat.

Menurut Datuk Nik Airina, impak kemalangan yang membabitkan kenderaan berat sering memberi kesan besar kepada pengguna lebuh raya, menyebabkan kesesakan yang teruk serta memerlukan penutupan laluan untuk tempoh yang lama.

Proses pengalihan kenderaan berat dan pembersihan kawasan kemalangan juga memakan masa yang panjang kerana memerlukan pengunaan jentera berat dan peralatan khas.

34 Peratus Kemalangan Maut di Lebuhraya PLUS Babitkan Kenderaan Berat

 

Tambah beliau, “Kenderaan berat yang membawa muatan lebih daripada had dibenarkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terlibat dalam kemalangan.

Oleh itu, operator kenderaan berat diharapkan memainkan peranan dalam mematuhi had muatan demi meningkatkan keselamatan di lebuh raya.”

Persidangan HEVTEC yang turut disertai pengawal selia dan agensi penguatkuasaan. Dianjurkan sebagai sebahagian daripada Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024. Ia berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dari Isnin hingga hari ini.

34 Peratus Kemalangan Maut di Lebuhraya PLUS Babitkan Kenderaan Berat

Nik Airina turut menegaskan bahawa PLUS sentiasa komited dalam usaha meningkatkan keselamatan lebuh raya. Selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM) 2022-2030.

Matlamat utama PKJRM ini adalah untuk mengurangkan 50 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang 2030. Berbanding jumlah kematian pada 2019.

Bagi menyokong objektif PKJRM, PLUS telah melaksanakan pelbagai inisiatif berasaskan Konsep 5E. Ia meliputi aspek kejuruteraan, penguatkuasaan, pendidikan, tindak balas kecemasan, dan penilaian keselamatan.

Dari Buletin TV3

Baca Juga ABS Wajib – Harga Motosikal Dijangka Naik

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI