Pagani Zonda R Tergantung di Dinding, Jadi Hiasan Rumah Perlumbaan Pablo Pérez Companc

Bayangkan mempunyai sebuah kereta lumba bernilai anggaran RM10 juta dan menggantungnya di dalam rumah seperti sebuah lukisan.

Itulah yang dilakukan oleh pelumba Indy Pro, Pablo Pérez Companc.

Beliau mengubah sebuah Pagani Zonda R menjadi sebahagian daripada hiasan dalaman apartmennya di Miami.

Kereta Pagani Zonda R Jadi Hiasan Rumah
Kredit Foto : Website luxurylaunches

Bukan Sekadar Kereta, Tapi Seni

Bagi kebanyakan peminat kereta, memiliki supercar eksotik sudah cukup untuk membuat orang kagum.

Namun, Companc membawa minatnya ke tahap yang lebih tinggi dengan menggantung casis Zonda R di dinding.

Beliau menjadikan kereta tersebut pembahagi ruang antara ruang tamu dan bilik tidur dalam kediamannya yang mewah.

Ads

Sebagai seorang yang rapat dengan Horacio Pagani, pengasas jenama Pagani sendiri, Companc mendapat akses kepada casis kosong Zonda R.

Ianya bukan versi jalan raya atau kereta siap guna, tetapi kerangka eksklusif yang diangkat ke tingkat atas bangunan menggunakan kren dan dipasang rapi di dinding.

Kereta Pagani Zonda R Jadi Hiasan Rumah
Kredit Foto : Website luxurylaunches

Inspirasi dari Dunia Supercar

Walaupun kedengaran luar biasa, Companc bukanlah satu-satunya pemilik supercar yang ‘mempamerkan’ keretanya di rumah.

Pada tahun 2023, seorang ahli perniagaan Australia membawa McLaren Senna GTR ke tingkat atas pangsapuri mewahnya.

Ads

Selain itu terdapat seorang lagi individu dari Seattle menggantung McLaren Elva di tingkat ke-48!

Namun begitu, Companc tetap mencuri perhatian kerana Zonda R bukanlah kereta sembarangan.

Model ini adalah antara yang paling eksotik dalam sejarah automotif moden.

Ads

Hanya beberapa unit penuh yang pernah dihasilkan, casis yang dipamerkan itu sendiri sudah bernilai tinggi dari segi estetika dan sejarah.

Kereta Pagani Zonda R Jadi Hiasan Rumah
Kredit Foto : Website luxurylaunches

Seni Automotif Dalam Dimensi Baharu

Apa yang dilakukan oleh Companc membuka mata ramai bahawa kereta bukan semata-mata untuk dipandu ia juga boleh menjadi karya seni.

Dalam dunia di mana kekayaan dan kecintaan terhadap automotif bertemu, kita melihat kemunculan fenomena baharu: supercar sebagai elemen reka bentuk dalaman.

Jadi, lain kali jika anda fikir meletakkan poster kereta di dinding itu cukup bergaya ingatlah bahawa ada yang menggantung Pagani Zonda R sebenar di ruang tamu mereka.

Baca Juga : Jentera Elegan, Koenigsegg Jesko Berprestasi Luar Biasa Hadir Dengan Kuantiti Terhad!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI