Kereta elektrik bukanlah teknologi baharu seperti yang sering difikirkan. Jauh sebelum Tesla dan General Motors EV1 muncul, impian membangunkan kenderaan elektrik sudah tercetus. Perjalanan panjang ini membawa kita melihat bagaimana kenderaan elektrik berkembang dari satu eksperimen kepada revolusi pengangkutan moden.
Pada 1830-an, seorang jurutera dari Scotland, Robert Anderson, memperkenalkan kenderaan bermotor pertama. Walaupun kenderaan ini tidak menggunakan tenaga yang boleh dicas semula, ia menjadi demonstrasi teknologi yang menakjubkan pada masa itu.
Selepas itu, Robert Davidson mencipta lokomotif elektrik pada 1837, yang boleh menarik muatan enam tan sejauh 1.5 batu pada kelajuan 6 kmj. Malangnya, inovasi ini berdepan ancaman dari pekerja rel yang risau kehilangan pekerjaan, sehingga mereka memusnahkan mesin yang diberi nama
Galvani ini.Pada 1859, bateri boleh dicas semula diperkenalkan, menjadikan kenderaan elektrik lebih praktikal. William Morrison dari Iowa, Amerika Syarikat, menghasilkan kereta elektrik dengan kelajuan maksimum 32 kmj pada 1887. Kenderaan ini menjadi tumpuan di Pameran Dunia Chicago 1893 dan mengilhami ramai pencipta lain.
Di penghujung abad ke-19, kenderaan elektrik mula bersaing dalam dunia sukan permotoran. Camille Jenatzy dari Belgium menjadi individu pertama yang memecah halaju 100 km/j dengan kereta elektrik bernama La Jamais Contente pada tahun 1899.
Kenderaan ini menggunakan motor 25 kW dan rekaannya dari aloi aluminium yang ringan menjadi simbol kejuruteraan maju.
Ketika itu, jenama terkenal seperti Studebaker dan Ferdinand Porsche turut mencuba kereta elektrik. Studebaker menghasilkan model elektrik pada 1902, manakala Ferdinand Porsche mencipta prototaip elektrik yang memenangi perlumbaan sejauh 40 kilometer di Berlin pada 1899. Namun, faktor kos tinggi dan kekurangan infrastruktur elektrik mengehadkan populariti kereta elektrik.
Ford Model T yang dilancarkan pada 1908 menjadi titik perubahan besar. Kereta ini lebih murah berbanding kenderaan elektrik. Menyebabkan kereta elektrik kehilangan daya saing. Sebahagian pengeluar elektrik beralih kepada enjin pembakaran dalaman, sementara yang lain gulung tikar.
Namun, kereta elektrik masih relevan dalam beberapa bidang. Contohnya, di Britain, trak elektrik digunakan untuk penghantaran susu hingga 1980-an. Di Jepun pasca-Perang Dunia Kedua, kereta elektrik seperti Tama 1947 digunakan sebagai teksi kerana kekurangan bahan api.
Kebangkitan Tesla pada 2010-an mengembalikan kereta elektrik ke arus perdana. Model S yang mewah dan Chevrolet Bolt yang mampu milik membuktikan potensi besar kenderaan elektrik. Teknologi seperti bateri lithium-ion dan rangkaian pengecasan pantas menjadikan kereta elektrik praktikal untuk kegunaan harian.
Hari ini, pengeluar seperti Lucid Motors, Rimac, dan Lotus terus memperkenalkan kereta elektrik berprestasi tinggi. Dari supercar dengan kuasa melebihi 1000 hp hingga kenderaan mesra alam seperti Lucid Air dengan jarak 836 kilometer. Kereta elektrik kini mewakili masa depan automotif.
Dari Car and Driver
Baca Juga Kereta Elektrik Kalis Peluru Dan Letupan Pertama Dari BMW!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.