Wajah Baharu Dengan Fokus Prestasi
Untuk tahun 2026, jenama hijau ini memperkenalkan Ninja ZX-10R dan ZX-10RR versi terkini, kini tampil dengan reka bentuk aerodinamik baharu, sistem elektronik yang dipertingkatkan, serta beberapa talaan casis yang menjadikannya lebih fokus terhadap kawalan dan kestabilan.
Walaupun asasnya masih menggunakan platform dan enjin sedia ada, pembaharuan kali ini adalah hasil evolusi yang berpaksikan data dari dunia perlumbaan termasuk kejuaraan World Superbike (WSBK) di mana ZX-10RR telah menjadi mesin pilihan pasukan KRT (Kawasaki Racing Team).

Reka Bentuk Fairing dan Winglet Serba Baharu
Bahagian yang paling ketara ialah fairing baharu dengan winglet aerodinamik besar yang kini menjadi trend utama dalam dunia superbike.

Reka bentuk ini bukan sekadar untuk gaya, tetapi turut memberikan kelebihan teknikal menghasilkan 25% lebih daya turun (downforce) berbanding model sebelumnya.

Menurut Kawasaki, walaupun tambahan permukaan hadapan meningkatkan seretan udara sebanyak 0.3%, pertambahan itu dianggap wajar demi kestabilan ketika memecut pada kelajuan tinggi. Winglet tersebut diperbuat daripada bahan ABS resin dengan bentuk yang rata dan tirus, mengalir terus ke bahagian dagu fairing untuk menghasilkan tekanan udara lebih sekata.

Di bahagian hadapan, lampu utama baharu menggabungkan unit projektor LED untuk lampu rendah dan reflektor dalam untuk lampu tinggi. Ram Air intake kini diletakkan sedikit lebih tinggi di atas lampu depan bagi meningkatkan aliran udara masuk ke enjin dan menambah keberkesanan sistem penyejukan.
Kemas Kini Casis dan Suspensi
Kawasaki turut menala semula sistem suspensi dan geometri casis bagi menyesuaikan kestabilan tambahan hasil winglet baharu ini. Titik pivot lengan ayun dinaikkan 2mm, membantu meningkatkan cengkaman tayar belakang serta kestabilan ketika keluar selekoh.

ZX-10R masih menggunakan fork hadapan Showa Balance Free 43mm yang boleh dilaras sepenuhnya, kini dengan kedudukan lebih rendah 2mm untuk respon stereng lebih tajam. Di belakang pula, penyerap hentak Showa Balance Free Rear Cushion (BFRC) dengan tangki simpanan luaran dikekalkan, namun talaan spring dan linkage diubah bagi memberi daya tarikan lebih kuat di pertengahan selekoh.

Bagi ZX-10RR, perbezaannya terletak pada salutan titanium pada tiub dalam fork depan, yang mengurangkan geseran dan meningkatkan respons di litar. Bahagian peredam dan pra-beban spring turut ditala berbeza mengikut keperluan perlumbaan.
Kuasa Enjin dan Penambahbaikan Emisi
Di bawah fairingnya, ZX-10R dan ZX-10RR masih digerakkan oleh enjin empat silinder sebaris 998 cc DOHC, enjin yang telah terbukti reputasinya di arena perlumbaan dunia. Walaupun tiada peningkatan besar dalam angka kuasa diumumkan, enjin ini kini dipertingkat untuk mematuhi piawaian Euro 5+, hasil penambahan sensor O2 kedua serta pemangkin (catalyst) yang lebih ringan dan efisien.

Bagi model ZX-10RR, komponen dalaman lebih eksklusif connecting rod titanium dari Pankl digunakan bagi mengurangkan jisim putaran serta meningkatkan kelancaran enjin. Hasilnya, respon pendikit lebih pantas dan lengkungan kuasa lebih lebar, sesuai untuk penggunaan di trek.
Ciri Elektronik dan Sistem Bantuan Pemandu
Kawasaki terus memperkukuh sistem elektroniknya dengan penggunaan Bosch Inertial Measurement Unit (IMU) yang menyokong fungsi Kawasaki Cornering Management Function (KCMF). Sistem ini membantu mengawal traksi, daya membrek dan keseimbangan motosikal berdasarkan sudut condong ketika mengambil selekoh.

Turut disertakan ialah Kawasaki Intelligent Anti-Lock Braking System (KIBS), Launch Control, Engine Brake Control, serta Quickshifter dua hala dan Cruise Control sebagai ciri standard. Tiga mod tunggangan utama iaitu Sport, Road dan Rain yang hadir bersama empat mod boleh suai bagi penunggang yang ingin menetapkan konfigurasi sendiri.
Paparan TFT Baharu dan Pilihan Warna
Satu lagi kemas kini besar ialah skrin paparan baharu berukuran 5 inci TFT, menggantikan unit lama 4.3 inci. Skrin ini menawarkan dua mod paparan berbeza satu dengan takometer analog digital gaya jalanan, dan satu lagi untuk mod litar dengan tataletak bar tachometer yang lebih agresif. Skrin juga menyokong sambungan smartphone melalui Kawasaki Rideology App serta navigasi berasaskan peta.

Untuk 2026, ZX-10R ditawarkan dalam dua warna utama: Lime Green/Blue 24 dan Metallic Matte Graphenesteel Gray, manakala ZX-10RR tampil eksklusif dengan warna Lime Green tunggal – menyerupai jentera rasmi WSBK Kawasaki.
Fokus Pada Evolusi, Bukan Revolusi
Walaupun ZX-10R dan ZX-10RR 2026 tidak membawa perubahan radikal pada angka kuasa, pendekatan Kawasaki lebih kepada penambahbaikan menyeluruh yang meningkatkan keseimbangan aerodinamik, pengendalian dan pengalaman tunggangan.
Dengan gabungan reka bentuk agresif, talaan casis yang lebih pintar dan teknologi elektronik generasi baharu, ZX-10R terus mengekalkan statusnya sebagai superbike yang mengimbangi kekuatan litar dan keselesaan jalan raya.
Baca Juga : Kawasaki Z900 2025 Dilancarkan, Harga Bermula RM47,800
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Honda Perkenal Edisi Khas WR-V, Terhad 99 Unit

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan dua model edisi khas, iaitu City dan WR-V, yang direka khas untuk pasaran Malaysia.
Apa yang membuat edisi ini lebih istimewa ialah hanya 99 unit bagi setiap model edisi khas ini akan ditawarkan.
Ini menjadikannya antara model yang paling eksklusif di jalan raya Malaysia.

Namun untuk Honda City Edisi Khas bakal tiba di semua pengedar Honda pada hujung bulan ini.
Honda WR-V Edisi Khas: SUV Kecil dengan Sentuhan Eksklusif
Selain itu, bagi mereka yang inginkan SUV kecil dengan sentuhan eksklusif, jenama ini turut memperkenalkan Honda WR-V RS Edisi Khas.
SUV kecil yang serba boleh ini dilengkapi dengan beberapa penambahbaikan baharu seperti “skirting” depan, sisi, dan belakang, emblem Edisi Khas, serta perakam video digital (DVR) depan.

Penambahan lain termasuk pelindung paip ekzos, penutup pelapik panel belakang, dan hiasan langkah belakang yang menambah nilai praktikaliti serta reka bentuk yang menarik.
WR-V Edisi Khas ini direka untuk menarik perhatian pemandu dan penumpang yang mengutamakan gabungan prestasi, fungsi, dan gaya dalam sebuah SUV kecil yang kompak tetapi serba lengkap.

Penawaran Harga Eksklusif Untuk Model Edisi Khas
Honda City V Edisi Khas ditawarkan dalam warna Platinum White Pearl dengan harga RM94,9001.
Manakala WR-V RS Edisi Khas hadir dalam warna Stellar Diamond Pearl dengan harga RM107,9001.
Menariknya, Honda Malaysia mengekalkan harga asal walaupun dengan penambahbaikan tambahan.
Ini menjadikannya peluang eksklusif bagi mereka yang ingin memiliki model edisi khas ini.

Dapatkan WR-V anda Sekarang!
Honda sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam memenuhi kehendak pasaran tempatan.
Dengan memperkenalkan model edisi khas yang bukan sahaja eksklusif, tetapi juga mengekalkan harga berpatutan untuk pengguna Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 Kembali!

TASKL 2025 kembali! Lebih besar, lebih hebat, lebih eksklusif!
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 (TASKL2025) kembali dengan skala yang lebih besar.
Acara ini bakal berlangsung daripada 8 hingga 10 Ogos 2025 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).
Lebih mengujakan, pihak penganjur memastikan harga tiket pada tahun ini bakal dijual dengan harga yang mampu milik supaya lebih ramai peminat kereta, keluarga, dan pencinta modifikasi dapat merasai kehangatan acara automotif paling berprestij ini!
 
 
 
Tiket Sudah Mula Dijual
Mulai 19 Mac, anda boleh mendapatkan tiket TASKL2025 dengan harga istimewa:
- RM48 untuk pas sehari bagi dewasa
 - RM30 untuk pas sehari bagi kanak-kanak (umur 6-12 tahun)
 - RM120 untuk pas keluarga sehari (2 dewasa, 2 kanak-kanak)
 - RM120 untuk pas tiga hari bagi dewasa
 - Diskaun 50% untuk pemegang kad OKU dan penjaga mereka
 - Percuma untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
 
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara 1,000 pembeli tiket pertama kerana anda akan menerima lanyard edisi terhad “First at TASKL2025” secara eksklusif!
Tiket boleh dibeli di www.tokyoautosalonkl.com.
Baca Juga : Siapakah Smokey Nagata dan Daripada Mana Asalnya Top Secret Japan?
Lebih meriah, lebih mengujakan!
TASKL2025 bukan sekadar pameran kereta biasa, tetapi satu perayaan gaya hidup automotif yang membawa jenama Tokyo Auto Salon ke pentas Malaysia!
Dengan lebih 90,000 pengunjung setiap tahun, acara ini menjanjikan pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Menurut Jason Yap, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Element X Strategies,
“Tahun ini, kami menawarkan harga tiket lebih rendah sebagai penghargaan kepada peminat serta para peserta dan pempamer yang terus memberi sokongan luar biasa. Kami mahu lebih ramai keluarga dan penggemar automotif dapat menyertai acara ini dan merasai keterujaan sebenar dunia modifikasi!”
Sebagai satu-satunya acara rasmi Tokyo Auto Salon di luar Jepun, TASKL2025 dianjurkan oleh Element X Strategies dengan kerjasama San Ei Corporation dan Tokyo Auto Salon Association.
Acara ini bakal menjanjikan pengalaman yang tidak kurang hebatnya sama seperti “vibe” Tokyo Auto Salon di Jepun!

Apa yang menanti anda di TASKL2025?
Antara tarikan utama yang akan menghangatkan pentas TASKL2025 termasuk:
- Kehadiran lebih ramai tuner, pempamer, dan jentera modifikasi dari Jepun!
 - Kemunculan istimewa “Four Heavenly Kings” – butiran lanjut akan diumumkan!
 - Lebih 300 jentera modifikasi bertaraf dunia dari Malaysia dan rantau ini!
 - Pelancaran model eksklusif dan edisi terhad 1/64 TASKL2025!
 - Pertandingan simulator perlumbaan untuk menguji kehebatan anda di trek maya!
 - Perhimpunan kelab kereta yang pasti mencetuskan keterujaan!
 - Pelbagai aktiviti untuk keluarga dan kanak-kanak!
 
Tahun ini, TASKL2025 akan membawa pengalaman lebih dekat dengan suasana Tokyo Auto Salon yang sebenar.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara berprestij ini!
Untuk maklumat lanjut, layari www.tokyoautosalonkl.com atau ikuti sosial media rasmi Facebook, Instagram, dan TikTok.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
IAM International Automodified 2025 Kini Kembali!

IAM International Automodified 2025 Bakal Gegarkan KL Ogos Ini 200 Jentera Modifikasi Pamer Gaya Ekstrem!
Sempena ulang tahun ke-25 dalam industri gaya hidup modifikasi automotif, IAM International Automodified kembali semula ke Malaysia dengan penganjuran edisi istimewa di Kuala Lumpur Ogos ini!

Bertempat di Setia City Convention Centre, acara ini akan berlangsung pada 16 dan 17 Ogos 2025, menampilkan lebih 200 buah kereta modifikasi terbaik Malaysia.

Sejarah IAM
Acara yang sinonim dengan dunia tuning dan gaya hidup automotif serantau ini bukanlah asing bagi peminat modifikasi.
Bermula sejak 2001, IAM telah menjelajah lebih 38 bandar di seluruh Indonesia dan kemudiannya mengembangkan sayap ke Malaysia, Singapura, Thailand, dan terbaru di Amerika Syarikat menerusi acara sulung IAM International Automodified America di Anaheim, California tahun lalu.

Bakal berlangsung pada 16 dan 17 Ogos 2025 di Setia City Convention Centre, IAM & MIME Kuala Lumpur 2025 menjanjikan sebuah hujung minggu yang padat dengan adrenalin dan kereta-kereta yang menarik.
Selain lebih 200 buah kereta modifikasi tempatan dan antarabangsa yang bakal dipamerkan.

Acara ini turut akan menyaksikan kehadiran komuniti peminat, tetamu VIP, dan penggiat industri dari seluruh rantau.
Antara tarikan utama termasuk:
International Diecast Show
Persembahan pentas dan sesi bual bicara
Pameran drift & sesi tandatangan bersama pelumba
Pertandingan dyno & cabaran gokart
Car clubs parade, jual beli kereta, detailing & live wrap show
Simulasi perlumbaan, RC drift, cosplay, bola jalanan & Starwars Fan Club Nite
Cars & Carings – program amal komuniti
Food trucks & kemunculan Miss IAM
Tiket pra-jualan kini boleh dibeli pada harga RM25 di http://t2u.asia/e/34477, manakala tiket walk-in akan dijual pada harga RM35.

Kanak-kanak di bawah 10 tahun masuk percuma dengan pengawasan orang dewasa.
Untuk maklumat lanjut, layari: www.internationalautomodified.com
IAM 2025 bukan sekadar pameran ia adalah perayaan automotif sebenar!

Jika anda tidak pernah menyertai acara ini pada tahun-tahun sebelumnya, mungkin ini adalah peluang anda untuk melihat sendiri kehebatan scene car culture yang ada di Malaysia.
Baca Juga Boon Siew Honda Bawa Masuk Empat Model Ke Pasaran Tempatan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!



