Honda mengesahkan bakal membawa masuk motosikal elektrik kapasiti besar pertama mereka, Honda WN7, ke pasaran UK awal tahun 2026 dengan harga £12,999, iaitu sekitar RM75,000 mengikut tukaran semasa.

Honda WN7 Motosikal Elektrik Besar Pertama Honda

Model yang sebelum ini dikenali sebagai konsep EV Fun yang pertama kali dipertontonkan di acara EICMA Milan tahun lalu dan bakal membuat kemunculan rasmi dalam versi produksi penuh pada pameran yang sama, 4 November ini.

Honda WN7 Motosikal Elektrik Besar Pertama Honda

Menariknya, Honda sudah pun membuka tempahan awal untuk model ini. Pelanggan yang membuat tempahan sebelum tarikh pelancaran akan menerima hadiah percuma berupa beg tempat duduk belakang. Nama model WN7 diambil daripada huruf “W” yang merujuk kepada konsep pembangunan “Be the Wind,” huruf “N” bagi maksud “Naked,” manakala angka 7 melambangkan kelas kuasa keluarannya.

Ads

Honda WN7 Motosikal Elektrik Besar Pertama Honda

Kuasa Honda WN7

Walaupun menggunakan kuasa elektrik, prestasi WN7 tidak boleh dipandang ringan. Ia dilengkapi motor berpenyejuk air dengan kuasa nominal 18kW (24.1hp), namun mampu melonjak sehingga 67hp pada kuasa puncak. Lebih mengujakan, tork yang dihasilkan mencecah sekitar 73.8lb.ft, cukup untuk menggerakkan berat keseluruhan 217kg, iaitu hanya 25kg lebih berat berbanding model naked petrol Honda CB750 Hornet. Dari angka ini jelas, WN7 dibina untuk menyaingi motosikal naked pertengahan yang popular di jalan raya.

Honda WN7 Motosikal Elektrik Besar Pertama Honda

Ads

Bagi ketahanan bateri, Honda memaklumkan ia mampu mencatat jarak perjalanan lebih 130 kilometer untuk sekali cas, bergantung kepada kondisi tunggangan. Dengan sistem pengecasan CCS2, pengguna boleh melakukan pengecasan pantas dari 20 hingga 80 peratus hanya dalam masa 30 minit. Bagi yang memilih untuk mengecas di rumah menggunakan sistem 6kVA, pengecasan penuh dari kosong ke 100 peratus dikatakan mengambil masa kurang tiga jam.

Honda WN7 Motosikal Elektrik Besar Pertama Honda

Dari segi kelengkapan, WN7 hadir dengan teknologi moden seperti sistem pencahayaan LED penuh, paparan TFT berwarna 5 inci dan penggunaan belt drive yang lebih senyap serta kurang penyelenggaraan berbanding rantai konvensional. Semua ini menjadikan WN7 bukan sekadar motosikal elektrik, tetapi satu pakej lengkap untuk motosikal yang mempunyai gaya, teknologi dan kuasa.

Ads

Honda WN7 Motosikal Elektrik Besar Pertama Honda

Dengan harga anggaran RM75,000 dan prestasi hampir sekelas naked 750cc, Honda WN7 jelas menunjukkan kesungguhan Honda dalam memperkenalkan era baharu mobiliti elektrik di dunia dua roda. Persoalan yang kini timbul dalam kalangan peminat tempatan  bilakah giliran Honda Malaysia pula untuk membawa masuk WN7 ke pasaran kita?

Baca Juga : Honda CB750 Baharu Lebih Menyengat !

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI