
Boon Siew Honda Malaysia baru sahaja memperkenalkan pilihan warna baharu untuk motosikal touring mewah mereka.
Honda Gold Wing Tour hadir dengan pilihan warna baharu iaitu Gunmetal Black Metallic. Warna ini menjadikan motosikal tersebut tampil lebih elegan dan tampak lebih premium sebagai model touring flagship Honda.
Honda Gold Wing Tour menggunakan enjin 1833cc enam silinder jenis flat-six dengan sistem penyejukan cecair. Enjin ini mampu memberikan prestasi yang lancar dan selesa, terutama ketika “ride” pada jarak yang jauh.
Model ini juga dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan Dual Clutch Transmission (DCT) yang membolehkan pertukaran gear dilakukan dengan lebih lembut dan mudah.
Honda Gold Wing Tour turut dilengkapi dengan pelbagai ciri moden dan teknologi terkini seperti:
Selain itu, motosikal ini turut dilengkapi sistem beg udara yang terbina di dalam dan pernah menerima anugerah “Malaysian Innovator of the Year” dalam Malaysia Motorcycle of The Year Award.
Honda Gold Wing Tour dengan warna Gunmetal Black Metallic dijual pada harga RM217,388. Harga tersebut tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Boon Siew Honda turut menawarkan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 km, mengikut mana yang tiba dahulu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi Honda BigWing Malaysia atau hadir ke bilik pameran Honda BigWing berhampiran.
Auto Bavaria Anjur MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama Auto Bavaria tampil dengan acara…
Perodua Bezza muncul sebagai model kereta paling popular di Malaysia setakat April 2026, berdasarkan data…
Proton e.MAS 7 PHEV muncul sebagai antara tumpuan utama dalam perkembangan kenderaan tenaga baharu Proton…
