Harley-Davidson Malaysia Cipta Sejarah dengan Track Day Pertama di Sepang
Harley-Davidson Malaysia mencipta satu sejarah baharu apabila buat pertama kalinya menganjurkan Harley-Davidson Track Day di Sepang International Circuit, sekali gus memberi dimensi baharu kepada pengalaman menunggang motosikal ikonik dari Amerika Syarikat ini di pasaran tempatan.
Acara ini menghimpunkan seramai 70 penunggang serta motosikal Harley-Davidson dari seluruh Semenanjung Malaysia. Sepanjang acara, para peserta diberi peluang menunggang motosikal dalam suasana terkawal di atas litar dan merupakan satu pengalaman yang jarang ditawarkan khususnya kepada pemilik motosikal touring bersaiz besar.

Uji Prestasi Harley-Davidson
Track Day ini membuka ruang kepada penunggang untuk merasai sendiri keupayaan sebenar motosikal Harley-Davidson dari aspek performance, handling dan braking dalam persekitaran profesional.
Ia sekali gus membuktikan bahawa model-model Harley-Davidson bukan sekadar sesuai untuk tunggangan jarak jauh, malah mampu ditunggang di atas litar.

Antara model yang mengambil bahagian termasuk Road Glide, Street Glide, Road King, CVO Street Glide dan Fat Boy, selain beberapa model lain.
Kehadiran barisan ini menyerlahkan kepelbagaian line-up Harley-Davidson masa kini, yang bukan sahaja menekankan gaya dan keselesaan, tetapi juga keupayaan dinamik.
Sokongan Komuniti Harley Owners Group (H.O.G.)
Acara ini turut disertai oleh ahli daripada lima cawangan Harley Owners Group (H.O.G.), iaitu H.O.G. Petaling Jaya Chapter, H.O.G. Route 77 Kuala Lumpur Chapter, H.O.G. Johor Bahru Chapter, H.O.G. Penang Chapter dan H.O.G. Kinabalu Chapter.
Kehadiran penunggang dari pelbagai negeri jelas menunjukkan semangat komuniti yang kukuh dalam kalangan pemilik Harley-Davidson di Malaysia.

Track Day ini juga berperanan sebagai acara pemanas badan sebelum menjelang acara Malaysia National H.O.G. Rally yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Acara ini bakal berlangsung pada 23 Januari 2026, dengan lebih 200 motosikal dijangka berkonvoi bersama ke Adena Beach Resort, Kuantan, Pahang.

Mengukuhkan Semangat “United We Ride”
Penganjuran Track Day sulung ini mencerminkan komitmen Harley-Davidson Malaysia dalam memperkaya pengalaman pemilik dan penunggang, di samping mengukuhkan lagi semangat “United We Ride” dalam komuniti Harley-Davidson di seluruh negara.
Ia juga membuktikan bahawa jenama ini terus berevolusi seiring kehendak dan minat penunggang moden.
Baca Juga : Tips Memilih Topi Keledar Mengikut Gaya Tunggangan Anda
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!






