Ford Mustang GTD kini memegang rekod sebagai kereta keluaran Amerika Utara paling laju di litar ikonik Nürburgring. Dengan masa 6 minit, 57.685 saat, Mustang GTD menewaskan rekod Dodge Viper ACR sebanyak 4.3 saat. 

Ia juga menjadi satu-satunya kereta dari Amerika yang mencatat masa di bawah tujuh minit di Nordschleife, litar sepanjang 12.9 batu. Menurut Ford, ini menjadikan Mustang GTD antara enam kereta produksi di dunia yang berjaya menembusi had masa tersebut.

Ford Mustang GTD Catat Rekod di Nürburgring!
Rekod masa terpantas untuk kereta Amerika Utara

Lap Dirahsiakan

Lap ini direkodkan pada 7 Ogos, namun Ford menyimpan berita gembira ini sehingga kini. Pemandu profesional dari Multimatic Motorsports, Dirk Müller, yang memandu Mustang GTD. Mengakhiri perjalanan dua tahun pembangunan, ujian, dan simulasi dengan penuh gemilang. 

Malah, dokumentari berdurasi 14 minit telah diterbitkan untuk menceritakan cabaran dan perjalanan Ford dalam usaha menembusi masa tujuh minit di Nürburgring.

Masa yang dicatatkan oleh Mustang GTD ini bukan sahaja menewaskan Lamborghini Aventador SuperVeloce dan Ferrari 296 GTB, malah ia juga setanding dengan Porsche 918 Spyder. 

Ford Mustang GTD Catat Rekod di Nürburgring!
Mustang GTD +815HP

Rekod Masih Kekal

Namun, Ford masih belum berjaya merampas gelaran rekod kereta enjin hadapan paling laju di litar tersebut. Gelaran itu kini dipegang oleh Mercedes-AMG GT Black Series dengan masa 6 minit, 43.61 saat, yang dicatatkan pada tahun 2020. 

Ads

Sementara itu, rekod keseluruhan untuk kereta produksi di Nürburgring adalah milik Mercedes-AMG One dengan masa 6 minit, 29.09 saat.

Walaupun Mustang GTD mempamerkan prestasi luar biasa, ia memerlukan penambahbaikan signifikan untuk mencabar rekod AMG GT Black Series, apatah lagi AMG One. 

Namun, CEO Ford, Jim Farley, yakin bahawa potensi Mustang GTD masih jauh dari habis. Menurutnya, Ford akan kembali ke Nürburgring pada 2025 untuk mencatat masa yang lebih baik.

Ads
Ford Mustang GTD Catat Rekod di Nürburgring!
Team Ford yang menjayakan misi ini

Jim Farley 

“Kami mengambil segala ilmu yang diperoleh daripada sedekad pengalaman di litar dan memperkasa sebuah Mustang yang mampu bersaing dengan supercar terbaik dunia,” kata Farley. 

“Kami yakin Mustang GTD masih ada banyak potensi untuk ditunjukkan. Ford akan kembali.”

Dengan prestasi ini, Mustang GTD bukan sahaja mengangkat nama Ford tetapi juga membuktikan bahawa kereta produksi Amerika mampu menyaingi jenama supercar terkemuka di pentas antarabangsa.

Ads

Dari Motor1.com

Baca Juga Edisi Khas Ford Mustang “60th Anniversary” Sempena Ulang Tahun Ke-60 Mustang

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI