Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), telah merayakan tiga pencapaian hebat dalam satu acara besar di Malaysia.
Antara pencapaian tersebut ialah pelancaran pusat 4S flagship Kawasaki kedua, meraih penarafan 5 bintang yang prestij dan pengenalan Edisi Eksklusif ‘Yellow Ball’ Z900RS.
Pelancaran Pusat 4S Kawasaki Flagship Kedua
Pusat 4S flagship terbaharu dikenali sebagai KAWASAKI All Star, telah rasmi dilancarkan di Setapak pada 18 November 2023.
Acara ini telah diselia oleh Pengarah KAWASAKI Setapak, William Ho dengan kehadiran utama Ketua Pegawai Eksekutif EMOS, Roslan Roskan dan Ketua Pegawai Pemasaran EMOS, George Kashiwagi.
Selain itu, turut hadir ialah Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) bersama wakil Presidennya, Datuk Wee Hong.
Ads
KAWASAKI All Star menawarkan pelbagai model motosikal KAWASAKI, daripada model yang paling kecil hingga model berkuasa tinggi. Menepati standard reka bentuk dan pembinaan Plaza Kawasaki di Jepun, pusat ini menitikberatkan paparan produk dan pemasaran visual.
Premis ini sepenuhnya dimiliki dan dikelola oleh Eang Chun Motor Sdn Bhd, rakan kongsi MODENAS selama 23 tahun dan pusat ini menjadi satu lagi tonggak kejayaan dalam pembinaan jenama Kawasaki di Malaysia.
Penarafan 5 Bintang MYMAP dari MIROS
Dalam satu pengiktirafan yang membanggakan, MODENAS mencapai penarafan lima bintang daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Malaysia (MIROS) untuk 11 modelnya dalam Malaysian Motorcycle Assessment Programme (MyMAP).
Ads
Ini menjadikan MODENAS sebagai pengeluar dengan jumlah penarafan 5 bintang terbanyak, dengan keseluruhan 13 motosikal. Roslan Roskan, CEO EMOS, menyatakan bahawa pencapaian ini memperkuat komitmen syarikat terhadap keselamatan motosikal melalui teknologi canggih seperti sistem brek antiblok (ABS).
Pengenalan Edisi Eksklusif ‘Yellow Ball’ Z900RS
Acara ini juga menjadi platform untuk pengenalan Edisi “Yellow Ball” Z900RS, satu lagi model yang menjadi pilihan pengguna daripada KAWASAKI.
Ads
Dengan latar belakang warna kuning dan hitam yang menarik perhatian, motosikal retro ini memberikan penghormatan kepada warisan Z1 dengan menampilkan batch asal Z1 ‘900’ Kawasaki pada bahagian penutup sisi. Dengan ciri-ciri seperti ABS, kawalan traksi Kawasaki, dan enjin Inline-four 948cc yang menghasilkan kuasa maksimum 82.0 kW / 8,500 rpm, Z900RS “Yellow Ball” mengekalkan spesifikasi model asasnya.
Eang Chun Motor, rakan kongsi MODENAS selama 23 tahun, memainkan peranan utama dalam penyerahan rasmi model MY2024 kepada pelanggan pertamanya. Pelancaran ini turut menarik perhatian sekitar 700 orang dengan pelbagai aktiviti termasuk ujian pemanduan, demonstrasi pemanduan selamat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Malaysia (MIROS), photobooth, cabutan bertuah, dan banyak lagi.
Dengan pencapaian ini, EMOS dan MODENAS terus menetapkan standard tinggi dalam industri motosikal Malaysia. Dengan pusat flagship yang berkualiti tinggi, penarafan keselamatan lima bintang dan pelancaran model eksklusifnya, dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai pengeluar utama dalam pasaran motosikal Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai pusat servis/jualan dan model terkini, sila layari laman web rasmi KAWASAKI di https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/shop.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Gaya dan keadaan memandu juga mempengaruhi tempoh penggantian minyak enjin. Sekiranya anda sering memandu dalam keadaan yang berat seperti:
Kesesakan Lalulintas: Memandu perlahan dan sering berhenti akan membuatkan enjin bekerja lebih keras.
Cuaca Ekstrem: Suhu yang terlalu tinggi atau rendah boleh mempercepatkan degradasi minyak enjin.
Perjalanan Jarak Pendek: Memandu jarak pendek tanpa memberi masa kepada enjin untuk mencapai suhu operasi optimum boleh menyebabkan pengumpulan karbon dan kelembapan dalam enjin.
Dalam keadaan ini, anda mungkin perlu menukar minyak enjin lebih kerap daripada yang disarankan oleh pengeluar.
Kredit Foto : Website pgfilters
4. Tanda-Tanda Anda Perlu Tukar Minyak Enjin
Selain daripada merujuk kepada jadual penyelenggaraan, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan minyak enjin perlu ditukar segera:
Warna Minyak Hitam Gelap dan Pekat: Minyak hitam yang berwarna hitam pekat menunjukkan ia sudah tepu dengan kotoran dan bahan buangan enjin.
Bunyi Enjin Kasar: Enjin yang mengeluarkan bunyi kasar atau tidak biasa mungkin menandakan minyak hitam sudah tidak berfungsi dengan baik.
Lampu Amaran Minyak: Jika lampu amaran minyak pada papan pemuka menyala, segera periksa dan tukar minyak hitam jika perlu.
5. Pelaburan Kecil Untuk Jangka Masa Panjang
Menukar minyak enjin secara berkala adalah satu pelaburan kecil untuk memastikan enjin kereta anda berfungsi dengan baik dan tahan lama.
Dengan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan penggantian minyak enjin, anda boleh merancang penyelenggaraan kenderaan dengan lebih baik dan mengelakkan masalah enjin yang serius.
Sentiasa rujuk kepada manual pengguna dan ambil kira keadaan memandu anda untuk menentukan bila waktu yang terbaik untuk menukar minyak hitam kereta anda.
Penyelenggaraan yang baik bukan sahaja menjimatkan kos pembaikan di masa hadapan tetapi juga memastikan keselamatan anda dan penumpang sepanjang perjalanan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Hyundai sekali lagi menunjukkan kesungguhan mereka dalam dunia sukan permotoran dengan memperkenalkan kereta lumba IONIQ 5 N eN1 Cup.
Menggunakan platform dari model IONIQ 5 yang popular, kereta lumba ini mengekalkan ciri-ciri sistem elektronik kuasa (PE) yang sama seperti versi pemanduannya di jalan raya.
Dengan motor elektrik depan berkuasa 166 kW (226 ps) dan motor belakang 282 kW (383 ps), kereta ini menghasilkan kuasa keseluruhan sehingga 650 ps, menjadikannya lebih berkuasa daripada model IONIQ 5 biasa.
Hyundai merancang kereta lumba ini untuk bersaing dalam kelas eN1 yang baru diwujudkan di dalam acara Hyundai N Festival, satu siri perlumbaan terbesar bagi pelumba profesional di Korea.
Kredit: Hyundai
Kelas eN1 ini khusus untuk perlumbaan kereta lumba yang tidak boleh dipandu di jalan raya dan menunjukkan komitmen Hyundai dalam memajukan perlumbaan hijau dan teknologi elektrik.
Dengan pasukan diberi kebebasan menggunakan pelbagai produk tayar dan peraturan terbuka, ini menjanjikan persaingan yang sengit dan inovasi yang berterusan.
Kereta lumba IONIQ 5 N eN1 Cup dilengkapi dengan kit badan lebar dan spoiler besar untuk meningkatkan prestasi aerodinamik, sementara teknologi seperti N e-Shift, N Active Sound+, dan N Grin Boost menambahkan elemen keseronokan kepada pengalaman perlumbaan.
Kredit: Hyundai
Dari aspek keselamatan, kereta ini dilengkapi dengan rangka keselamatan mengikut piawaian FIA, pemadam api khusus untuk kebakaran elektrik, dan pemindahan port pengecasan.
Dengan spesifikasi yang mengagumkan dan teknologi terkini dari keluarga IONIQ, Hyundai IONIQ 5 N eN1 Cup menjanjikan pengalaman perlumbaan elektrik yang serba canggih dan mengasyikkan.
Porsche baru-baru ini memperlihatkan kepada peminat automotif prototaip Macan yang sedang diuji melalui video teaser yang baru dikeluarkan di laman sesawang rasmi mereka.
Model Macan yang diketengahkan ini merupakan generasi terkini yang didukung sepenuhnya oleh kuasa elektrik, dan pelancarannya dijadualkan pada 25 Januari ini. Macan generasi terbaru ini dibina di atas Premium Platform Electric (PPE) yang baru, dilengkapi dengan bateri litium-ion berkapasiti 100 kWj, dan mampu menghasilkan kuasa elektrik sebanyak 603 hp (450 kW) serta tork melebihi 1000Nm.
Kredit Foto: Porsche
Motor elektrik Macan EV ini menawarkan kapasiti kasar sebanyak 100 kWj, di mana hingga 95 kWj membolehkan Macan EV ini mencapai jarak pemanduan sehingga 500km. Selain itu, kelebihan lain termasuk sistem pengecasan pantas hingga 270 kW, yang dapat mengisi bateri dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam masa 22 minit.
Teaser tersebut memberikan gambaran tentang reka bentuk lampu belakang yang kini lebih lebar dan nipis, menyerupai ciri-ciri reka bentuk yang dikenali dalam model-model Porsche yang lain. Porsche berjaya menyatukan DNA reka bentuk dengan aerodinamik yang optimum melalui komponen Porsche Active Aerodynamics (PAA).
Kredit Foto: Porsche
Macan EV ini turut dilengkapi dengan spoiler belakang yang meluas secara automatik dan kepak penyejukan aktif pada salur masuk udara hadapan. Elemen lain termasuk lantai yang rata dan tertutup seperti kereta lumba, bahkan di kawasan axle belakang. Fairing fleksibel turut memastikan rintangan udara rendah dengan inovasi gabungan roda yang sebahagiannya tertutup, serta tayar yang dioptimumkan dari segi aerodinamik.
Prototaip Macan EV ini menjalani ujian di pelbagai lokasi di seluruh dunia, menguji komponen pemanduan di setiap iklim, dari -30 darjah Celsius hingga +50 darjah Celsius. SUV ini diuji tidak hanya di atas jalan raya, tetapi juga melibatkan ujian off-road, jalan berkerikil, salji dan ais.
Lando Norris kembali mengecapi kemenangan dalam gaya dramatik di Grand Prix Austria selepas menewaskan rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri, dalam pertarungan mendebarkan sepanjang perlumbaan....