Ducati Malaysia telah melancarkan model terbaharu mereka, Ducati Hypermotard 698 Mono. Serentak dengan pembukaan bilik pameran Ducati Johor. Model ini sudah pasti bakal menarik perhatian peminat motosikal di Malaysia dengan gabungan prestasi dan reka bentuk yang mengagumkan.
Dua Varian, Dua Gaya
Ducati Hypermotard 698 Mono hadir dalam dua varian menarik untuk pasaran Malaysia. Varian asas ditawarkan dengan warna ikonik Ducati Red, manakala varian RVE pula tampil dengan liveri Graffiti yang unik serta kerangka berwarna hitam yang menambahkan elemen agresif kepada motosikal ini.
Varian Asas Hypermotard 698 Mono – Ducati
Nadi Silinder Tunggal Superquadro Mono 659 cc
Hypermotard 698 Mono merupakan model pertama Ducati yang menggunakan enjin silinder tunggal baharu, Superquadro Mono 659 cc. Enjin ini diinspirasikan daripada enjin Panigale 1299 dan dilengkapi dengan sistem Desmodromic pada kepala enjin.
Dengan kuasa maksimum 77.5 HP dan 63 Nm tork pada 10,250 rpm, motosikal ini menawarkan prestasi yang luar biasa dalam kelasnya.
Jika itu belum cukup, Ducati menawarkan aksesori ekzos Termignoni yang boleh meningkatkan kuasa sehingga 84 HP dan 67 Nm tork. Ia sekaligus menjadikan Hypermotard 698 Mono lebih bertenaga dan garang di atas jalan raya.
Varian Asas Hypermotard 698 Mono – Ducati
Reka Bentuk Supermotard yang Ringan dan Sporti
Hypermotard 698 Mono direka dengan gaya sporti Supermotard yang memastikan kawalan optimum. Ia menggunakan kerangka trellis seberat 7.2 kg. Berat keseluruhan motosikal ini hanya 151 kg sahaja, menjadikannya lincah dan mudah dikendalikan.
Ads
Untuk meningkatkan pengalaman tunggangan, Hypermotard 698 Mono dilengkapi dengan suspensi fork USD Marzocchi 45 mm yang boleh laras di bahagian depan.
Monoshock Sachs boleh laras di belakang. Sistem brek pula menggunakan komponen berkualiti tinggi daripada Brembo. Termasuk angkup M4.32 dengan cakera 330 mm di depan dan angkup omboh tunggal jenis floating dengan cakera 245 mm di belakang.
Varian RVE Hypermotard 698 Mono
Teknologi Terkini untuk Tunggangan Maksimum
Model ini tidak hanya menawarkan kuasa dan gaya, tetapi juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini.
Ini termasuk Sistem Bosch ABS Cornering dengan teknologi Slide By Brake, empat mod tunggangan (Sport, Road, Urban, Wet), Engine Brake Control, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control, Ducati Power Launch, dan Ducati Quick Shift naik/turun (standard untuk varian RVE). Kesemua ciri ini dipaparkan melalui meter LCD bersaiz 3.8 inci.
Ads
Bagi peminat aksi wheelie, Ducati menawarkan fungsi bantuan wheelie dan perisian ekzos khusus untuk litar yang tersedia dengan pilihan ekzos Termignoni. Memastikan penunggang dapat melaksanakan wheelie dengan lebih mudah dan berpanjangan.
Harga
Untuk pasaran Malaysia, Ducati Hypermotard 698 Mono ditawarkan pada harga bermula RM70,900 untuk varian asas dan RM77,900 untuk varian RVE.
Dengan prestasi mantap, reka bentuk sporti, dan teknologi terkini, Hypermotard 698 Mono pastinya menjadi pilihan ideal bagi mereka yang mencari motosikal yang menggabungkan kuasa dan gaya dalam satu pakej.
Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) baru-baru ini telah melancarkan model kemaskini SUV, iaitu Range Rover Evoque Facelift 2024 ke pasaran tempatan. SUV mewah ini mengimbangi penambahbaikan terkini dengan mengekalkan ciri-ciri khas yang melambangkan kehebatan Evoque.
Range Rover Evoque facelift hadir dengan tiga pilihan varian iaitu P200 Dynamic SE (M Spec) untuk model standard, P250 Dynamic SE (H Spec), dan P250 Dynamic HSE (Lux Spec) untuk varian tertinggi.
Walaupun enjin yang digunakan masih sama, iaitu enjin 2.0 liter empat silinder petrol, setiap varian diberi dua pilihan yang menawarkan ciri-ciri berbeza bagi model P200 dan P250.
Bagi pilihan model P200, ia dilengkapi dengan kuasa output 200 PS dan tork 320Nm, manakala bagi model P250, ia menawarkan kuasa output lebih tinggi iaitu 249 PS dan tork 365Nm. Prestasi pecutan dari 0-100km/j adalah 8.6 saat bagi model P200 dan 7.6 saat bagi model P250.
Kredit Foto: motor1.com
Evoque facelift ini menampilkan gaya dan reka bentuk aerodinamik dengan gril yang dikemas kini bersama lampu depan Pixel LED. Siluet garis bentuk seperti coupe dan kontur bumbung yang mencerminkan kepantasan dan memberi SUV ini penampilan yang menarik.
Ruangan kabin dipertingkatkan dengan paparan skrin infotainment melengkung 11.4 inci Pivi Pro generasi terbaharu serta sistem bunyi Meridian 400W premium. Stereng yang boleh dilaraskan secara elektrik dan roda stereng yang diserlahkan dengan Moonlight Chrome memberikan keselesaan dan kemewahan dalam pemanduan.
Evoque Facelift memaparkan warna luar serba baharu bagi memberi perwatakan yang berbeza mengikut cita rasa pemiliknya. Pilihan warna baharu termasuk Corinthian Bronze, Tribeca Blue, dan Arroios Grey.
Harga jualan bagi Range Rover Evoque 2024 facelift ditawarkan kepada tiga pilihan varian iaitu bagi varian P200 Dynamic SE (M Spec) – RM498,800, manakala P250 Dynamic SE (H Spec) – RM529,800 dan P250 Dynamic SE (Lux Spec) – RM565,800.
Menghasilkan 819 kuasa kuda, model eksotik 812 Competizione daripada Ferrari ini sememangnya istimewa kerana ia merupakan satu-satunya model yang mempunyai reka bentuk lakaran pada sekitarnya.
Kredit Foto: topgear.com
Menurut Ferrari, model 812 Competizione hanya dikeluarkan sebanyak 999 unit sahajadan hanya satu darinya mempunyai rekaan sebegini. Walaupun sekali imbas nampak seperti kereta belum siap, namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat.
Kredit Foto: topgear.com
Model 812 Competizione menggunakan enjin 6.5 liter V12 bukan hibrid dengan harga melebihi RM2.7juta ($600,000+) untuk yang biasa. Bagi varian terhad one-off berwarna kuning ini, harganya tidak didedahkan namun ramai menjangkakan ia lebih mahal dari model 812 yang biasa.
Kredit Foto: topgear.com
Mendapat inspirasi dari rekaan kertas lakaran kosong, hasil kerja Flavio Manzoni, ketua pegawai reka bentuk Ferrari, dengan kerjasama para pelukis dan jurutera yang terlibat, model inimengambil masa lebih setahun untuk siap.
Kredit Foto: topgear.com
Kali pertama ditayangkan kepada khalayak ramai adalah di Monterey Car Week, dimana Bugatti juga ada memperkenalkan model terhad Bugatti Chiron Super Sport Golden Era.
Kredit Foto: topgear.com
Namun berbeza dengan Bugatti Golden Era, Ferrari 812 Competizione tidak mempunyai pemilik, sebaliknya, ia akan dilelong untuk kebajikan di majlis Gala Ferrari di New York pada 17 Oktober 2023.
Kredit Foto: topgear.com
Foto di atas menunjukkan kereta yang dihasilkan dengan cat matte Giallo Tristrato (kuning), yang mempunyai telitian yang dilihat dalam Lakaran Nero DS matte. Komponen seperti bilah aero yang membelah hud, louvres sisi dan penjana vorteks pada panel belakang turut dilihat.
Kredit Foto: topgear.com
Ruang dalaman kabin 812 masih mengekalkan gaya Sharpie, dengan papan pemuka dan tempat duduk jenis Alcantara turut dihiasi dengan lakaran reka bentuk yang disulam.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Pada ketinggian 5,573.979 meter, dua unit Porsche Taycan 4 Cross Turismo dilaporkan berjaya mencatatkan rekod dunia Guinness World Record untuk perubahan altitud terbesar dengan menggunakan kereta elektrik (EV).
Perjalanan EV tersebut bermula dari Tasik Ayding, wilayah Xinjiang yang terletak 218.845 meter di bawah aras laut, sebelum mencecah puncak Hongtu Daban Tibet pada ketinggian 5,355.1 meter di atas aras laut.
Di antara kawasan yang dilalui oleh Taycan Cross Turismo adalah beberapa laluan off-road popular seperti Tomur Grand Canyon, Tarim Poplar Forest, Sansha Desert Highway, Dokuo-Lunque Highway dan G219 National Highway.
Kredit Foto: CaretaKredit Foto: Careta
Tempoh pengembaraan sepanjang 10 hari itu disokong oleh stesen pengecasan 22kW dan 120 kW, namun turut bersama adalah tempat pengecasan dari trak sokongan EnjoyElec yang dikendalikan oleh Porsche Ventures.
Berdepan keadaan cuaca sejuk ekstrim, Porsche Taycan Cross Turismo itu berjaya mencapai empat kemuncak berturut-turut pada ketinggian melebihi 4,900 meter.
Menurut Porsche, kedua-dua Taycan Cross Turismo itu telah melalui empat musim sepanjang perjalanan yang turut dibantu dengan mod pemanduan Gravel dan sistem brek regeneratif yang membantu menambah jarak gerak untuk pemanduan jarak jauh.
Kredit Foto: Careta
Porsche Taycan 4 Cross Turismo ini juga dikatakan menghasilkan 350kW/ 476PS dengan pecutan 0-100km/j hanya 5.1 saat sahaja. Manakala, dimensi model ini berukuran 1,409mm tinggi, 1,967mm lebar, 4,974mm panjang dengan jarak antara roda 2,904mm.
Jarak perjalanan bagi model ini mampu bergerak dari 370 km hingga 600 km bergantung kepada gaya pemanduan anda. Tempoh pengecasan pula, sepantas 5.3 minit untuk pengecasan pantas (DC) bagi 100 km jarak perjalanan.
Harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia bagi model Taycan 4 Cross Turismo ini bermula dari RM598,000. Mereka yang berminat boleh layari laman sesawang rasmi Porsche, www.porsche.com/malaysia atau boleh kunjungi bilik pameran Porsche yang terletak di Ara Damansara, Sungai Besi, Johor Bahru dan Penang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Punca Utama Aircond Kereta Berbau Yang Ramai Tak Tahu
Ramai pemilik kereta pernah alami situasi yang agak mengganggu: sebaik sahaja aircond dihidupkan, muncul bau kurang...