Automotif

Chery Malaysia Tawar Pakej Lepas Jualan Perlindungan Kenderaan Yang Menarik

Share

Chery Malaysia telah mengumumkan Pakej Extra Peace of Mind bagi pemilik baharu model OMODA 5 dan TIGGO 8 Pro untuk memastikan pengalaman memandu tanpa risau sambil mengekalkan prestasi kenderaan dalam keadaan terbaik.

Pakej Extra Peace of Mind ini meliputi penyelenggaraan penting untuk pemilik OMODA 5 dan TIGGO 8 Pro, memastikan kenderaan mereka diservis mengikut jadual dan diperiksa secara berkala. Dengan tambahan RM11,600, pelanggan dapat memilih pakej ini semasa pembelian OMODA 5 atau TIGGO 8 PRO.

Pakej ini memberikan perlindungan kepada kenderaan baharu, membolehkan pemilik menjaga kenderaan mereka pada tahap teratas dan mengelakkan masalah yang tidak dijangka. Pakej komprehensif ini termasuk penggantian alat penyelenggaraan berjadual seperti Minyak Enjin, Penapis Minyak Enjin, Coolant Radiator, Cecair Brek, Penapis Udara, Spark Plug, Pencuci Minyak Enjin, dan Minyak Transmisi untuk 7 tahun pertama.

Selain itu, pelanggan akan lebih yakin apabila membawa kenderaan mereka ke pusat servis Chery yang sah di seluruh negara, kerana pusat servis hanya menggunakan produk asli Chery. Dengan membeli Pakej Extra Peace of Mind, pelanggan dapat merancang perbelanjaan mereka dengan lebih berkesan dan cermat, serta tidak terkesan oleh peningkatan harga alat ganti dan kos penyelenggaraan dari masa ke semasa.

Pakej Extra Peace of Mind juga menawarkan waranti enjin selama 10 tahun atau jarak perbatuan sehingga 1 juta km, memberikan perlindungan menyeluruh dan keyakinan yang meluas kepada pelanggan.

Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Extra Peace of Mind, layari laman https://www.chery.my/ atau kunjungi pusat pameran Chery di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Baca: GAC Memperkenal Model SUV Terbaharu Dari China, GS3 EMZOOM

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan