BYD Sime Motors Raih Kejayaan 3 Tahun: Lebih 25,000 Pemilik EV dan Kekal Jenama No.1 Malaysia

Genap tiga tahun berada di pasaran Malaysia, BYD Sime Motors terus menunjukkan prestasi luar biasa sebagai pengedar rasmi BYD dan seterusnya mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) nombor satu negara.

Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan penerimaan positif rakyat Malaysia terhadap EV, malah menyerlahkan kemampuan BYD sebagai peneraju teknologi mobiliti masa depan.

Sejak mula bertapak, lebih 25,000 kenderaan BYD kini berada di atas jalan raya Malaysia. Setiap pemilik EV BYD secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara melalui pengurangan pelepasan karbon dan penggunaan teknologi yang lebih mesra alam.

BYD Terus Dominasi Segmen EV Dengan 25,000 Pemilik Setakat Ini

Impak Alam Sekitar yang Ketara

Secara keseluruhan, pemilik BYD di Malaysia telah membantu mengurangkan kira-kira 62,000 tan karbon dioksida setiap tahun.

Untuk gambaran lebih mudah, pengurangan ini bersamaan dengan usaha menanam hampir 2.5 juta pokok, atau cukup untuk meliputi keseluruhan pesisir pantai Malaysia enam kali ganda.

Hasil ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan EV bukan sekadar trend, tetapi satu pelaburan jangka panjang terhadap kelestarian alam sekitar.

Rangkaian Model EV Terbesar di Malaysia

BYD Sime Motors kini mempunyai rangkaian model EV yang menyeluruh di Malaysia, dengan tujuh model diperkenalkan setakat ini.

Antara model paling popular ialah BYD ATTO 3, yang mendominasi segmen Elektrik SUV C dan menjadi pilihan ramai kerana ruang kabin luas, prestasi baik serta teknologi keselamatan lengkap.

Ads

BYD Terus Dominasi Segmen EV Dengan 25,000 Pemilik Setakat Ini

Tahun 2025 turut menyaksikan perluasan barisan produk BYD dengan kehadiran dua model baharu BYD ATTO 2 dan BYD SEAL 6, selain versi wajah baharu BYD SEAL yang lebih segar dan premium.

Dengan pilihan daripada sedan, SUV hinggalah MPV, BYD menawarkan barisan EV yang memenuhi keperluan pemandu pelbagai peringkat umur, termasuk mereka yang mahukan kenderaan harian yang jimat, atau mereka yang mencari prestasi dan teknologi terkini pada harga berpatutan.

Mengulas kejayaan ini, Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia berkata:

“Ulang tahun ini sangat bermakna untuk kami. Lebih 25,000 rakyat Malaysia kini menjadi sebahagian daripada keluarga BYD. Pertumbuhan pesat ini membuktikan minat dan kesedaran pengguna terhadap pemanduan yang lebih hijau. Kami amat menghargai kepercayaan rakyat Malaysia, dan kami akan terus membawa teknologi terbaik kepada pasaran tempatan.”

Ads

BYD Terus Dominasi Segmen EV Dengan 25,000 Pemilik Setakat Ini

Sementara itu, Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, menyatakan:

“Dalam tempoh singkat tiga tahun, BYD menjadi tunjang penting dalam portfolio automotif Sime Motors. Kami membina asas kukuh dengan rangkaian jualan, selepas jualan, fasiliti moden dan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Terima kasih kepada semua pemilik BYD yang menjadikan EV sebagai pilihan mobiliti harian.”

Perkembangan pesat BYD di Malaysia turut disokong oleh infrastruktur lengkap BYD Sime Motors. Setakat ini, rangkaian mereka terdiri daripada:

  • 39 pusat jualan dan pemasaran

  • 24 pusat servis selepas jualan

  • 12 pusat badan dan cat sah

  • Gudang alat ganti berpusat dengan lebih 4,600 item stok, memastikan kadar pemenuhan alat ganti sehingga 94% bagi mempercepatkan proses pembaikan.

Selain itu, lebih 1,000 kakitangan tempatan telah menjalani latihan di Pusat Latihan BYD bagi memastikan tahap profesionalisme dan standard servis sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Ads

Perancangan BYD dan Sime Motors 2026

Menjelang 2026, BYD dan Sime Motors bersedia memperluaskan lagi rangkaian mereka. Perancangan tersebut termasuk pembangunan operasi pemasangan tempatan CKD BYD, yang bakal membuka peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan keterlibatan Malaysia dalam rantaian bekalan EV global.

BYD Terus Dominasi Segmen EV Dengan 25,000 Pemilik Setakat Ini

Peluang Terbaik Miliki EV

Dengan tempoh pengecualian cukai penuh untuk EV import (CBU) yang bakal tamat tidak lama lagi, ini adalah masa terbaik untuk rakyat Malaysia beralih kepada kenderaan elektrik.

Pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM20,000 bagi model terpilih, menjadikan pemilikan EV lebih mampu milik dan berbaloi.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan model BYD, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran BYD di seluruh negara.

Baca Juga : BYD Perkenal Racco, Kei Car Elektrik Pertama Dihasilkan Khas untuk Pasaran Jepun

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads