BYD Sime Motors, pengedar rasmi BYD di Malaysia, melakar sejarah baharu dengan meraikan tiga mercu jaya serentak.
Kejayaan tersebut adalah pengumuman kilang pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia, pelancaran BYD SEAL serba baharu, serta perasmian bilik pameran 3S BYD terbesar di negara ini yang terletak di Balakong.
Kilang CKD Baharu di Tanjung Malim
BYD Malaysia mengesahkan rancangan untuk membina sebuah kilang pemasangan CKD baharu di Tanjung Malim, Perak, meliputi kawasan 600,000 meter persegi.
Kilang ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2026.
Langkah strategik ini menandakan komitmen jangka panjang BYD dalam membekalkan kenderaan elektrik yang lebih berdaya saing, mampu milik, dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.
Liu Xueliang, Pengurus Besar Jualan Auto Asia Pasifik BYD, menegaskan:
Ads
“Malaysia merupakan salah satu pasaran terpenting BYD di rantau ini. Dengan pelancaran kilang CKD dan model SEAL baharu, kami bukan sahaja membawa produk inovatif, tetapi juga melabur dalam pembangunan bakat serta ekosistem EV tempatan.”
BYD SEAL Baharu, Sedan Elektrik Lebih Premium
Bintang utama acara ini ialah pelancaran BYD SEAL baharu, kini ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan Performance.
Model sedan elektrik ini bukan sekadar meneruskan legasi generasi terdahulu, tetapi hadir dengan peningkatan prestasi, teknologi, dan keselesaan.
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, berkata:
Ads
“SEAL merupakan sedan elektrik paling laris di Malaysia pada 2024. Dengan penambahbaikan terkini, kami yakin model ini akan terus memikat hati pelanggan tempatan. Disokong dengan pengeluaran CKD dan rangkaian selepas jualan yang meluas, kedudukan BYD sebagai jenama BEV No.1 di Malaysia akan lebih kukuh.”
Sorotan Spesifikasi BYD SEAL Baharu
Prestasi & Jarak Perjalanan
Varian Performance – Pecutan 0-100 km/j dalam hanya 3.8 saat, antara terpantas dalam segmen sedan elektrik.
Varian Premium – Jarak perjalanan sehingga 650 km (NEDC), sesuai untuk pemanduan jarak jauh.
Teknologi Suspensi
Performance – Dilengkapi Sistem Kawalan Badan Peredaman Pintar DiSus-C, teknologi lazim pada kereta mewah.
Premium – Menggunakan penyerap hentak FSD (Frequency Selective Damping) untuk keseimbangan keselesaan dan kawalan.
Ciri Baharu
Bumbung matahari panoramik dengan tirai suria kuasa elektrik
Akses tanpa kunci pintar (BYD NFC Digital Key & Bluetooth Key)
Rim aloi 19 inci reka bentuk baharu
Pilihan warna terkini: Aurora White, Atlantis Grey, Cosmos Black, Shark Grey (baharu)
Harga
Premium – RM171,800
Performance – RM191,800
Pakej Pelancaran Eksklusif
300 pelanggan pertama bakal menikmati pakej bernilai sehingga RM10,888 termasuk pengecas dinding percuma, pakej servis dan rebat pelancaran istimewa.
Pusat 3S BYD Terbesar di Malaysia
Acara ini turut menyaksikan perasmian Pusat 3S BYD Balakong oleh Wing Hin Ventures.
Dengan keluasan 3,360㎡ merangkumi bilik pameran dua tingkat, 10 ruang servis, pejabat dan ruang selepas jualan sebesar 1,514㎡, pusat ini menjadi mercu tanda baharu bagi pengalaman pelanggan BYD di Malaysia.
Ads
Sehingga kini, BYD Sime Motors telah memiliki 36 cawangan di seluruh negara, dan rangkaian ini dijangka terus berkembang dalam masa terdekat.
Konklusi
Dengan kilang CKD di Tanjung Malim, pelancaran SEAL baharu, dan pembukaan bilik pameran terbesar, BYD Sime Motors membuktikan keseriusannya dalam memperkukuh kehadiran di Malaysia.
Ketiga-tiga pencapaian ini sekali gus menegaskan matlamat BYD untuk menjadi peneraju dalam mempercepatkan peralihan negara ke arah mobiliti elektrik yang lebih hijau dan pintar.
Impak selepas kerajaan mengumumkan penggunaan mandatori sistem Brek Anti-Kunci pada motosikal berkapasiti 150cc ke atas. Harga jualan motosikal keluaran baharu dijangka mengalami kenaikan antara RM100 hingga RM200.
Penganalisis industri automotif, Hezeri Samsuri berkata, bagaimanapun tidak banyak model popular yang akan terjejas dengan kenaikan itu.
“Kenaikan harga mungkin akan berlaku kepada model-model keluaran baharu tetapi tidak akan mengalami peningkatan yang banyak.
“Saya kira kalau naik pun, dalam RM100 ke RM200 tetapi banyak model motosikal di atas 150cc sebenarnya sudah dilengkapi ABS. Ini bermakna tidak banyak model popular yang akan terjejas dengan kenaikan harga,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Mengulas lanjut Hezeri berkata, usaha untuk mewajibkan penggunaan ABS pada motosikal sudah lama dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan kini menjadi mandatori untuk motosikal baharu dengan enjin di atas 150cc.
Menurutnya, ABS sangat penting untuk motosikal moden yang mempunyai prestasi enjin berkuasa tinggi dalam berdepan cuaca negara yang sering dilanda hujan.
“Apabila menempuh cuaca hujan, kejadian roda depan tergelincir sering berlaku. Pemasangan ABS membolehkan penunggang membrek dengan selamat walaupun sedang mengambil selekoh. Ia juga memang terbukti mampu menurunkan kadar kemalangan.
“Sistem ini lambat diperkenalkan kerana faktor harga. Dahulu, modul motosikal yang ada ABS memang mahal sedikit, tetapi dengan pertumbuhan kilang komponen merata dunia dan ia sudah menjadi kelengkapan wajib untuk banyak pasaran dunia, harganya telah turun dengan banyak,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bagi menangani kes kemalangan jalan raya khususnya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Dalam pada itu, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati ABS berupaya mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus.
Dunia EV di Malaysia terus rancak berkembang, dan kini ada berita gempak untuk semua pemilik kenderaan elektrik. JomCharge dan Alliance Bank telah melancarkan Kad Kredit Maya (Virtual Credit Card – VCC) pertama di Malaysia.
Ia dikhaskan khas untuk pengecasan EV. Ini bukan sekadar kad biasa, tapi satu inovasi yang menggabungkan kemudahan. Ganjaran eksklusif dan gaya hidup hijau dalam satu pakej digital yang mesra pengguna.
Melalui kerjasama strategik ini, pengguna aplikasi JomCharge kini boleh memohon kad kredit maya Alliance Bank secara terus melalui aplikasi itu sendiri. Tak perlu keluar rumah, tak perlu tunggu kad fizikal sampai. Semua urusan dibuat secara digital dan pantas. Paling best, setiap permohonan yang berjaya akan menerima kredit JomCharge bernilai RM100. Boleh terus guna untuk cas EV tanpa guna duit sendiri dulu!
Tawaran Lain
Pemegang VCC ini juga akan menikmati rebat 20% setiap kali mengecas di lebih 3,000 stesen pengecasan seluruh negara melalui aplikasi JomCharge. Dan untuk kaki reward pula, setiap pengecasan yang dibayar menggunakan VCC ini akan memberi ganjaran 8x mata Timeless Bonus Points. Kiranya bukan saja jimat, tapi sambil cas EV pun boleh kumpul mata untuk tebus pelbagai hadiah menarik.
Menurut Ir. Lee Yuen How, Pengarah Urusan EV Connection, “Kerjasama ini adalah satu detik penting dalam ekosistem EV di Malaysia. Kad maya ini bukan saja memudahkan pengalaman mengecas. Tapi juga memberi ganjaran yang eksklusif kepada pengguna. Kami teruja bekerjasama dengan Alliance Bank untuk membawa solusi kewangan yang inovatif kepada pengguna EV.”
Sementara itu, Gan Pai Li, Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan Alliance Bank pula menambah, “Kami percaya bahawa perkhidmatan kepada pelanggan harus lebih daripada sekadar urusan transaksi.
Dengan VCC ini, kami bukan sahaja memudahkan pengguna semasa mengecas EV, tetapi juga menyokong usaha ke arah kelestarian alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik.”
“(Fourth left to eighth right): Mr. Jervis Ong Zhe Ao, Operations Director of EV Connection, Dr. Che Hang Seng, Technical Director of EV Connection, Ir. Lee Yuen How, Managing Director of EV Connection, Ms. Gan Pai Li, Group Chief Consumer Banking Officer of Alliance Bank and Ms. Michelle Chuah, Head, Credit Cards and Personal Loans of Alliance Bank with the Alliance Bank and EV Connection teams at the launch ceremony.”
Kemudahan Yang Ringkas
Dengan pendekatan sepenuhnya digital, Kad Kredit Maya Alliance Bank ini tidak memerlukan kad fizikal langsung. Semua transaksi, penyata dan pemantauan perbelanjaan boleh dibuat terus dari aplikasi JomCharge – ringkas, cekap dan serba lengkap.
Secara ringkas, VCC ini adalah satu langkah ke hadapan dalam gaya hidup mesra alam. Ia menjadikan pengecasan EV lebih mudah, lebih jimat, dan lebih menguntungkan. Jadi kalau anda pemilik EV – atau sedang bercadang untuk tukar ke EV. Inilah masa terbaik untuk beralih kepada solusi pengecasan pintar ini.
Permohonan kini dibuka secara eksklusif melalui aplikasi JomCharge. Nak tahu lebih lanjut? Layari laman rasmi Alliance Bank di sini, JomCharge VCC
Jejambat Bandar Saujana Putra, sebuah projek infrastruktur penting dengan panjang 820 meter yang direncanakan untuk mengatasi kesesakan trafik di kawasan sekitar, dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mei, kata Exco Infrastruktur, Ir Izham Hashim.
Menurut Ir Izham Hashim, jejambat yang menghubungkan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Klang Selatan (SKVE) saat ini telah mencapai tahap pembinaan 95 peratus. Proses pembinaan sedang dijalankan dengan giat, termasuk kerja elektrikal dan turapan, dan dijangka akan selesai dalam masa terdekat sebelum pemeriksaan spesifikasi dilakukan dalam tempoh kira-kira sebulan.
Kredit Foto : MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
“Pembinaan jejambat ini mengalami sedikit kelewatan akibat beberapa isu, antaranya Perintah Kawalan Pergerakan, kekurangan pekerja, pertukaran reka bentuk, dan komplikasi kabel dan utiliti di bawah permukaan jalan yang perlu dialihkan,” katanya.
Beliau menambahkan bahawa jejambat yang dibina dengan kos sebanyak RM53 juta dijangka akan dibuka kepada umum pada bulan Mei akan datang, yang akan membantu mengurangkan kesesakan di persimpangan Bandar Saujana Putra.
Beliau juga mengumumkan bahawa mereka telah bermesyuarat dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk membina jalan raya yang menyambungkan perumahan dan lebuh raya khusus untuk pembangunan baru.
Kredit Foto : MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
“Membina jalan raya yang menyambungkan ke lebuh raya adalah penting kerana jika tidak, penduduk akan melalui laluan ke perumahan dan menyebabkan kesesakan,” katanya.
Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan kira-kira RM60 juta untuk membina jejambat baharu bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut.
Dato’ Seri Amirudin Shari menekankan bahawa jejambat tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 65,000 penduduk di kawasan tersebut serta kepada pengguna SKVE dan ELITE dari arah Bandar Saujana Putra.
Sumber Artikel : Laman Sesawang Selangor Kini
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Tradisi Jepun Diteruskan di Malaysia
Boon Siew Honda (BSH) mengukir sejarah baharu apabila berjaya menganjurkan acara sulung Honda Thanks Day 2025 di LYL International Karting...