
BMW Motorrad Malaysia secara rasmi mengumumkan harga bagi model terbaharunya, BMW F 450 GS Trophy, yang kini ditawarkan pada harga RM39,900 tidak termasuk insurans.
BMW F 450 GS Trophy sesuai untuk penunggang yang inginkan sebuah motosikal yang serba boleh, sama ada untuk digunakan dalam kawasan bandar atau meneroka laluan off-road yang tidak terlalu mencabar.
Model ini dikuasakan oleh enjin dua silinder baharu yang menghasilkan kuasa 48 hp dan motosikal ini juga lebih ringan dan menawarkan pengendalian yang lebih lincah dan sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam kategori motosikal advanture
.Selain itu, BMW turut melengkapkan F 450 GS Trophy dengan pelbagai teknologi bantuan tunggangan moden yang menjadi identiti model-model premium BMW Motorrad.
Antara kelengkapan utama yang ditawarkan termasuk Easy Ride Clutch, Shift Assistant Pro, ABS Pro, Dynamic Traction Control dan Riding Modes Pro yang membantu meningkatkan tahap keselamatan serta keyakinan penunggang dalam pelbagai keadaan jalan.
BMW turut memberi perhatian terhadap aspek ergonomik dan keselesaan, menjadikan motosikal ini sesuai untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.
Dari segi reka bentuk, F 450 GS Trophy tampil dengan warna eksklusif GS Trophy Racing Blue Metallic yang menyerlahkan identiti adventure BMW.
Ia turut dilengkapi pelbagai aksesori praktikal seperti Rallye windshield, pelindung tangan (hand guards), footpeg off-road, pelindung enjin aluminium serta paparan TFT berwarna bersaiz 6.5 inci yang menampilkan fungsi Sport Screen.
Turut disediakan ialah sambungan USB-C untuk kemudahan pengecasan peranti mudah alih ketika menunggang.
Melalui pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW F 450 GS Trophy boleh dimulakan dengan ansuran serendah RM568 sebulan berdasarkan pembiayaan 90 peratus selama tujuh tahun.
Setiap pembelian turut didatangkan bersama program jaminan tiga tahun tanpa had perbatuan serta bantuan tepi jalan selama tiga tahun daripada BMW Motorrad Malaysia.
BMW F 450 GS Trophy – RM39,900
Harga yang diumumkan adalah harga atas jalan tanpa insurans.
Baca Juga : BMW F 450 GS Rasmi Dilancarkan di Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.