Automotif

Bersempena dengan Sambutan Thaipusam, 23 Jalan di Ibu Kota Ditutup dan Dilencongkan!

Share

Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan dilencongkan bermula malam Rabu ini, seiring dengan perarakan pedati yang meriah sempena sambutan Thaipusam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, mengumumkan bahawa tindakan penutupan dan lencongan jalan akan berkuat kuasa mulai jam 9 malam pada malam tersebut.

Perarakan pedati yang dijadualkan akan menempuh perjalanan dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur menuju ke destinasi akhir di Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor. Rangkaian jalan yang terlibat termasuklah Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah, dan Jalan Dang Wangi.

Selain itu, beberapa jalan lain yang turut terlibat termasuklah Jalan Raja Laut, Jalan Belia, Jalan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), Jalan Tun Razak, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Lama (Batu Lima), dan Jalan Salah.

Kredit Foto: iStock

Datuk Allaudeen Abdul Majid turut memberitahu bahawa perarakan balik pedati akan berlangsung pada Jumaat, bermula pada jam 3 petang melalui laluan yang sama, dan jalan-jalan yang ditutup akan dibuka semula secara berperingkat.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan, beliau menasihati penduduk kota, terutamanya pengguna jalan raya, untuk mengelakkan penggunaan jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan serta lencongan berkenaan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Trafik di talian 03-20260267. Jadi, pastikan anda merancang perjalanan anda dengan bijak untuk mengelakkan sebarang kesulitan di jalan raya!

Baca: Perkhidmatan Feri Percuma Di Pulau Pinang Sempena Sambut Thaipusam

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.