Aveta Kukuhkan Rangkaian Pengedar Dengan Program “Preferred Dealers” & Pengembangan Ke Sabah dan Sarawak

Jenama motosikal tempatan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, Aveta Malaysia, terus memperkukuh kedudukannya dalam industri dengan memperkenalkan Program Preferred Dealers, satu inisiatif berskala nasional yang bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan, memperkukuh hubungan pengedar serta mempercepat fasa pertumbuhan baharu menjelang 2026.

Pelancaran ini hadir tidak lama selepas pembukaan Aveta Elite Centre pertama di Malaysia Timur, menandakan langkah penting dalam usaha syarikat untuk memperluaskan jaringan perkhidmatan serta mempertingkat mutu khidmat selepas jualan di seluruh negara.

Fasa Pertumbuhan Baharu Dengan Struktur Pengedar Bertingkat

Program Preferred Dealers menjadi tunjang utama strategi pertumbuhan Aveta menjelang tahun hadapan. Syarikat menyasarkan pertumbuhan jualan sebanyak 50% berbanding tahun sebelumnya, disokong oleh rangkaian pengedar baharu yang lebih tersusun serta peluasan pasaran di Sabah dan Sarawak.

Aveta Sasar Lonjakan 50% Jualan Pada 2025, Kukuhkan Rangkaian Dengan Program Preferred Dealers

Program ini memperkenalkan struktur bertingkat yang terdiri daripada Preferred Dealers dan Preferred Plus Dealers, manakala Elite Centre berfungsi sebagai hab utama untuk jualan, servis dan alat ganti.

  • Preferred Dealers akan menumpukan kepada model utama Aveta mengikut segmen pasaran berbeza, memastikan penawaran produk yang lebih disasarkan.

  • Preferred Plus Dealers pula akan menempatkan pusat servis bertauliah dengan mekanik terlatih serta peralatan khusus yang dibekalkan oleh Aveta.

  • Elite Centre berperanan sebagai pusat sehenti yang menawarkan keseluruhan pengalaman jenama Aveta — daripada jualan hingga servis dan khidmat pelanggan.

Kedua-dua kategori tertinggi ini turut diberi akses kepada model-model eksklusif, menggambarkan peranan strategik mereka dalam jaringan pengedaran Aveta yang semakin berkembang.

Ads

Malaysia Timur Sebagai Pasaran Utama

Menurut Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, pertumbuhan kukuh pasaran motosikal negara yang mencatat lebih 720,000 unit pada 2022 serta kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) 3.5% hingga 2030 membuka peluang besar kepada jenama tempatan seperti Aveta.

“Pendaftaran motosikal Aveta meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran Nova 160 dan Vanguard 250. Ini menunjukkan permintaan yang semakin meningkat dalam segmen pertengahan. Malaysia Timur kini menjadi pasaran terbesar kami sebab itu pengukuhan rangkaian pengedar dan pusat servis di Sabah dan Sarawak bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan,” jelas beliau.

Pembukaan Elite Centre pertama di Sabah melambangkan komitmen Aveta dalam membawa pengalaman jualan dan pemilikan premium lebih dekat kepada pelanggan di rantau tersebut, sambil menangani isu lama berkenaan ketersediaan perkhidmatan selepas jualan di kawasan luar bandar.

Ads

Aveta Sasar Lonjakan 50% Jualan Pada 2025, Kukuhkan Rangkaian Dengan Program Preferred Dealers

Dengan pelaksanaan Program Preferred Dealers ini, pelanggan Aveta bakal menikmati tahap perkhidmatan yang lebih konsisten di seluruh negara. Setiap pusat yang terlibat akan mematuhi piawaian servis dan kualiti selepas jualan yang sama, memberikan pelanggan keyakinan, ketenangan fikiran, serta pengalaman pemilikan seragam di mana sahaja mereka berada.

Steven Lim turut menambah bahawa program ini bukan sekadar memperkukuh aspek komersial, tetapi juga menegaskan falsafah Aveta yang berasaskan kepercayaan, ketelusan dan kemajuan bersama antara jenama dan pengedar.

Ads

“Program ini mencerminkan komitmen kami untuk meletakkan pelanggan sebagai keutamaan sambil menghargai pengedar yang berkongsi visi pertumbuhan dan kecemerlangan perkhidmatan. Kami menyasarkan 30 pengedar Preferred menjelang akhir 2025, dan meningkat kepada 50 pengedar menjelang 2026,” katanya.

Usaha Aveta Malaysia untuk memperkenalkan struktur pengedar bertingkat dan meluaskan operasi ke Malaysia Timur membuktikan jenama ini sedang bergerak ke arah lebih matang dan mampan.

Dengan sokongan pengedar yang lebih tersusun, model baharu yang semakin popular, serta fokus terhadap kepuasan pelanggan, Aveta bersedia untuk menempuh tahun 2025 sebagai satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan sebuah jenama motosikal buatan Malaysia yang berjiwa global.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Baca Juga : Aveta Malaysia Perkenal Cogan Kata Baharu: Redefining Boundaries

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI