Auto Bavaria, sebagai pengedar bertauliah utama BMW Group Malaysia, mengukuhkan posisinya di dalam industri automotif dengan perasmian bilik pameran baharunya yang terletak di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Pelancaran bilik pameran ini memperlihatkan evolusi dan kemajuan dalam memberikan pengalaman unik kepada pelanggan, melalui peningkatan fasiliti dan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan pelanggan.

Bilik pameran yang terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur ini meliputi ruang bagunan dua tingkat seluas 35,000 kaki persegi  dan dilengkapi dengan konsep reka bentuk yang kontemporari, bilik pameran ini menyediakan platform ideal bagi penggemar dan pelanggan BMW serta MINI untuk meneroka dan mengalami kesempurnaan jenama dalam keselesaan dan gaya yang tiada tandingannya.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan di BMW Group Malaysia, menekankan “Pembaharuan Auto Bavaria CSL mencerminkan komitmen BMW Group Malaysia untuk memajukan mobiliti individu premium melalui penambahbaikan dan peningkatan yang berterusan. Komitmen ini termasuklah penambahbaikan terhadap perkhidmatan dan kemudahan bilik pameran, serta penambahan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik. Auto Bavaria CSL memperlihatkan dedikasi kami untuk menawarkan pengalaman mewah kepada pelanggan dalam perjalanan pemilikan premium mereka, serta mengukuhkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk memberikan Sheer Driving Pleasure.”

IKLAN

Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria, menzahirkan kegembiraan beliau terhadap pembaharuan ini, “Dengan transformasi bilik pameran terkini ini, kami amat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran pelanggan ke ruang pengedar yang telah dinaik taraf, dalam memberikan pengalaman pemilikan premium kepada mereka. Auto Bavaria CSL yang diberi nafas baharu ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang canggih sejajar dengan pengalaman kami selama 36 tahun dalam menyampaikan Sheer Driving Pleasure, serta menegaskan komitmen kami untuk memberikan kecemerlangan tertinggi dalam khidmat pelanggan.”

Dari sudut kemudahan, pelanggan disambut dengan ruang yang elegan dan disesuaikan dengan keperluan mereka, termasuk pentas perundingan pelanggan, ruang hospitaliti, serta kafe dan kawasan rehat khusus. Bilik pameran ini juga menampilkan ruang dedikasi untuk Alat Ganti, Aksesori dan Gaya Hidup BMW & MINI, memudahkan pelanggan untuk meningkatkan atau mengkustomisasi kendaraan mereka.

IKLAN

Sebagai tambahan, Auto Bavaria Chan Sow Lin berinisiatif untuk memperkasa ekosistem mobiliti elektrik di Malaysia melalui penyediaan kemudahan pengecasan arus ulang alik (AC) dan arus terus (DC), menunjukkan komitmen mereka terhadap pembangunan lestari dan mobiliti elektrik di negara ini.

IKLAN

Bilik pameran yang kini beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang, dan Sabtu, 8:00 pagi hingga 12:30 tengahari.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI