Olimpik 2024 yang diadakan di Paris secara rasmi telah melabuhkan tirainya dengan aksi hebat daripada Tom Cruise.
Upacara penutupan ini menandakan penghantaran bendera Olimpik oleh Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach, sebelum diserahkan kepada Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass.
Penampilan Mengejut Tom Cruise di Stade de France
Sejurus selepas penghantaran bendera tersebut, suasana di Stade de France menjadi gempar apabila muzik daripada filem terkenal Mission: Impossible dimainkan.
Hollywood megastar, Tom Cruise, 62, tiba-tiba muncul di atas bumbung stadium, lengkap dengan gaya Ethan Hunt, watak utama dalam filem itu.
Dengan penuh gaya, beliau menuruni bumbung stadium menggunakan tali, menambah elemen dramatik yang seakan-akan membawa penonton ke dalam dunia filem.
Ads
Ketika menjejakkan kaki di padang, Tom Cruise menerima bendera Olimpik daripada Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass.
Kredit Foto : Website thewrap
Tanpa berlengah, beliau menunggang sebuah motosikal keluar dari stadium sambil mengibarkan bendera Olimpik.
Acara ini terus dipertontonkan dengan adegan Tom Cruise menunggang motosikal mengelilingi Paris, sebelum menerbangkan bendera tersebut di sebuah pesawat, dan akhirnya terjun dari pesawat itu menuju ke tanda Hollywood yang telah diubah suai menjadi logo Olimpik dengan menambah tiga huruf ‘O’.
Motosikal Misteri Tom Cruise – LiveWire S2 Del Mar
Selepas upacara itu, ramai yang tertanya-tanya tentang motosikal yang ditunggang oleh Tom Cruise. Roda Panas telah mengambil inisiatif untuk mencari jawapannya.
Ads
Motosikal yang digunakan oleh Tom Cruise adalah motosikal jenama LiveWire, sebuah syarikat yang terlahir daripada jenama terkenal Amerika, Harley-Davidson.
Kredit Foto : Website captainelectro
Motosikal yang digunakan adalah model LiveWire S2 Del Mar, sebuah motosikal elektrik 100% yang kini berada dalam generasi kedua.
LiveWire S2 Del Mar dilengkapi dengan motor elektrik berkuasa 80 hp, dengan tork maksimum 249 Nm.
Kredit Foto : Website captainelectro
Ia mampu memecut dari 0-60 km/j dalam masa 3.1 saat, dan mempunyai jarak perjalanan sejauh 177 kilometer bagi setiap pengecasan.
Ads
Bateri motosikal ini boleh dicas dari 20-80% dalam masa 75 minit, dan motosikal ini mempunyai berat sebanyak 195 kilogram. Harga bagi model ini adalah sekitar 16,000 USD (belum terdapat di Malaysia).
Penutup Olimpik 2024
Penutupan Olimpik 2024 yang penuh gilang-gemilang ini diakhiri dengan persembahan oleh band rock legenda Red Hot Chili Peppers serta rapper terkenal dari Amerika.
Dengan berakhirnya Olimpik di Paris, Los Angeles kini bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Olimpik 2028.
Rantai, merupakan komponen yang memainkan peranan penting dalam pemindahan kuasa dari enjin kepada roda.
Namun, seiring dengan penggunaan, rantai juga tidak terlepas daripada risiko kehausan dan karat.
Jika diabaikan, boleh menjejaskan keselamatan dan prestasi motosikal anda.
Berikut adalah tanda-tanda rantai yang memerlukan penggantian, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis sendiri.
Tegangan Rantai Tidak Konsisten
Tegangan rantai yang tidak konsisten boleh menjejaskan prestasi motosikal.
Rantai yang terlalu longgar membolehkan pergerakan yang tidak terkawal, manakala rantai yang terlalu tegang pula akan mempercepatkan kehausan.
Kedua-dua keadaan ini bukan sahaja mengurangkan kecekapan penghantaran kuasa, tetapi juga boleh menyebabkan kerosakan serius pada komponen lain.
Kredit foto : cdn.sportsbikeshop.co.uk
Bunyi Aneh Semasa Menunggang
Bbunyi berdengung atau bunyi logam yang ganjil ketika menunggang merupakan tanda amaran awal kerosakkan.
Keadaan ini biasanya berpunca daripada geseran antara rantai yang haus dengan sprocket atau disebabkan oleh kekotoran.
Mengenal pasti bunyi-bunyi ini secara awal boleh membantu dalam mengambil langkah pencegahan sebelum masalah bertambah buruk.
Gigi Sprocket Hilang ‘Grit’
Salah satu kesan sampingan daripada rantai yang haus ialah kehausan pada sprocket.
Gigi sprocket yang mula menunjukkan tanda-tanda kehausan merupakan isyarat bahawa rantai telah bekerja terlalu keras.
Kerosakan pada sprocket tidak hanya menjejaskan kuasa, malah boleh mengakibatkan kerosakan lain jika tidak ditangani dengan segera.
Penurunan Prestasi Motosikal
Kehilangan kuasa atau rasa motosikal yang kurang responsif semasa menunggang boleh menjadi petunjuk bahawa rantai tidak lagi berfungsi dengan baik.
Rantai yang haus atau kotor boleh menyebabkan daya geseran yang tidak optimum antara enjin dan roda belakang dan secara langsung menjejaskan prestasi keseluruhan motosikal anda.
Kredit foto : static.toiimg.com
Rantai Perlu Penyelenggaraan Berkala
Bagi memastikan motosikal anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik, penjagaan berkala terhadap rantai adalah suatu keperluan:
Pelarasan Tegangan: Lakukan pelarasan mengikut spesifikasi pengeluar untuk memastikan rantai tidak terlalu longgar atau terlalu tegang.
Pembersihan dan Pelinciran: Proses ini membantu mengurangkan kehausan dengan menghapuskan kekotoran dan minyak yang boleh mempercepatkan keletihan rantai.
Pemeriksaan Visual Berkala: Sentiasa periksa keadaan rantai dan sprocket untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kerosakan sebelum masalah bertambah serius.
Konklusi
Menjaga kondisi rantai motosikal adalah pelaburan penting dalam memastikan keselamatan dan prestasi semasa menunggang.
Dengan mengenalpasti tanda-tanda kerosakan rantai seperti tegangan yang tidak konsisten, bunyi aneh, dan penurunan prestasi, pemandu boleh mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan kerosakan yang lebih besar.
Ingat, penyelenggaraan berkala adalah kunci untuk mengekalkan kecekapan dan keselamatan setiap kali anda menunggang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bila sebut tentang limousin, pasti model yang terbayang di fikiran kita adalah model Lincoln dan Cadillac yang menjadi lambang kemewahan Amerika.
Lanskap automotif pada tahun 1980-an juga menyaksikan perusahaan Chrysler memperkenalkan limousin K-car yang dikenali sebagai Chrysler Executive, bukti semangat inovatif era itu dalam mengubah kenderaan konvensional menjadi sebuah kenderaan mewah.
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Namun, model yang unik dari negara matahari terbit ini pasti menarik perhatian kita iaitu Honda Accord limosin 1981.
Honda Civic yang kompak dan cekap yang diperkenalkan pada tahun 1973 manakala Accord pada tahun 1976. Model ini pada asalnya dicipta sebagai langkah kepada krisis bahan api dan kebimbangan emission pada masa itu, namun Accord dengan cepat menjadi kegemaran kerana kebolehpercayaan dan reka bentuk praktikalnya, prinsip yang tampaknya bertentangan dengan kemewahan yang biasanya dikaitkan dengan limousin.
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Accord limosin ini mempunyai jarak roda yang dipanjangkan dan menambah sentuhan kemegahan kepada kenderaan yang sebaliknya sederhana. Di bahagian dalam, kabin ini dilengkapi dengan tempat duduk baldu mewah, telefon , monitor, dan peralatan stereo, tidak lupa juga lampu opera yang menambah elemen kecanggihan kereta ini.
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Anggaran harga kereta ini pada tahun 2023 adalah sekitar $39,420 (RM185,579.51). Namun sudah pasti nilai harga kenderaan ini pasti akan terus meningkat kerana ianya agak sukar ditemui pada masa kini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Bersedia untuk gegarkan jalanan! Aveta bakal melancarkan skuter serba baharu—Nova 160 dan Nova 125—yang kini dalam fasa ujian ketahanan.
Dengan gabungan gaya, prestasi, dan praktikaliti, kedua-dua skuter ini dicipta khas untuk memenuhi keperluan penunggang urban masa kini.
Aveta Nova 160 – Premium dan Berprestasi Tinggi
Nova 160 adalah pilihan ideal untuk golongan profesional dan penunggang bandar yang mahukan skuter dengan prestasi lebih tinggi. Dikuasakan enjin liquid-cooled, skuter ini memberikan pengalaman tunggangan yang lancar dan responsif. Beberapa ciri menarik termasuk:
Sistem tanpa kunci (keyless) – buka kunci dengan mudah tanpa perlu cari kunci dalam poket!
Paparan digital LCD – semua info tunggangan dalam satu pandangan jelas dan moden.
Lampu utama LED – pencahayaan optimum, siang atau malam.
Tangki bahan api 8 liter – kurang kerap singgah stesen minyak, lebih masa untuk enjoy jalanan!
Nova 160 sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dan aktif, memberi kombinasi antara gaya hidup moden dan kepraktisan sebuah skuter premium.
Nova 160 dan 125
Aveta Nova 125 – Ringan, Praktikal & Mudah Dikendalikan
Untuk penunggang harian yang mahukan skuter praktikal dan mesra pengguna, Nova 125 adalah jawapannya. Sesuai untuk pelajar, pekerja harian, atau sesiapa sahaja yang inginkan tunggangan mudah dan selesa.
Enjin air-cooled dengan transmisi CVT – perjalanan dalam bandar jadi lebih relaks dan bebas masalah.
Sistem brek CBS – jaminan keselamatan dengan brek yang lebih stabil dan seimbang.
Ruang storan 13.2 liter di bawah tempat duduk – simpan helmet, beg, atau barang keperluan harian dengan mudah.
Port USB dwi – cas peranti anda bila-bila masa, di mana sahaja.
Nova 125 ialah teman setia untuk urusan harian, dari menghantar assignment ke kampus hingga ke pusing bandar waktu malam.
Nantikan Pelancaran Rasmi!
Aveta Nova 160 dan Nova 125 akan tiba tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama merasai pengalaman tunggangan urban generasi baharu ini.
Stay tuned dan ikuti media sosial Aveta untuk info terkini serta tarikh pelancaran!
Adrian Short Terajui Cycle & Carriage Malaysia Sebagai CEO Baharu
Cycle & Carriage Malaysia telah mengumumkan pelantikan Encik Adrian Short sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)...