
Volvo Car Malaysia bakal menganjurkan kempen jualan khas 48-Hour Volvo Merdeka Deal pada 15 dan 16 Ogos 2026, dengan tawaran rebat tunai menarik bagi beberapa model elektrifikasi jenama itu.
Menjadi tumpuan utama kempen tersebut ialah Volvo XC90 tahun model 2025 atau XC90 MF25 yang ditawarkan dengan rebat tunai eksklusif sehingga RM70,000.
Tawaran itu hanya sah sepanjang tempoh 48 jam berkenaan dan tertakluk kepada ketersediaan stok yang terhad.
Volvo XC90 merupakan SUV premium tujuh tempat duduk yang menggabungkan rekaan Scandinavia, ruang kabin luas dan ciri keselamatan terkini.
Model berkenaan turut dikenali menerusi karakter pemanduan yang selesa, penampilan elegan serta kesesuaiannya sebagai kenderaan keluarga premium.
Menerusi kempen Merdeka ini, pelanggan berpeluang mendapatkan XC90 MF25 pada nilai yang lebih menarik, khususnya bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf kepada sebuah SUV tujuh tempat duduk.
Selain XC90, Volvo Car Malaysia turut menawarkan rebat khas bagi beberapa model lain sepanjang kempen tersebut.
Volvo EX30 Ultra ditawarkan dengan rebat tunai sebanyak RM30,888. SUV elektrik kompak itu hadir dengan prestasi bertenaga serta teknologi keselamatan Safe Space generasi baharu.
Bagi Volvo EC40 Single, pelanggan boleh menikmati rebat tunai sebanyak RM30,000. Model crossover elektrik itu tampil dengan rekaan badan fastback serta sistem pacuan elektrik tanpa pelepasan emisi.
Sementara itu, Volvo XC60 MY26 menerima rebat bernilai RM29,200, bersama pakej Volvo Service Plan Plus 5 bernilai RM15,800.
XC60 merupakan antara model paling popular dalam barisan Volvo dengan menawarkan keselesaan sebuah SUV bersaiz sederhana, sistem hibrid yang cekap dan nilai pemilikan jangka panjang.
Sedan elektrik utama Volvo, Volvo ES90, pula ditawarkan dengan rebat asas sebanyak RM20,000, tambahan rebat khas 48 jam bernilai RM7,000 serta sebuah Volvo Wallbox percuma bernilai RM3,990.
Volvo Car Malaysia turut menyediakan beberapa ganjaran tambahan kepada pelanggan yang hadir ke acara khas di Carfe, Petaling Jaya.
Pelanggan yang memandu uji mana-mana model Volvo sepanjang hujung minggu tersebut akan menerima pengalaman kopi artisanal secara percuma.
Mereka yang membuat tempahan kenderaan ketika acara pula berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi barangan eksklusif Volvo.
Selain itu, pelanggan yang menerima penyerahan kenderaan baharu masing-masing turut akan menerima hadiah misteri khas daripada Volvo Car Malaysia.
Bagi pelanggan di Lembah Klang, acara utama akan berlangsung di Carfe, Petaling Jaya, dari pukul 9 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan Ahad, 15 serta 16 Ogos 2026.
Pelanggan di luar Lembah Klang pula boleh mendapatkan tawaran yang sama dengan mengunjungi bilik pameran Volvo yang mengambil bahagian.
Antara pengedar sah yang terlibat ialah Federal Auto Cars di George Town, Western Circle di Juru, iRoll Auto di Ipoh, Seong Hoe Motors di Melaka, Pekin Auto di Skudai dan Sebangga Mitsinbo di Kota Kinabalu.
Semua tawaran rebat hanya tersedia sepanjang tempoh kempen 48 jam dan tertakluk kepada terma, syarat serta ketersediaan stok.
Maklumat lanjut mengenai 48-Hour Volvo Merdeka Deal boleh diperoleh menerusi laman rasmi Volvo Car Malaysia.
Baca Juga : Formula 1 Kembali ke Sepang, Malaysia Jadi Tuan Rumah GP Bahrain 2026
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.