Sebesar Apartment! Hummer H1 Milik Sheikh Emiriah Arab Bersatu Adalah SUV Terbesar Di Dunia!

Share

Hummer H1 X3 yang bersaiz besar ini adalah milik Sheikh Hamad Al Nahyan yang berasal dari Dubai dan percaya atau tidak, kenderaan ini berfungsi sama seperti model Hummer yang lain kecuali ianya lebih besar daripada sebuah rumah pangsapuri dan beratnya hampir mencecah 60,000 kg.

Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan

Merujuk kepada sebuah video reviu mengenai kenderaan ini yang dimuat naik oleh Supercar Blondie, saiz Hummer besar ini adalah 21 kaki tinggi, atau enam meter, dan lebih besar  kira-kira tiga kali ganda daripada model Hummer biasa.

Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan

Jika anda ingin mendapatkan gambaran tentang saiz kenderaan ini, cuma bayangkan setiap tayar kereta ini berukuran kira-kira 7 kaki 2 inci iaitu lebih tinggi daripada seorang pemain bola keranjang NBA. Anggaran harga untuk sebiji tayar juga boleh mencecah RM114,000 untuk sebiji tayar.

Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan

Untuk masuk ke dalam kenderaan ini, anda tidak boleh menggunakan pintu, tetapi perlu menggunakan tangga yang terletak di bawah badan Hummer ini. Kenderaan ini mempunyai lebih daripada satu tingkat, dan bahagian dalam mempunyai ruang yang mencukupi untuk memuatkan bilik mandi, sinki, dapur dan ruang istirehat seperti di hotel lima bintang.

Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan

Bercakap mengenai spesifikasi enjin,   kenderaan ini mempunyai 1,000 kuasa kuda dan memberikannya kelajuan tertinggi sekitar 32 km/j – atau 20 mph. Lebih menarik, Hummer ini mempunyai empat enjin untuk setiap tayar bagi menggerakanya dan mempunyai ruang kabin khas untuk mengawal kenderaan ini.

Kredit foto : instagram.com/shhamadbinhamdan

Sheikh Hamad Bin Hamdan Al Nahyan merupakan anggota keluarga kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dia memiliki banyak koleksi kereta mewah. Beliau menjadi kaya setelah mewarisi kekayaan ayahnya, Sheikh Hamdan bin Mohammed Al Nahyan, mantan Perdana Menteri Abu Dhabi.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi