Perlumbaan Merdeka Malaysia Speed Festival (MSF), yang dipacu oleh Petronas Primax, kini kembali dengan tema “Merakyatkan Motorsports Malaysia” hujung minggu ini.
Lebih daripada 400 pelumba kereta dan superbike akan menyemarakkan semangat Hari Kemerdekaan ke-67 dengan aksi mendebarkan di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 31 Ogos – 1 September 2024.
Aksi Bermula dengan MSF MegaLap Time Attack
Perlumbaan akan dimulakan dengan MSF MegaLap Time Attack pada malam Sabtu, 31 Ogos 2024, dari pukul 7 malam hingga 11 malam.
Acara ini bertujuan untuk mencari juara yang mampu menawan Litar Antarabangsa Petronas Sepang dengan masa terpantas.
Peserta akan bersaing dalam ujian masa untuk menunjukkan keupayaan maksimum mereka di trek sepanjang 5.543 km ini.
MSF Superbikes dan Piala MSF Saga Merdeka 75
Aksi perlumbaan akan bersambung pada hari Ahad, 1 September 2024, dengan perlumbaan MSF Superbikes.
Perlumbaan ini melibatkan 12 pusingan merentasi enam kelas perlumbaan dan lebih daripada 70 pelumba.
Perlumbaan ini akan menampilkan kelas seperti Super Rookie, GP X, GP Pro, GP Masters, All-Stars, dan Super Sport.
Ianya memberikan peluang kepada pelumba dua roda untuk menunjukkan kebolehan mereka di litar.
Acara bakal diteruskan dengan Piala MSF Saga Merdeka 75, sebuah perlumbaan “mini enduro” selama 75 minit yang memerlukan dua pemandu bagi setiap kereta.
Ads
Kemuncak Perlumbaan Merdeka: Endurance Challenge di Sepang
Kemuncak acara ini ialah Perlumbaan Merdeka Endurance yang diadakan secara tradisinya untuk memperingati Hari Kebangsaan Malaysia.
Perlumbaan ini akan melibatkan 340 pelumba dan 170 kereta yang bertarung dalam enam kelas perlumbaan berbeza.
Lebih menarik, perlumbaan pada tahun ini ditambah dengan keseluruhan 99 pusingan.
Perlumbaan akan menguji ketahanan dan strategi pelumba, serta daya tahan kenderaan mereka di trek yang mencabar.
Ads
Pengasas MSF, Adian Yein Khalid, menyatakan,
“Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan penglibatan Petronas dalam Perlumbaan Merdeka tahun ini. Dengan sokongan Petronas, kami berharap dapat meningkatkan lagi pengalaman dan keterujaan ini untuk para peserta dan peminat perlumbaan bergerak ke hadapan.”
Hadiah Wang Tunai untuk Para Pemenang
Sebanyak RM50,000 hadiah berbentuk wang tunai disediakan untuk tiga pemenang teratas dalam kesemua enam kelas perlumbaan.
Kelas Rennplatz Standard Production dan Rennplatz Standard Production Max menawarkan hadiah wang tunai yang paling lumayan.
Juara bakal berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM6,200.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM2,950 dan RM1,850.
Ads
Juara kategori Vision HKS Super Touring dan Vision HKS GT86 x BRZ Racing Cup juga akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,700.
Manakala tempat kedua dan ketiga akan menerima RM2,950 dan RM1,850.
Untuk kelas MSF Super 1800 dan MSF Super Production, pemenang akan menerima RM4,200, RM1,750, dan RM1,050 mengikut kedudukan.
Kredit Foto : Facebook MSF Series
Buat pertama kalinya, hadiah wang berjumlah RM1,000 untuk juara dan RM300 serta RM200 untuk pemenang tempat kedua dan ketiga akan ditawarkan kepada pemenang dalam perlumbaan MSF Superbikes.
Maklumat Tiket dan Kemasukan Penonton
Untuk peminat yang ingin menyaksikan perlumbaan secara langsung, berikut adalah harga tiket :
Pas akses paddock untuk MSF MegaLap Time Attack pada hari Sabtu dijual dengan RM20 dan boleh didapati di Paddock Trek Selatan.
Pada hari Ahad, pintu akan dibuka mulai jam 3 petang. Pas akses Paddock Trek Utara dijual pada harga RM35, manakala caj parkir adalah RM10. Pas boleh diperolehi di pintu masuk ke Trek Utara pada hari perlumbaan.
Kemasukan ke grandstand utama untuk penonton pada kedua-dua hari adalah PERCUMA.
Kredit Foto : Facebook MSF Series
Jumpa Anda Di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang
Malaysia Speed Festival Merdeka Race 2024 bukan sahaja menawarkan perlumbaan yang penuh aksi dan keterujaan, tetapi juga mempamerkan semangat kebangsaan sempena Hari Kemerdekaan.
Kredit Foto : Facebook MSF Series
Acara ini dijangka akan menjadi acara utama dalam kalendar perlumbaan tempatan dan menarik minat ribuan peminat perlumbaan di seluruh negara.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Kia Corporation dan The Ocean Cleanup, sebuah NGO yang menginovasikan teknologi untuk membersihkan lautan dunia daripada plastik, kini memperluaskan usaha mereka secara global.
Kerjasama ini bertujuan untuk mempercepatkan penciptaan penyelesaian yang akan memastikan masa depan yang lebih mampan, sambil memerangi pencemaran dan meningkatkan usaha memelihara alam sekitar yang lebih bersih dan sihat.
Pejabat Serantau di Kuala Lumpur
Langkah terbaru dalam kerjasama ini adalah organisasi ini telah membuka pejabat serantau pertama The Ocean Cleanup di Kuala Lumpur, Malaysia.
Kredit Foto : Website kualalumpurcity.my
Dengan kehadiranya di Malaysia, organisasi ini merancang untuk membina hubungan erat dengan komuniti tempatan serta merancang, menyelaras, dan melaksanakan inisiatif menangani pencemaran plastik di saluran air seluruh Asia Tenggara.
Sumbangan Kenderaan oleh Kia
Sebagai tanda sokongan terhadap kerjasama strategik ini, Kia telah menyumbangkan sebuah kenderaan baharu kepada pejabat serantau The Ocean Cleanup.
Kredit Foto : Website milesgroup.co.nz
Kenderaan ini akan membantu operasi harian organisasi tersebut serta memudahkan penyelidikan lapangan di kawasan-kawasan terpencil yang sukar diakses.
Ini mencerminkan komitmen Kia untuk mencipta dunia yang lebih hijau dan bersih, sejajar dengan nilai teras syarikat.
Inisiatif Mampan oleh Kia
Kia juga bakal memperkenalkan 10 produk mampan yang akan menjadi asas penggunaan bahan mesra alam dalam kenderaan mereka.
Kredit Foto : Website theoceancleanup
Sehingga kini, mereka telah melaksanakan lebih daripada 30 penyelesaian mampan dalam proses pembuatan kenderaan mereka, termasuk penggunaan komponen berasaskan tumbuhan, polietilena tereftalat (PET) yang dikitar semula, dan jaring ikan terbuang dalam penghasilan fabrik dan permaidani kereta.
Pelancaran Model Kia EV3
Komitmen Kia terhadap masa depan yang lebih hijau diperkukuhkan lagi dengan pelancaran model EV3 baru-baru ini.
Kredit Foto : Website worldwide.kia
Model ini adalah yang pertama menggunakan plastik kitar semula secara meluas, dengan anggaran sebanyak 28.5 kg plastik kitar semula digunakan untuk setiap kereta.
Plastik kitar semula ini digunakan dalam komponen luar seperti penutup bampar, fender, dan hiasan pintu.
Visi Masa Depan Mampan
Perkongsian dengan The Ocean Cleanup adalah salah satu strategi utama dalam visi Kia untuk membina masa depan mobiliti yang mampan.
Kredit Foto : Website theoceancleanup
Berdasarkan usaha dan momentum semasa, Kia merancang untuk meningkatkan peratusan penggunaan semula plastik kepada 20 peratus menjelang tahun 2030.
Selain itu, mereka juga bercadang untuk menubuhkan dan mengaktifkan “Virtuous Recycling Loop” bagi mengurangkan kesan iklim ketika melupuskan kenderaan mereka.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
AMITEC, sebuah bahagian penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan sukan permotoran yang berada di bawah pengawasan AFY Mobility Industries (AMI), telah memperkenalkan motosikal terbaharu mereka untuk pasaran Malaysia, Suzuki Raider R150Fi EWC1.
Model ini ditawarkan pada harga yang menarik, RM8,988, tidak termasuk insurans, menjadikannya pilihan yang menarik bagi peminat motosikal di Malaysia.
Keunikan Suzuki Raider R150Fi EWC1 terletak pada rekaan grafiknya yang diinspirasikan daripada motosikal Suzuki dalam perlumbaan World Endurance Series, di mana Suzuki telah meraih pelbagai kemenangan.
Daripada segi teknikal, tiada perubahan mekanikal yang dilakukan pada Suzuki Raider R150Fi EWC1 berbanding dengan model Raider R150Fi yang diperkenalkan di Malaysia pada Mac 2022.
Motosikal ini dilengkapi dengan enjin empat lejang, satu silinder, DOHC 147.3 cc yang mempunyai sistem bahan bakar “injection” dan penyejuk cecair, serta transmisi enam kelajuan. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa 18.2 hp pada 10,000 rpm dan tork 13.8 Nm pada 8,500 rpm.
Suzuki Raider R150Fi EWC1 juga dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti lampu LED, panel meter digital LCD, serta pilihan untuk menghidupkan enjin melalui starter elektrik atau tendangan. Sistem penguncian masih bersifat konvensional, memerlukan kunci fizikal untuk beroperasi.
Aspek lain seperti suspensi juga diberi perhatian. Motosikal ini dilengkapi dengan fork teleskopik di bahagian depan dan monoshock di belakang, serta sistem brek cakera pada kedua roda, dengan kaliper dua piston pada roda depan.
Motosikal ini juga dilengkapi dengan tangki bahan bakar berkapasiti empat liter, rim aluminium 17 inci dengan tayar berukuran 70/90 di depan dan 80/90 di belakang, berat keseluruhan 109 kg, dan ruang penyimpanan kecil di bawah tempat duduk.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Setelah menggemparkan Karnival GenBlu Yamaha pada bulan September tahun lalu, Yamaha Tenere 700 2024 kini tampil dengan penuh gaya, memukau para peminat motosikal adventure di Malaysia.
Sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia hadir dengan sejumlah peningkatan dan naik taraf yang pasti akan memuaskan peminat motosikal di sini.
Salah satu ciri menarik yang ditawarkan adalah paparan meter TFT 5 inci dwi-tema yang baharu. Penunggang kini dapat memilih antara mod jelajah hingga mod jalanan dengan mudah melalui skrin tersebut.
Keupayaan untuk memanfaatkan ciri ketersambungan Y-Connect yang dapat disambungkan terus kepada telefon pintar memberikan sentuhan moden pada pengalaman berkendara.
Kredit Foto: Yamaha
Sistem ABS juga telah dinaik taraf dengan tiga tetapan baharu, dan tak lupa mengenai kepraktikaliti quickshifter terus dari kilang yang memberikan kemudahan ekstra kepada penunggang.
Tuil brek hadapan yang direka semula menambah keteguhan motosikal ini, sementara soket USB baru menggantikan soket 12v yang lama untuk memberikan kemudahan pengisian.
Dari segi kuasa, Yamaha Tenere 700 dikuasakan oleh nadi dua silinder sebaris 270° bersesaran 689 cc yang mampu menghasilkan 72.4 HP pada 9,000 rpm dan tork sebanyak 68 Nm pada 6,500 rpm.
Untuk meningkatkan kecekapan di medan off-road, motosikal ini dilengkapi dengan fork jenis USD 43 mm boleh laras di bahagian depan, monoshock belakang boleh laras, tangki minyak 16 liter, serta rim berukuran besar, iaitu 21 inci di bahagian depan dan 18 inci di bahagian belakang.
Kredit Foto: Yamaha
Satu lagi perkara menarik, Yamaha Tenere 700 ini merupakan model pemasangan tempatan (CKD), menjadikannya lebih berpatutan dengan harga bermula dari RM69,988. Dengan warna Icon Blue yang menawan, setiap pembelian akan turut disertakan dengan Yamaha Disc Lock bernilai RM100 secara percuma.
Dengan kombinasi ciri-ciri moden, prestasi yang tangguh, dan harganya yang berpatutan, Yamaha Tenere 700 2024 jelas menjadi pilihan menarik bagi peminat motosikal adventure di Malaysia. Sambutlah pengalaman mengemudi yang lebih bermakna dengan motosikal penuh gaya ini!