Max Verstappen kembali menunjukkan kelas sebenar apabila berjaya merangkul kemenangan sulung musim 2025 di Grand Prix Jepun. Sekali gus mencatat kemenangan keempat berturut-turut di Litar Suzuka. Juara dunia empat kali itu menewaskan duo McLaren, Lando Norris dan Oscar Piastri, dalam perlumbaan yang penuh aksi dan strategi yang mencabar.
Sorotan Perlumbaan GP Jepun
Bermula dari petak utama, Verstappen tidak membuang masa untuk mengukuhkan kedudukan di hadapan. Namun segalanya menjadi lebih mendebarkan semasa fasa hentian pit apabila hentian Red Bull sedikit perlahan.
Perkara tersebut memberi ruang kepada Norris untuk mencuba potongan di pintu keluar pit. Kedua-dua kereta bersaing sengit, dan Norris terpaksa mengambil laluan rumput untuk mengelak perlanggaran.
Kedua-duanya sempat meluahkan rasa tak puas hati menerusi radio pasukan, tetapi para steward memutuskan tiada siasatan lanjut diperlukan.
Selepas insiden itu, Verstappen mula membina jurang semula. Tetapi pecutan Piastri di 10 pusingan terakhir memberi tekanan berganda kepada Norris yang akhirnya terpaksa memecut untuk kekal di tempat kedua. Secara tak langsung juga mula merapatkan jurang dengan Verstappen di depan. Namun, Verstappen kekal tenang dan konsisten hingga ke garisan penamat untuk menang kali ke-64 dalam kerjaya F1-nya.
Ads
Penamat Grid Hadapan
Piastri, yang menyambut ulang tahun ke-24 pada hari perlumbaan, terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas gagal membuat serangan akhir terhadap rakan sepasukannya. Di belakang mereka, Charles Leclerc mengekalkan konsistensi Ferrari dengan kedudukan keempat.
Manakala duo Mercedes, George Russell dan Kimi Antonelli, menamatkan saingan di tempat kelima dan keenam. Antonelli juga sempat mendahului perlumbaan seketika hasil strategi pit yang bijak.
Lewis Hamilton menyumbang mata tambahan buat Ferrari di tempat ketujuh. Diikuti pendatang baharu, Isack Hadjar, yang berjaya meraih mata pertamanya untuk Racing Bulls di tempat kelapan. Alex Albon (Williams) dan Ollie Bearman (Haas) melengkapkan kelompok 10 teratas.
Ads
10 Grid Terakhir
Di luar kelompok mata, Fernando Alonso menamatkan perlumbaan walaupun gagal meraih sebarang mata. Satu pencapaian kecil selepas dua pusingan pembukaan yang mengecewakan.
Yuki Tsunoda, yang buat pertama kali berlumba untuk Red Bull di tanah air sendiri, menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 dan turut dipilih sebagai Driver of the Day oleh peminat walaupun tidak meraih sebarang mata.
Barisan pelumba lain seperti Pierre Gasly, Carlos Sainz, dan Liam Lawson turut menamatkan perlumbaan.
Verstappen kini hanya satu mata di belakang Norris dalam kejuaraan dunia, dengan Piastri melonjak ke tangga ketiga mengatasi Russell.
Ads
Seterusnya, Formula 1 akan terus ke Bahrain untuk perlumbaan kedua dalam tiga minggu berturut-turut. Dengan momentum kemenangan di tangan, mampukah Verstappen terus mendominasi? Atau McLaren bakal membalas? Nantikan di Sakhir minggu depan!
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap skuter elektrik atau e-skuter. Ini selepas ia diletakkan merata-rata sehingga mengganggu ketenteraman awam.
Baru-baru ini, pada 11 Disember, DBKL telah menjalankan operasi khas yang menyaksikan sebanyak 384 unit e-skuter disita di sekitar Kuala Lumpur.
Tindakan ini dilaksanakan di bawah Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974. Dengan semua e-skuter yang disita dihantar ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk proses dokumentasi dan rekod.
Dalam kenyataan di Facebook rasmi, DBKL menegaskan bahawa operasi dan pemantauan akan diteruskan secara berkala bagi memastikan kesejahteraan penduduk bandar, pengunjung, dan pelancong. Jika ada aduan berkaitan, orang ramai boleh melaporkannya melalui pautanaduan DBKL.
E-Skuter dan Peraturan Mikromobiliti
Bagi yang belum tahu, e-skuter tergolong dalam kategori kenderaan mikromobiliti. Penggunaan kenderaan ini hanya dibenarkan di kawasan tertentu yang telah ditetapkan. Pada tahun 2022, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021. Pewartaan ini melarang penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu di atas jalan raya untuk tujuan keselamatan.
Kenderaan mikromobiliti termasuk yang menggunakan kuasa elektrik, enjin pembakaran dalaman, kuasa manusia, atau gabungan pelbagai kuasa, dengan kelajuan maksimum 50 km/j. Contohnya termasuklah moped, peranti mobiliti peribadi (PMD) seperti e-skuter, hoverboard, papan luncur elektrik, serta peranti bantuan mobiliti (PMA) seperti kerusi roda bermotor.
Hukuman Jika Melanggar Peraturan
Mereka yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1978. Denda bagi kesalahan pertama ialah kompaun sebanyak RM300. Jika pesalah mengulangi kesalahan yang sama, hukuman akan menjadi lebih berat, iaitu denda sehingga RM1,000 atau penjara selama tiga bulan. Larangan ini dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak polis.
Demi Keselamatan dan Kesejahteraan
Langkah DBKL menyita e-skuter ini bertujuan menjaga keselamatan serta memastikan kawasan awam tidak disalahgunakan. E-skuter yang diletakkan secara tidak bertanggungjawab boleh menghalang laluan pejalan kaki dan mencetuskan risiko kemalangan.
Usaha berterusan seperti ini menunjukkan komitmen pihak berkuasa untuk menegakkan peraturan demi kesejahteraan semua pihak. Jika anda pengguna e-skuter, pastikan anda memahami peraturan yang ditetapkan dan menggunakannya di kawasan yang dibenarkan sahaja!
Suzuki Malaysia mengumumkan melalui platform sosial media mereka bahawa tiada panggilan semula diperlukan bagi semua unit pemasangan tempatan model Gixxer 250 dan Gixxer SF250 di Malaysia.
Pengumuman tersebut menandakan komitmen Suzuki Malaysia terhadap kualiti, kepuasan pelanggan, dan keselamatan para pengguna. Dengan memberikan jaminan tertinggi terhadap pengalaman pemilikan, Suzuki Malaysia menegaskan bahawa kesemua unit Gixxer 250 dan Gixxer SF250 yang telah dipasang di Malaysia berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
Kredit Foto : Facebook Suzuki Malaysia
Sebelum pengumuman ini, berita tentang penarikan balik tiga model dalam barisan 250cc Suzuki telah tersebar melalui laman sosial. Model-model yang terlibat termasuk Suzuki Gixxer 250, Gixxer SF 250, dan V-Strom SX. Isu yang menyebabkan penarikan balik ini adalah masalah dengan aci sesondol enjin yang digunakan dalam model-model tersebut.
Ketiga-tiga model tersebut berkongsi enjin satu silinder 249cc penyejuk minyak yang sama. Laporan mengenai “abnormal wear” pada enjin telah menjadi perhatian utama, yang kemungkinan disebabkan oleh rawatan haba yang tidak betul semasa proses pembuatan. Keadaan ini berpotensi untuk mempengaruhi kumpulan pengeluaran tertentu, menyebabkan enjin mengeluarkan bunyi tidak normal dan mengalami masalah terhenti secara tiba-tiba semasa penggunaan.
Kredit Foto : Facebook Suzuki Malaysia
Walau bagaimanapun, Suzuki Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk memastikan bahawa model Gixxer 250 dan Gixxer SF250 yang dipasang di Malaysia tidak terjejas oleh masalah yang sama. Pengumuman mengenai ketiadaan panggilan semula menegaskan komitmen Suzuki Malaysia untuk menyelesaikan masalah dengan teliti dan menjaga kepuasan pelanggan mereka.
Bagi maklumat lanjut mengenai status model-model Suzuki dan sebarang pertanyaan berkaitan, pengguna boleh menghubungi Suzuki Malaysia melalui emel di info@suzuki.com.my. Suzuki Malaysia berharap untuk terus memberikan pengalaman pemanduan yang memuaskan kepada para pemilik setia mereka di seluruh Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Buat anda yang ingin mengunjungi Menara Merdeka 118, berita baik! Belfield Tunnel kini dibuka secara rasmi, menawarkan laluan lebih mudah dan lancar ke destinasi ikonik ini.
Dibangunkan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Terowong ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar dan memberikan akses yang lebih baik ke menara kedua tertinggi di dunia ini.
Belfield Tunnel – Terowong Dua Tingkat Kedua di Malaysia
Dengan panjang lebih satu kilometer, Belfield Tunnel merupakan terowong dua tingkat kedua di Malaysia. Ia direka khas untuk menghubungkan kenderaan ke kawasan Merdeka 118, menjadikan perjalanan lebih lancar dan efisien.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PMVSB, Datuk Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud, projek ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada pengunjung tetapi juga membantu mengurangkan kesesakan jalan utama di ibu kota. Selain itu, sebanyak 8,000 ruang tempat letak kereta telah disediakan bagi memudahkan parkir di kawasan ini.
Akses Masuk & Keluar Lebih Mudah
Pengguna boleh memasuki Belfield Tunnel melalui Jalan Syed Putra dan Jalan Damansara, yang membawa mereka terus ke tempat letak kereta bawah tanah 4 di Menara Merdeka 118. Manakala untuk keluar, kenderaan boleh melalui tempat letak kereta bawah tanah 5 dan memilih antara dua jalan keluar, iaitu Jalan Syed Putra dan Jalan Istana.
Dengan laluan baru ini, kesesakan di jalan utama seperti Jalan Hang Jebat, Jalan Hang Tuah, dan Jalan Maharajalela dapat dikurangkan, sekaligus meningkatkan kelancaran lalu lintas di sekitar presint Merdeka 118.
Akses Mudah ke Hotel & Pusat Beli-Belah
Selain kemudahan ke Menara Merdeka 118. Belfield Tunnel juga akan memudahkan akses ke destinasi premium lain seperti hotel mewah Park Hyatt Kuala Lumpur – dijangka buka pada Q2 2025. Pusat beli-belah 118 Mall – bakal beroperasi pada Q2 2026.
Dengan akses terus melalui terowong ini, pengalaman penginapan mewah dan beli-belah eksklusif kini lebih mudah dinikmati oleh semua pengunjung.
Panduan Video Disediakan
Bagi memastikan pengguna dapat menggunakan laluan ini dengan mudah, panduan video telah disediakan untuk membantu navigasi masuk dan keluar dari Belfield Tunnel. Ini akan memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selesa kepada semua pengunjung.
Dengan pembukaan Belfield Tunnel, perjalanan ke Menara Merdeka 118 kini lebih mudah, selesa, dan pantas. Sama ada untuk urusan perniagaan, membeli-belah, atau sekadar menikmati pemandangan bandar dari menara tertinggi di Malaysia. Akses kini lebih mesra pengguna dan lancar!
Penyanyi pop sensasi dan pemenang tiga Anugerah Grammy, Dua Lipa, baru-baru ini memperkenalkan kereta idamannya. Sebuah Porsche 911 GT3 RS versi custom, yang direka...