Lando Norris tampil sebagai juara di Grand Prix Monaco yang penuh dengan strategi licik. Bermula dari petak utama, pelumba McLaren itu berjaya mengekalkan kedudukan di hadapan sepanjang perlumbaan. Walaupun dikejar rapat oleh Charles Leclerc dari Ferrari dan rakan sepasukan, Oscar Piastri.

Perlumbaan kali ini bukan sekadar siapa paling laju, tapi siapa paling bijak membaca situasi. Dengan peraturan dua hentian wajib dan fasa Virtual Safety Car (VSC) yang mengganggu rentak. Norris kekal tenang walaupun sempat melakukan kesilapan besar apabila tayarnya terkunci di selekoh pertama.

F1 – Norris Capai Impian Juara Di Monaco, Leclerc Beri Saingan Positif

Cubaan Leclerc & Piastri 

Leclerc yang beraksi di ‘rumah sendiri’ tidak memberikan laluan mudah. Dia memberi tekanan hebat di awal perlumbaan menuju ke Sainte Devote. Sekali lagi di penghujung apabila Verstappen sengaja memperlahankan kelompok depan. Namun akhirnya, pemandu Ferrari itu terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Oscar Piastri pula melengkapkan podium di tempat ketiga, dan kini hanya tiga mata di hadapan Norris dalam kedudukan kejuaraan. Menunjukkan perebutan gelaran musim ini semakin sengit!

Ads

Verstappen Tarik Perhatian Dengan Strategi Pelik

Juara bertahan Max Verstappen mencuri tumpuan dengan strategi tayar yang berbeza – dia menunggu sehingga ke pusingan kedua terakhir untuk hentian kedua. Itu membolehkannya mendahului perlumbaan seketika, tetapi akhirnya jatuh ke tangga keempat selepas pit stop wajib. Risiko yang berani, tapi kali ini tidak menjadi.

F1 – Norris Capai Impian Juara Di Monaco, Leclerc Beri Saingan Positif

Pendatang Baru Curi Tumpuan

Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan agak sunyi. Sementara pelumba muda Isack Hadjar mencatat keputusan cemerlang di tempat keenam – mengatasi Esteban Ocon (Haas) dan rakan sepasukan Liam Lawson.

Pasukan Williams turut membawa pulang hasil berganda dengan Alex Albon dan Carlos Sainz masing-masing di tempat kesembilan dan kesepuluh. Sekali gus mengecewakan George Russell yang dikenakan penalti ‘drive-through’ selepas memotong secara tidak sah.

Ads

Drama & Kebangkitan

Ollie Bearman (Haas) bangkit dari penalti grid 10 tempat dan insiden awal untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Di belakangnya, dua lagi pelumba rookie – Franco Colapinto (Alpine) dan Gabriel Bortoleto (Kick Sauber). Mereka berjaya menamatkan perlumbaan dengan baik walaupun Bortoleto terlibat dalam perlanggaran awal di Portier bersama Kimi Antonelli.

Antonelli menjadi pelumba terakhir yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 selepas keretanya terpaksa bersara awal akibat masalah teknikal. Manakala Fernando Alonso terpaksa berundur kerana masalah enjin dan Pierre Gasly (Alpine) tersingkir selepas insiden dengan Yuki Tsunoda.

F1 – Norris Capai Impian Juara Di Monaco, Leclerc Beri Saingan Positif

Apa Seterusnya?

F1 akan terus bergerak ke destinasi ketiga dalam jadual tiga perlumbaan berturut-turut, kali ini ke Barcelona untuk Grand Prix Sepanyol dari 30 Mei hingga 1 Jun 2025. Siap sedia untuk aksi panas seterusnya – musim 2025 semakin menggila!

Ads

Dari Formula One

Baca Juga F1 – Verstappen Takluk Imola, McLaren Curi Tumpuan di Belakang

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI