Pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) sepanjang 60 kilometer yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar akan mula dilaksanakan pada tahun ini.
Ini merupakan hasil daripada proses pemeteraian perjanjian konsesi yang kini dalam peringkat akhir.
Projek ini dijangka membawa manfaat besar kepada pengguna jalan raya di Perak. Khususnya dalam mengurangkan kesesakan di laluan Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, telah menyatakan bahawa Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri bersama WISE sedang mencari tarikh yang sesuai untuk majlis pemeteraian perjanjian tersebut.
“Setelah selesai pemeteraian perjanjian, pembinaan boleh dimulakan,” katanya dalam satu sidang media.
Pada 14 Disember lepas, Saarani memaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan telah meluluskan cadangan pembinaan WISE selepas dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet. Projek ini akan dibangunkan oleh syarikat konsesi melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
Lebuh raya WISE yang panjangnya 60km ini akan menjadi alternatif kepada laluan Terowong Menora di PLUS. Ia akan dilengkapi dengan tiga lorong dua hala, dengan laluan bermula di Gopeng dan melalui beberapa kawasan seperti Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar, dan seterusnya ke Kuala Kangsar.
Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Saarani Mohamad turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri Perak telah membuat permohonan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk cadangan pembinaan perumahan bagi generasi kedua masyarakat Orang Asli di negeri ini.
Beliau menyatakan bahawa perkara ini telah diusulkan oleh kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun, pada Mesyuarat Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) yang diadakan di Kuala Lumpur minggu lepas.
“Jika kita masuk ke mana-mana kampung Orang Asli, permohonan perumahan generasi kedua adalah antara perkara yang sering dikemukakan kepada kita kerana mereka memerlukan rumah yang selesa. Namun, permohonan pembinaan rumah generasi kedua ini bergantung kepada peruntukan kewangan daripada kementerian,” kata Saarani.
Sebelum ini, Projek Bantuan Rumah Orang Asli oleh KKDW telah memberikan bantuan perumahan kepada masyarakat Orang Asli. Di mana nama mereka ada dalam senarai e-Kasih.
Dengan pelaksanaan projek-projek infrastruktur seperti Lebuh Raya WISE. Usaha untuk memperbaiki kehidupan masyarakat Orang Asli. Kerajaan negeri Perak terus komited dalam memastikan pembangunan yang mampan dan kesejahteraan rakyatnya.
Dari Careta
Baca Penutupan Lorong di Lebuhraya Persekutuan Untuk Kerja Pembinaan LRT3
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.