Berita

Toyota Eco Youth Rai Semangat Generasi Muda Melestarikan Alam Sekitar

Share

Acara penutupan Program Toyota Eco Youth (TEY) 2023/2024 telah berlangsung meriah di Hotel Everly, Putrajaya. 

Dianjurkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM), program tahunan ini bukan sekadar penglibatan pelajar, tetapi merangsang kesedaran mengenai alam sekitar dalam kalangan generasi muda.

Pada tahun ini, 15 sekolah dari seluruh negara, diwakili oleh 60 pelajar dan 15 guru penasihat, telah mempersembahkan projek-projek mereka untuk menangani masalah alam sekitar di komuniti masing-masing. 

Kredit Foto: Toyota Malaysia

Sejak penubuhannya pada tahun 2001, TEY telah melibatkan 506 sekolah dan memberi manfaat kepada 2,690 pelajar di seluruh negara, mencipta impak besar dalam pendidikan alam sekitar.

Program TEY, yang berpusatkan pada Metodologi Penyelesaian Masalah (PSM), membimbing para pelajar dalam merangka penyelesaian kreatif terhadap cabaran alam sekitar. Projek-projek yang melibatkan isu kitar semula tempatan hingga masalah komuniti yang lebih meluas, mencerminkan kesedaran tinggi pelajar terhadap isu-isu alam sekitar yang meresap dalam komuniti mereka.

Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor, memberikan ulasan mengenai impak positif program ini terhadap generasi muda. “Program seperti TEY memberikan impak yang tidak terhingga kepada generasi muda. Sejak penubuhannya pada tahun 2001 hingga edisi terkini pada 2023, TEY secara konsisten memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran mengenai alam sekitar di kalangan remaja kita.”

Beliau menegaskan komitmen UMW Toyota dalam mencipta alam sekitar yang lebih baik dengan moto syarikat, “Move Your World,” dan usaha untuk mencapai kadar sifar pelepasan karbon menjelang 2050.

Kredit Foto: Toyota Malaysia

Pemenang untuk pelbagai kategori diumumkan pada majlis penutupan, menandakan tamatnya program tahun ini. Antara pemenangnya adalah dari;

SMK SERI AMPANG, KEDAH – JUARA

SMK ST. TERESA KUCHING, SARAWAK – NAIB JUARA

SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH, PERLIS – TEMPAT KETIGA.

Pengiktirafan turut diberikan kepada;

SM ST JOHN, SABAH sebagai PEMBENTANGAN TERBAIK

SMK SERI PEKAN, PAHANG sebagai PAMERAN TERBAIK

SMK ST. TERESA KUCHING, SARAWAK sebagai Penglibatan KOMUNITI TERBAIK. 

NUR ASMAA’ BT ABDUL HASHIM, guru penasihat dari SMK SERI AMPANG, KEDAH, turut dinobatkan sebagai GURU PENASIHAT TERBAIK.

Pameran projek dari 15 sekolah yang terlibat telah diadakan pada 22 Januari, membolehkan lebih dari 200 pelajar berinteraksi dengan penyelesaian inovatif, dan mendalami pemahaman mereka terhadap isu alam sekitar. 

Majlis penutupan berlangsung dari 21 hingga 23 Januari 2024, dan selepas penutupan TEY 2023/2024, sorotan kini tertumpu kepada edisi TEY seterusnya yang dijadualkan pada Mei 2024.

Baca: UMW Toyota Terus Komited Menghasilkan Kualiti dan Ketelusan Dalam Pembuatan Kereta Mereka

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan