Bintang ITV’s The Motorbike Show Allen Millyard dan Henry Cole  meraikan kejayaan mereka menerusi pemanduan motosikal dengan pembonceng  terpantas di dunia  dan diiktiraf secara rasmi oleh Guinness sebagai rekod dunia baharu.

Kedua-duanya kini memegang rekod untuk ‘fastest tandem motorcycle’, setelah mencapai kelajuan 295.31 km/j menggunakan jentera  kustom Millyard yang dibina dengan enjin lapan liter, 500 kuasa kuda, Viper V10.

Rekod Baru Guinness, Millyard Dan Cole Catat Rekod Bawa Pembonceng Pada Kelajuan 295.31 KM/J
Kredit Foto : Website motorcyclenews.com

Menarik tentang motosikal ini, Millyard tidak dapat mencari fork yang cukup besar untuk menampung berat motosikal, jadi beliau membuat komponen tersebut sendiri daripada  stanchion ram hidraulik JCB 75mm, rod peredam ditukar daripada model Lotus Vauxhall Carlton, dan spring daripada jenama Hagon. Sistem suspensi belakang menggunakan suspensi daripada model  Yamaha R1 yang dibeli daripada eBay dan dipasang semula oleh K-Tech.

Rekod Baru Guinness, Millyard Dan Cole Catat Rekod Bawa Pembonceng Pada Kelajuan 295.31 KM/J
Kredit Foto : Website motorcyclenews.com

Motosikal ini tidak mempunyai bingkai,  sebaliknya subframe hadapan keluli tiub diikat ke enjin, single swing arm diikat ke kotak gear dan subframe aluminium diikat dibahagian belakang enjin.

Rekod Baru Guinness, Millyard Dan Cole Catat Rekod Bawa Pembonceng Pada Kelajuan 295.31 KM/J
Kredit Foto : Website motorcyclenews.com

Menurut Millyard beliau pada masa akan datang mereka meletakkan sasaran yang lebih tinggi dan cuba untuk mencapai kelajuan 321 kmj. Rekod baharu dan kini diiktiraf secara rasmi menggantikan penanda aras 291.98 km/j sebelumnya yang dibuat oleh pasangan Amerika Erin Hunter dan Andy Sills di Bonneville Salt Flats pada 2011.

Ads
Rekod Baru Guinness, Millyard Dan Cole Catat Rekod Bawa Pembonceng Pada Kelajuan 295.31 KM/J
Kredit Foto : Website motorcyclenews.com

Rekod terbaru ini dibuat pada 25 Mei 2023, dengan pasangan itu menunggang dengan berat 630kg  di Elvington Airfield di North Yorkshire. Mengharungi landasan sepanjang 3000 meter, pasangan itu menetapkan masa terbaik mereka pada pusingan keenam dan terakhir mereka.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Ads

 

Ads

 

 

 

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI